Skip to main content

Iklan

Iklan

"Makan Panadol belum memadai, segera jalani ujian COVID-19," nasihat Masagos

Masih ada yang tidak mahu menjalani ujian COVID-19 dan mendapatkan rawatan. 

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Masih ada yang tidak mahu menjalani ujian COVID-19 dan mendapatkan rawatan.

Malah, ada juga yang bertanggapan bahawa Panadol saja sudah memadai.

'Nasihat' seperti itu adalah antara kiriman mesej WhatsApp yang diterima oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli.

"Tetapi ini membahayakan diri anda dan orang ramai - dan penghantar berani menyatakan masih menghadiri majlis perkahwinan!

"Saya tidak tahu sama ada mesej ini terkait dengan pemantauan di majlis di Tanjong Katong, tapi jelas kesan sikap tersebut boleh membahayakan," dedah Encik Masagos dalam catatan Facebooknya pada Jumaat (27 Mac).

Tulis Encik Masagos lagi: "Inilah antara sebab kenapa kita mesti menjaga jarak sosial (social distancing) dalam suasana penularan sekarang ini. Ini adalah amanah sosial dan tanggungjawab agama kita bersama."

Atas sikap tidak bertanggungjawab itu, Encik Masagos menggesa masyarakat supaya memandang serius terhadap penularan COVID-19.

"Sebab itu ulama kita menasihati kita supaya mengambil keputusan melanjutkan penutupan masjid. Jika tidak, masjid mudah menjadi pusat penularan seperti di Masjid Jamek Sri Petaling di Selangor," tulis Encik Masagos selanjutnya.

Dalam pada itu, Menteri Sekitaran dan Sumber Air itu turut menyeru orang ramai supaya bekerjasama dengan Pemerintah dalam menangani krisis COVID-19.

"Dengan Belanjawan Daya Tahan yang dibentangkan Timbalan Perdana Menteri semalam, kita mendapat bantuan mengharungi krisis ekonomi dan kewangan keluarga.

"Tetapi hanya dengan mempraktikkan tabiat jarak sosial dengan serius kita dapat menewaskan bahaya COVID-19 pada kesihatan masyarakat," menurut Encik Masagos lagi.

Beliau turut memberi jaminan supaya jangan terlalu risau tentang kos rawatan dan lebih penting lagi jangan cuba mengubati sendiri mahupun merahsiakan masalah kesihatan masing-masing.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan: "Jika anda sakit, segera jumpa doktor untuk dapatkan rawatan bersubsidi. Jangan cuba ubati sendiri dan jangan rahsiakan masalah kesihatan anda. Tidak perlu risau kerana sokongan perubatan dan kewangan disediakan untuk mereka yang kurang sihat." 

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan