Majlis tamat pengajian Politeknik beralih ke wadah maya setelah upacara dibatalkan
Politeknik-politeknik di sini akan meneroka cara bagi para penuntut untuk meraikan majlis tamat pengajian selepas situasi COVID-19 menjadi stabil.
Para pelajar Politeknik Temasek menggunakan latar belakang alam maya dari sekolah untuk mementaskan majlis tamat pengajian mereka sendiri di aplikasi Zoom.
SINGAPURA: Politeknik-politeknik di sini akan meneroka cara bagi para penuntut untuk meraikan majlis tamat pengajian selepas situasi COVID-19 menjadi stabil.
Majlis sedemikian dibatalkan
dan buat masa ini, bagi memastikan para pelajar tidak terlepas peluang, beberapa pakej digital ditawarkan serta kegiatan alam maya selama seminggu.
Para pelajar Politeknik Temasek menggunakan latar belakang alam maya dari sekolah untuk mementaskan majlis tamat pengajian mereka sendiri di aplikasi Zoom - sehari selepas diberitahu majlis berkenaan akan dibatalkan.
Mereka ingin menceriakan suasana sedang beberapa rakan sekolah mereka terkesan dengan berita tersebut.
Bagi membantu para pelajar meraikan detik istimewa itu, Politeknik Ngee Ann pula menghasilkan satu pakej tamat pengajian sepanjang sebulan.
Selain latar belakang dan pelekat yang boleh digunakan dalam media sosial, politeknik itu juga menawarkan kegiatan online seperti pertandingan video ucapan tamat pengajian.
Namun begitu, tidak semua pelajar yang sependapat dengan langkah itu.
Satu petisyen, yang sudah mendapat lebih 13,000 tandatangan, menggesa pihak politeknik untuk menunda majlis itu dan bukan membatalkannya.
Universiti tempatan pula biasanya mengadakan majlis sedemikian lewat tahun.
Buat masa ini, hanya Universiti Pengurusan Singapura (SMU) akan mengadakannya secara online manakala yang lain akan membuat keputusan pada tarikh lebih lewat lagi.
Isu ini akan dibentangkan di Parlimen lusa nanti (4 Mei).
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.