Majlis Kebersihan Awam lancar kempen cegah penularan virus COVID-19
Majlis Kebersihan Awam melancarkan kempen mencegah penularan virus COVID-19, hari ini (22 Feb). Satu siri video dan grafik akan dilancarkan di laman-laman media sosial, sebagai sebahagian kempen tersebut.
SINGAPURA: Majlis Kebersihan Awam melancarkan kempen mencegah penularan virus COVID-19, hari ini (22 Feb). Satu siri video dan grafik akan dilancarkan di laman-laman media sosial, sebagai sebahagian kempen tersebut.
Misalnya, sebuah kedai kopi di Yishun meningkatkan proses membersihkan meja dan kawasannya lebih kerap sekarang. Untuk itu, jumlah kakitangan pembersihan juga ditambah.
Ia sejajar dengan Kempen "Keep Viruses at Bay" yang dilancarkan siang tadi, bagi saling melengkapi kempen SG Clean.
Matlamatnya untuk menggalakkan para pengendali premis meningkatkan tahap kebersihan dan mendidik orang ramai melalui video dan media sosial, tentang kebersihan yang baik.
FairPrice Group Food Services, yang memiliki lebih 110 pusat makanan, kedai kopi dan pusat penjaja merata negara, akan meningkatkan amalan kebersihan dengan ada premis yang dibersihkan sekurang-kurangnya 10 kali sehari.
Ia juga menawarkan bahan pembasmi kuman di kesemua premisnya, secara bertahap-tahap.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.