Skip to main content

Iklan

Iklan

Macaron Bandung, Kek Gulung Ondeh-ondeh antara hidangan istimewa oleh hotel-hotel tempatan sempena Hari Kebangsaan

Kek gulung Ondeh-ondeh, Macaron Bandung dan Puding Durian - ini merupakan antara hidangan istimewa oleh cef-cef hotel bertaraf lima bintang yang anda dan orang tersayang boleh nikmati di rumah sempena Hari Kebangsaan tahun ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Macaron Bandung, Kek Gulung Ondeh-ondeh antara hidangan istimewa oleh hotel-hotel tempatan sempena Hari Kebangsaan

Hidangan istimewa oleh hotel Fairmont sempena Hari Kebangsaan. (Gambar-gambar: Fairmont Hotel)

SINGAPURA: Kek gulung Ondeh-ondeh, Macaron Bandung dan Puding Durian - ini merupakan antara hidangan istimewa oleh cef-cef hotel bertaraf lima bintang yang anda dan orang tersayang boleh nikmati di rumah sempena Hari Kebangsaan tahun ini.

Hidangan yang mendapat ilham daripada sajian atau bahan makanan yang dekat di hati rakyat Singapura ini mungkin boleh menceriakan lagi sambutan Hari Kebangsaan anda di rumah.

Bagi membawa pengalaman bersantap di hotel ke rumah, hotel Fairmont Singapore memperkenalkan beberapa set menu yang boleh dibeli para pelanggan menerusi portal dalam taliannya, 'Fairmont at Home', dan kemudian dihantar terus ke rumah mereka.

Gambar: Fairmont Hotel 

(Gambar: Fairmont Hotel)

Meskipun tidak menetap di hotel tersebut, orang ramai masih boleh membuat pesanan bagi sajian istimewa ini.

Sempena Hari Kebangsaan ini, antara menu yang disediakan termasuk Macaron Bandung, Rendang Daging serta Kek Durian - makanan-makanan yang lazimnya menjadi citarasa rakyat Singapura, menurut Pengarah Perhubungan dan Pemasaran Fairmont Singapore, Vivian Tung, dalam satu wawancara bersama BERITAmediacorp.

Gambar: Fairmont Hotel 

Selain itu, hidangan yang sinonim dengan identiti Singapura seperti Satay dan Kari Assam Ikan juga antara makanan yang tersedia di Asian Market Café.

"Orang ramai boleh membuat pesanan untuk hidangan-hidangan ini dari restoran Halal kami dalam talian dan hanya perlu memanaskannya di rumah. Ini bagi meraikan semangat menyambut ulang tahun negara kita," kata Cik Tung.

Selain Hotel Fairmont, Parkroyal Collection Marina Bay juga turut menyediakan beberapa hidangan istimewa sempena Hari Kebangsaan.

(Gambar: Facebook/Parkroyal Collection Marina Bay)

(Gambar: Facebook/Parkroyal Collection Marina Bay)

Dalam jawapan bertulis oleh Pengurus Besar Melvin Lim, satu menu istimewa khas buat Hari Kebangsaan untuk empat orang direka oleh Cef Eksekutifnya.

Ini termasuk Kek Gulung Ondeh-ondeh, pencuci mulut yang diilhamkan dari kuih yang kian mendapat perhatian para penggemar manis-manisan.

Hidangan lain termasuk Roti Brioche dengan Ketam Bercili, Mee Hokkien Udang Karang, Sate Daging Black Angus, dan Ikan Siakap Bakar dalam Daun Pisang.

Menurut Encik Lim, hidangan-hidangan yang disiapkan di restoran halal Peppermint di hotel itu boleh dipesan secara online sehingga akhir bulan Ogos ini.

Walaupun tidak dapat meraikan Hari Kebangsaan dengan "staycation" di hotel-hotel itu, orang ramai masih boleh menikmati sajian istimewa dengan selesanya di rumah masing-masing.

TIADA DENDA UNTUK TUNDA ATAU BATAL TEMPAHAN BILIK HOTEL

Lazimnya pada setiap tahun, hotel-hotel berdekatan dengan Pentas Terapung Marina Bay akan mendapat sambutan pada 9 Ogos.

Gambar: Fairmont Hotel 

Pemandangan dari bilik Hotel Fairmont 

Ini memandangkan ramai yang tidak mahu ketinggalan menyaksikan pertunjukan bunga api Perbarisan Hari Kebangsaan dari bilik hotel yang ditempah mereka.

Pakej-pakej istimewa yang ditawarkan hotel-hotel ini selalunya laris ditempah.

Bilik-bilik di dua hotel tersebut juga sudah habis ditempah sepanjang hujung minggu Hari Kebangsaan.

Namun, dengan pengumuman bahawa NDP akan ditunda kepada 21 Ogos, beberapa penyesuaian perlu dilakukan oleh pihak hotel.

Ini termasuk membenarkan pembatalan atau penundaan bagi bilik-bilik yang sudah ditempah untuk 9 Ogos.

Gambar: Fairmont Hotel 

Misalnya, bagi hotel Fairmont Singapore, mereka membenarkan penundaan untuk bilik hotel tanpa mengenakan sebarang pembayaran tambahan.

"Apabila pengumuman ini dibuat, kami memang menjangkakan ada yang akan meminta untuk membatalkan atau menunda tempahan mereka," kongsi Cik Tung.

"Kami memang membenarkan penundaan tanpa denda, dan bagi pembatalan pula, ia juga dibenarkan asalkan ia dibuat dalam jangka masa 72 jam," kongsi Cik Tung.

Dalam jawapan bertulisnya, Encik Lim juga berkongsi bahawa pihak Parkroyal Collection Marina Bay mendapat beberapa pertanyaan mengenai penundaan dan pembatalan bagi tempahan yang dilakukan untuk 9 Ogos.

"Dengan keadaan sekarang yang tidak menentu ini, kami membenarkan pembatalan dan penundaan bagi tempahan yang dibuat itu," nyata beliau.

Namun, kedua-dua hotel itu enggan mendedahkan jumlah tempahan-tempahan yang dibatalkan ataupun ditunda.

TEMPAHAN UNTUK 21 OGOS BERTAMBAH

Apabila diumumkan bahawa NDP ditunda kepada 21 Ogos, jumlah pertanyaan dan tempahan hotel bagi tarikh itu juga bertambah.

"Kami mendapati satu peningkatan dalam permintaan bagi tempahan untuk 21 Ogos dan juga beberapa hari sebelum NDP. Kami juga yakin bahawa permintaan ini akan terus meningkat kerana masih ada dua minggu lagi sebelum 21 Ogos," ujar Cik Tung.

Ramai yang masih mahu meraikan hari istimewa itu bersama orang-orang tersayang dalam suasana yang cukup istimewa dan selesa di hotel.

"Ini menandakan bahawa rakyat Singapura ingin menyambut Hari Kebangsaan dan seperti Hari Kebangsaan sebelumnya, semangat patriotisme ini masih lagi membakar dalam diri mereka," tambah beliau lagi.

(Gambar: Facebook/Parkroyal Collection Marina Bay)

(Gambar: Facebook/Parkroyal Collection Marina Bay)

Menurut Parkroyal Collection Marina Bay pula, bilik-bilik hotel yang menawarkan pemandangan pertunjukan bunga api sudah habis ditempah, sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

Sambutan baik bagi tempahan untuk 21 Ogos itu menandakan bahawa penundaan NDP tidak mematahkan semangat rakyat Singapura ini untuk terus menikmati suasana Hari Kebangsaan dengan lebih dekat lagi. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan