Skip to main content

M'sia luluskan vaksin COVID-19 Sinopharm, Johnson & Johnson untuk kegunaan darurat

Kementerian Kesihatan Malaysian (KKM) hari ini (16 Jul) memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat kepada dua vaksin COVID-19 iaitu Sinopharm dan Johnson and Johnson (Janssen) untuk kegunaan semasa bencana. 

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia luluskan vaksin COVID-19 Sinopharm, Johnson & Johnson untuk kegunaan darurat

Pekerja perubatan menerima vaksin COVID-19 di Hospital Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 1 Mac 2021. (Gambar: Lim Huey Teng/REUTERS)

Diterbitkan : 16 Jul 2021 06:20PM Dikemas Kini : 16 Jul 2021 06:23PM

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysian (KKM) hari ini (16 Jul) memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat kepada dua vaksin COVID-19 iaitu Sinopharm dan Johnson and Johnson (Janssen) untuk kegunaan semasa bencana. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kelulusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ke-361 yang bersidang hari ini.

“Kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat mutu, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa,” katannya dalam kenyataan hari ini. 

Dr Noor Hisham berkata langkah itu bertujuan untuk memastikan perbandingan manfaat-risiko bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif. 

Vaksin Sinopharm atau ‘COVILO Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated’ merupakan vaksin yang dibangunkan oleh China National Biotec Group Company Limited dan dikilangkan oleh Beijing Institute of Biological Products Co Ltd (BIBP), China, dengan Duopharma (M) Sdn Bhd sebagai pemegang pendaftarannya. 

Sementara vaksin Janssen 'COVID-19 Vaccine Suspension for Injection' dikilangkan oleh Janssen Pharmaceutica N.V. Belgium dengan pemegang pendaftarannya ialah Johnson & Johnson Sdn Bhd.

Menurut Dr Noor Hisham, KKM akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi pandemik COVID-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang dinilai daripada aspek mutu, keselamatan serta keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD. 

Kerajaan komited untuk memastikan penduduk dewasa Malaysia mencapai imuniti kelompok selaras dengan sasaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), tekan beliau.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita