Skip to main content

Iklan

Iklan

M'sia lebih bersedia tangani gelombang ketiga COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan

Walaupun usaha menangani gelombang ketiga COVID-19 lebih mencabar berbanding gelombang pertama sebelum ini yang bermula Mac lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) kini lebih bersedia dalam menangani wabak itu.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia lebih bersedia tangani gelombang ketiga COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 03 Nov 2020 07:58AM Dikemas Kini : 03 Nov 2020 08:02AM

PUTRAJAYA: Walaupun usaha menangani gelombang ketiga COVID-19 lebih mencabar berbanding gelombang pertama sebelum ini yang bermula Mac lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) kini lebih bersedia dalam menangani wabak itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata oleh itu, dakwaan yang wabak COVID-19 di Sabah bertambah buruk selain berlaku pelbagai kekurangan termasuk katil di hospital dan peralatan perlindungan diri (PPE) adalah tidak benar.

Selain mobilisasi petugas dan peralatan yang telah digerakkan awal, kerajaan juga meluluskan pemerolehan kecemasan RM25 juta (S$8.2 juta) iaitu RM18 juta (S$5.9 juta) untuk PPE dan RM7 juta (S$2.3 juta) untuk diagihkan kepada hospital dan pejabat kesihatan daerah.

Beliau berkata di Sabah terdapat sembilan Hospital COVID-19 dan 28 Pusat Kuarantin dan Rawatan Risiko Rendah (PKRC) dengan sejumlah 8,539 katil disediakan dan pihaknya sentiasa memantau perkembangan dan stok PPE di Sabah untuk memastikan bekalan tidak terputus.

"Sebanyak 149 katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) disediakan dengan penggunaan setakat ini sebanyak 60 peratus dan alat bantuan pernafasan adalah sebanyak 193 unit dengan penggunaan sebanyak 27 peratus," katanya menjawab soalan wartawan semasa sidang media harian COVID-19 pada Isnin (2 Okt).

"Banyak lagi kapasiti kami...jadi tidak betul dakwaan itu. Mereka yang menyatakan sistem kesihatan tidak mencukupi mungkin dia tidak turun padang untuk melihat," katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata 7.7 peratus jangkitan adalah di dalam penjara namun penularan itu dapat dikawal dan KKM akan meningkatkan aktiviti kawalan di penjara, depot tahanan imigresen dan depoh tahanan sementara di Sabah.

Malah sebelum pilihan raya negeri baru-baru ini, KKM bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengetatkan kawalan sempadan dan sekatan jalan raya bagi menghalang kemasukan pendatang tanpa izin.

“Persediaan lain juga dilakukan lebih awal dari itu tetapi ia tidak diumumkan dari segi mobilisasi kakitangan hospital, peralatan dan lain-lain ke hospital terlibat,” katanya.   

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan