Skip to main content

M'sia lapor lagi 22,262 kes COVID-19; Selangor kekal negeri dengan kes baru tertinggi

Kes harian COVID-19 di Malaysia hari ini (21 Ogos) tercatat sebanyak 22,262, merosot sedikit berbanding 23,564 kes semalam.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia lapor lagi 22,262 kes COVID-19; Selangor kekal negeri dengan kes baru tertinggi

(Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 21 Aug 2021 04:48PM Dikemas Kini : 21 Aug 2021 04:49PM

KUALA LUMPUR: Kes harian COVID-19 di Malaysia hari ini (21 Ogos) tercatat sebanyak 22,262, merosot sedikit berbanding 23,564 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah terkumpul kes meningkat kepada 1,535,286 kes.

Selangor terus menjadi negeri dengan jangkitan baru tertinggi sebanyak 7,011 kes, kata beliau di laman Twitternya.

Selain Selangor, negeri lain yang turut melaporkan kes jangkitan tinggi ialah Sabah dengan 2,651 kes diikuti oleh Sarawak (1,964), Kedah (1,880), Johor (1,558), Pulau Pinang (1,459) dan Kuala Lumpur (1,220).

Sementara itu, sebanyak 1,039 kes direkodkan di Kelantan, Perak (946), Melaka (882), Pahang (664), Terengganu (495), Negeri Sembilan (405), Putrajaya (41), Perlis (38) dan Labuan (sembilan).

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita