M'sia lapor 6,380 kes baru COVID-19; 68 kematian
Malaysia terus kembali mencatatkan trend peningkatan jangkitan baru COVID-19 apabila 6,380 kes direkodkan hari ini (18 Nov).
Gambar: AFP
KUALA LUMPUR: Malaysia terus kembali mencatatkan trend peningkatan jangkitan baru COVID-19 apabila 6,380 kes direkodkan hari ini (18 Nov).
Angka itu yang terus meningkat sejak semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik kini sebanyak 2,569,533 kes, lapor Astro Awani.
Mengenai kes kematian, setakat semalam data COVIDNOW menunjukkan pertambahan sebanyak 68 kes termasuk 12 kes BID.
Ini menjadikan angka kumulatif bagi kes kematian sebanyak 29,837.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.