Skip to main content

Iklan

Iklan

M'sia lapor 3,731 kes baru COVID-19; 15 kematian

Kes sembuh harian COVID-19 meningkat hampir seganda dalam tempoh 24 jam lalu berbanding semalam dengan 3,369 kes direkodkan hari ini (7 Feb), sementara kes baru pandemik itu pula adalah sebanyak 3,731 kes.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia lapor 3,731 kes baru COVID-19; 15 kematian

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 07 Feb 2021 08:59PM Dikemas Kini : 07 Feb 2021 09:02PM

KUALA LUMPUR: Kes sembuh harian COVID-19 meningkat hampir seganda dalam tempoh 24 jam lalu berbanding semalam dengan 3,369 kes direkodkan hari ini (7 Feb), sementara kes baru pandemik itu pula adalah sebanyak 3,731 kes.

Sejumlah 15 kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian seramai 872 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah keseluruhan kes sembuh daripada COVID-19 di Malaysia kini 190,339 kes, manakala jumlah kumulatif kes positif COVID-19 adalah 242,452 kes.

“Jumlah keseluruhan kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan dalam negara pula 51,241 kes,” katanya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Beliau berkata, daripada jumlah kes baru itu, lapan adalah kes import melibatkan empat rakyat Malaysia yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 3,723 kes melibatkan 1,946 warga tempatan.

Dr Noor Hisham berkata seramai 292 orang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 140 daripada mereka memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kes kematian hari ini kesemuanya melibatkan warga tempatan iaitu lapan lelaki dan tujuh wanita berusia dalam lingkungan 18 hingga 94 tahun dengan 14 daripada mereka berpenyakit, katanya.

Beliau berkata Selangor terus melaporkan kes harian baru tertinggi iaitu sebanyak 1,606 kes, diikuti Johor dengan 499 kes dan Kuala Lumpur (372 kes).

Melaka pula mencatat 313 kes; Pulau Pinang (250); Sarawak (219); Sabah (160); Negeri Sembilan (92); Perak (71); Kedah (43); Pahang (34); Kelantan (32); Terengganu (29); Putrajaya (sembilan) dan Perlis (dua kes).

Dr Noor Hisham berkata tujuh kluster baru dilaporkan, menjadikan jumlah kluster aktif kini sebanyak 441, dengan 81 daripadanya mencatatkan pertambahan kes hari ini.

Beliau berkata daripada tujuh kluster baru itu, tiga membabitkan tempat kerja iaitu Kluster Tapak Bina Lembah Selatan dan Kluster Jalan Bagan di Selangor, serta Kluster Jalan Gangsa Dua (Johor), manakala dua kluster melibatkan masyarakat iaitu Kluster Seruas (Sarawak) dan Kluster Taman Segar (Perak).

Dr Noor Hisham berkata Kluster Lorong Mawar di Perak pula melibatkan aktiviti keagamaan dan satu lagi kluster baru adalah kumpulan berisiko tinggi iaitu Kluster Ampang Campuran di Selangor.

"Kluster-kluster dengan pertambahan kes baru tertinggi hari ini adalah Kluster Industri Serkam (246 kes), Kluster Gudang Salak Tinggi (127 kes), dan Kluster Tapak Bina Lembah Selatan (99 kes).

"Jumlah kluster yang telah tamat pula sebanyak 454 kluster termasuk tujuh kluster yang tamat hari ini iaitu Kluster Pintu Geng, Kluster Ehsan Ibol, Kluster Persiaran Heights, Kluster Langkasuka, Kluster Wawasan, Kluster Jalan BBN, dan Kluster Texmile,” katanya. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan