Skip to main content

M'sia lapor 24,599 kes baru COVID-19; angka harian tertinggi setakat ini

Malaysia hari ini (26 Ogos) mencatat 24,599 kes baru COVID-19, angka harian tertinggi sejak pandemik melanda negara tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia lapor 24,599 kes baru COVID-19; angka harian tertinggi setakat ini

(Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 26 Aug 2021 05:21PM Dikemas Kini : 26 Aug 2021 05:24PM

KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini (26 Ogos) mencatat 24,599 kes baru COVID-19, angka harian tertinggi sejak pandemik melanda negara tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Facebooknya berkata perkembangan baru itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara tersebut meningkat kepada 1,640,843. 

Beliau berkata Selangor terus menjadi negeri yang mencatat kes paling tinggi iaitu 6,936 kes diikuti Sabah (3,487); Johor (2,785); Pulau Pinang (2,078); Sarawak (2,024); Kedah (1,538); dan Kelantan (1,312).

Perak pula mencatat 1,170 kes; Kuala Lumpur (881); Pahang (690); Terengganu (567); Negeri Sembilan (526); Melaka (515); Perlis (67); Putrajaya (20); dan Labuan (tiga).

Semalam (25 Ogos), Malaysia merekodkan 22,642 kes baru wabak itu dengan angka harian tertinggi direkodkan pada 20 Ogos iaitu sebanyak 23,564 kes.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita