M'sia lapor 1,009 kes baru COVID-19
Jumlah kes baru COVID-19 di Malaysia hari ini (5 Nov) masih mencatatkan empat angka iaitu 1,009 kes, menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan virus itu kini 10,503 kes.
(Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Jumlah kes baru COVID-19 di Malaysia hari ini (5 Nov) masih mencatatkan empat angka iaitu 1,009 kes, menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan virus itu kini 10,503 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 36,434 kes.
“Daripada jumlah kes baru,1,000 kes adalah penularan dalam negara manakala sembilan kes lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara iaitu dua kes dari India manakala satu kes masing-masing dari Kazakhstan, Indonesia, Korea Selatan, Nigeria, Afrika Selatan, Mexico dan Kemboja.
"Kesemua kes baru hari ini melibatkan kes-kes di Sabah sebanyak 564 kes, Selangor (177), Wilayah Persekutuan Labuan (92), Negeri Sembilan (90), Pulau Pinang (36), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (14) Kedah (7), Sarawak (6), Perak (6), Melaka (5), Johor (2) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1)," katanya di sidang media perkembangan COVID-19 hari ini.
Dr Noor Hisham berkata kes pulih COVID-19 hari ini mencatatkan 839 kes, menjadikan kumulatif kes pulih sepenuhnya sehingga kini sebanyak 25,654 kes atau 70.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Selain itu, terdapat enam kes kematian direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 adalah 277 kes, manakala 78 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.