Skip to main content

M'sia catat rekod tertinggi 7,289 kes baru COVID-19

Kes baru COVID-19 di Malaysia terus melonjak kepada 7,289 kes dalam tempoh 24 jam lalu iaitu angka tertinggi sejak pandemik itu dikesan di negara tersebut pada Januari tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia catat rekod tertinggi 7,289 kes baru COVID-19

Jumlah kes kematian harian yang dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis Kebangsaan M'sia semakin meningkat. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 25 May 2021 04:17PM Dikemas Kini : 25 May 2021 04:18PM

KUALA LUMPUR: Kes baru COVID-19 di Malaysia terus melonjak kepada 7,289 kes dalam tempoh 24 jam lalu iaitu angka tertinggi sejak pandemik itu dikesan di negara tersebut pada Januari tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitter memaklumkan bahawa Selangor kekal sebagai negeri yang mencatat kes harian tertinggi dengan 2,642 kes, diikuti oleh Johor (664), Kuala Lumpur (604), Sarawak (513 dan Kelantan (425).

Selain itu, Negeri Sembilan (410), Pulau Pinang (380), Kedah (336),  Terengganu (268),  Sabah (266),  Melaka (258), Perak (218), Pahang (211), Labuan (63), Putrajaya (23) dan Perlis sebanyak lapan kes.

Kes harian tertinggi Malaysia sebelum ini dicatatkan pada 23 Mei lalu dengan 6,976 kes.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita