Skip to main content

M'sia catat 182 kes baru COVID-19; tertinggi sejak beberapa bulan lalu

 Kes baru COVID-19 kembali melonjak kepada tiga angka apabila mencatat 182 kes melibatkan 181 penularan tempatan serta satu kes import, iaitu tertinggi dalam beberapa bulan selepas mencatat 100 kes pada Selasa lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia catat 182 kes baru COVID-19; tertinggi sejak beberapa bulan lalu

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 11 Sep 2020 07:48PM Dikemas Kini : 11 Sep 2020 07:50PM

KUALA LUMPUR: Kes baru COVID-19 kembali melonjak kepada tiga angka apabila mencatat 182 kes melibatkan 181 penularan tempatan serta satu kes import, iaitu tertinggi dalam beberapa bulan selepas mencatat 100 kes pada Selasa lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah penularan tempatan, 90 adalah warga tempatan manakala 91 bukan warga negara itu.

"Satu kes import dilaporkan di negeri Selangor, melibatkan seorang warga Filipina," katanya dalam kenyataan berhubung perkembangan COVID-19 hari ini (11 Sep).

Dr Noor Hisham berkata jumlah kes baru itu menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 9,810 kes, dengan kes aktif kebolehjangkitan adalah 501 kes.

Sementara itu, katanya lagi, terdapat 14 kes yang sudah pulih serta tiada pertambahan kematian menjadikannya jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik itu kekal 128. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita