Skip to main content

Iklan

Iklan

M'sia akan laksanakan semula PKP jika kes COVID-19 cecah 3 angka

Kerajaan Malaysia akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jika kes COVID-19 kembali mencecah tiga angka, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia akan laksanakan semula PKP jika kes COVID-19 cecah 3 angka

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 26 Jul 2020 04:17PM Dikemas Kini : 26 Jul 2020 04:19PM

KOTA BHARU: Kerajaan Malaysia akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jika kes COVID-19 kembali mencecah tiga angka, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata berkata kerajaan tidak mempunyai pilihan selain menguatkuasakan semula PKP Fasa 1 itu bagi membendung penularan pandemik.

"Kalau sudah mencapai tiga angka kita tidak mempunyai pilihan lain dan akan memperkenalkan semula PKP dan kita akan melihat perkara ini.

"Saya memahami kalau PKP ini dikuatkuasakan semula, ia akan menyukarkan semua pihak termasuk kita yang mahu bekerja dan sebagainya," kata Encik Ismail Sabri kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia bersempena Program Cakna Veteran ATM di Wakaf Mek Zainab di sini hari ini (26 Jul).

Beliau yang juga Menteri Pertahanan mengulas peningkatan kes COVID-19 di negara ini sejak kebelakangan ini.

Beliau juga berkata peningkatan semula kes jangkitan kepada dua angka berpunca daripada kealpaan masyarakat termasuk melanggar prosedur operasi standard (SOP).

"Esok akan ada satu mesyuarat membincangkan pelbagai perkara dan sekiranya kerajaan akan memutuskan pelbagai perkara, rakyat mestilah mematuhi SOP itu nanti," katanya.

Beliau juga mengingatkan umat Islam yang pulang bersempena Hari Raya Aidiladha supaya mematuhi SOP termasuk ketika menghadiri ibadah korban. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan