Lucky Plaza, Peninsula Plaza hadkan kemasukan ikut tarikh genap, ganjil pada hujung minggu
Mulai 29 Ogos ini, masuk ke Lucky Plaza dan Peninsula Plaza pada hujung minggu akan berdasarkan tarikh genap dan ganjil kad NRIC dan kad FIN pengunjung.
SINGAPURA: Mulai 29 Ogos ini, masuk ke Lucky Plaza dan Peninsula Plaza pada hujung minggu akan berdasarkan tarikh genap dan ganjil kad NRIC dan kad FIN pengunjung.
Menteri Kesihatan Gan Kim Yong berkata kedua-dua pusat beli-belah itu dikunjungi ramai orang pada setiap hujung minggu.
Pelaksanaan itu adalah usaha untuk menguruskan jumlah pengunjung dengan lebih baik dan memastikan jarak selamat dilaksanakan.
Ia serupa dengan yang sistem kemasukan yang dilaksanakan di beberapa pasar popular sebelum ini.
Encik Gan menambah bahawa pasukan bertindak bagi menangani COVID-19 akan terus memantau keadaan.
Menurutnya, premis lain yang menghadapi masalah pengurusan orang ramai juga mungkin diminta untuk melaksanakan sekatan kemasukan serupa jika perlu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.