Lelaki 22 tahun didakwa langgar perintah kuarantin setengah jam sebelum berakhir
Seorang lelaki berusia 22 tahun didakwa pada Jumaat (24 Apr) kerana melanggar perintah kuarantin setengah jam sebelum tempoh pengasingannya berakhir.
Tay Chun Hsien. (Gambar: Instagram/hsien.t)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 22 tahun didakwa pada Jumaat (24 Apr) kerana melanggar perintah kuarantin setengah jam sebelum tempoh pengasingannya berakhir.
Tay Chun Hsien, didakwa meninggalkan rumahnya di Choa Chu Kang antara pukul 11.30 pagi dengan 12 tengah hari pada 22 Mac.
Dia diperintahkan untuk mengasingkan diri di rumah antara 19 Mac dengan 22 Mac waktu tengah hari, "bagi keselamatan orang awam", menurut kertas tuduhan.
Tay berkata dia tidak mahu mendapatkan khidmat peguam dan memberitahu hakim: "Saya mahu mengaku bersalah. Yang Berhormat."
Pendakwa Kementerian Kesihatan berkata bahawa beliau akan mengambil masa seminggu untuk menyiapkan kes sebelum menyerahkannya kepada Pejabat Peguam Negara.
Tay akan kembali ke mahkamah Rabu depan untuk mengaku bersalah.
Akaun Instagramnya menunjukkan beberapa gambar seorang wanita yang dimuat naik pada 22 Mac, iaitu hari dia dipercayai melanggar perintah kuarantin.
Wanita itu dilihat memegang kayu pemukul bola di SuperPark Singapore di Suntec City, dan di cawangan Toys R Us.
Bagi kesalahan melanggar perintah kuarantin Tay boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga enam bulan, dikenakan denda maksimum S$10,000, atau kedua-duanya sekali.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.