Lebih 600 pelajar madrasah Indonesia terjangkit penularan baru COVID-19
Lebih 600 pelajar madrasah di Indonesia diuji positif COVID-19, kata seorang pegawai kementerian kesihatan, menandakan penularan terbaru sedang sekolah-sekolah dibuka semula di seluruh negara.
Para pegawai Indonesia menyekat akses kepada sekolah asrama Islam Darussalam Blokagung di Banyuwangi setelah ratusan pelajar dijangkiti COVID-19. (Gambar: BUD/AFP)
BANYUWANGI: Lebih 600 pelajar madrasah di Indonesia diuji positif COVID-19, kata seorang pegawai kementerian kesihatan, menandakan penularan terbaru sedang sekolah-sekolah dibuka semula di seluruh negara.
Sekolah asrama Darussalam Blokagung di daerah Banyuwangi, Jawa Timur, memulakan kuarantin dua minggu ke atas sekitar 6,000 pelajar setelah sekurang-kurangnya 664 pelajar dijangkiti virus tersebut.
Kebanyakan kes melibatkan simptom ringan atau tidak bergejala tetapi polis dan tentera tempatan sudahpun menyekat akses ke sekolah itu.
"Semua kegiatan mesti digantung," menurut jurucakap kementerian kesihatan Benget Saragih pada Selasa (1 Sep).
"Solat berjemaah sudah dihentikan buat sementara dan semua pelajar mesti duduk di dalam bilik mereka."
Ujian besar-besaran dijalankan dari pertengahan Ogos setelah beberapa pelajar mengadu berasa kurang sihat, menurut sekolah itu.
Terdapat ribuan sekolah asrama agama di seluruh Indonesia, negara dengan majoriti penduduk Islam terbesar di dunia.
Jangkitan besar-besaran berlaku setelah hampir 1,300 orang di akademi tentera Indonesia disahkan positif COVID-19 pada Julai.
Sedari itu, negara dengan hampir 270 juta penduduk turut menyaksikan penularan lebih kecil di merata negara sedang sekolah-sekolah dibuka semula berikutan penutupan selama berbulan-bulan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.