Lebih 500 penjaja, penghantar makanan jalani ujian COVID-19 percuma MOH
Ujian percuma itu merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan (MOH) untuk mengawal penularan COVID-19.
SINGAPURA: Lebih 500 penjaja dan penghantar makanan menjalani ujian COVID-19 di Marine Parade hari ini (19 Sep).
Ujian percuma itu merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan (MOH) untuk mengawal penularan COVID-19.
Langkah itu, kata Anggota Parlimen GRC Marine Parade Dr Tan See Leng, mencerminkan komitmen Singapura yang terus berdisiplin dalam menangani pandemik COVID-19.
Ujian dijalankan di dua lokasi berlainan iaitu bersebelahan Blok 75 Marine Drive dan plaza di hadapan Blok 50A Marine Terrace. Mereka yang menjalani ujian itu melakukannya secara sukarela.
Sekitar 1,000 orang kesemuanya dijangka menjalani ujian tersebut sepanjang hujung minggu ini.
Kumpulan sasaran ujian ini termasuklah para pemandu teksi, penghantar makanan dan para penjaja makanan. Mereka dikenal pasti sebagai kumpulan yang banyak berinteraksi dengan masyarakat.
Inisiatif itu juga antara lain, diharapkan akan memberi gambaran lebih baik tentang penularan virus COVID-19 dalam masyarakat.
Encik Tan berkata, rata-rata maklum balas dari mereka yang menjalani ujian itu pagi tadi adalah "sangat baik".
Beliau disertai Ketua Eksekutif Temasek Ho Ching dan Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.