Skip to main content

Iklan

Iklan

Langkah kawal penularan COVID-19 diperketat di beberapa kawasan Sarawak

 Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari dikenakan di tiga kawasan di Pakan, dalam bahagian Sarikei, bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Langkah kawal penularan COVID-19 diperketat di beberapa kawasan Sarawak

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 26 Apr 2021 07:46AM Dikemas Kini : 26 Apr 2021 07:50AM

KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari dikenakan di tiga kawasan di Pakan, dalam bahagian Sarikei, bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan pada Ahad (25 Apr) memaklumkan kawasan yang terlibat ialah di Rh. Mathew, Lubok Pisang dan Rh. Dinggai, Sungai Amut Atas yang bermula sejak 22 April lepas dan dijadual berakhir 5 Mei.

“PKPD juga dilaksanakan di Rh. Giman, Batu 13 Jalan Engkamop di Pakan selama 14 hari bermula 23 April hingga 6 Mei,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, pada Ahad (25 Apr) terdapat 595 kes baharu COVID-19 di Sarawak, selain tiga kematian direkodkan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan