Skip to main content

Iklan

Iklan

Langkah benarkan pelawat jalani ujian COVID-19 dan bukan SHN 'langkah kecil, berwaspada' buka semula sektor penerbangan S'pura

Langkah-langkah bagi membenarkan sesetengah pelawat dari Brunei dan New Zealand menjalani ujian COVID-19 untuk memasuki Singapura dan bukan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) adalah "langkah kecil, namun tetap berhati-hati" 

Anggaran Waktu Membaca:
Langkah benarkan pelawat jalani ujian COVID-19 dan bukan SHN 'langkah kecil, berwaspada' buka semula sektor penerbangan S'pura

(Gambar: Yong Jun Yuan/TODAY)

Diterbitkan : 22 Aug 2020 02:12PM Dikemas Kini : 22 Aug 2020 02:16PM

SINGAPURA: Langkah-langkah bagi membenarkan sesetengah pelawat dari Brunei dan New Zealand menjalani ujian COVID-19 untuk memasuki Singapura dan bukan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) adalah "langkah kecil, namun tetap berhati-hati" dalam usaha Singapura untuk membuka semula sektor penerbangan negara ini, menurut Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung pada Jumaat (21 Ogos).

Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan pada Jumaat bahawa mulai 1 Sep, sesetengah pelawat dari kedua-dua negara tersebut tidak perlu menjalani SHN selama 14 hari, tetapi sebaliknya dikehendaki menjalani ujian COVID-19 sebaik saja mereka tiba di Singapura. Para pelawat juga mesti berada di Brunei atau New Zealand selama 14 hari berturut-turut sebelum ke Singapura.

Brunei dan New Zealand dipilih kerana keadaan COVID-19 di kedua-dua negara itu terkawal, dengan kadar insiden kurang 0.1 jangkitan bagi setiap 100,000 penduduk, menurut Encik Ong. Para pelawat itu akan "diasingkan" sementara menunggu hasil ujian COVID-19 masing-masing, dedah Encik Ong kepada para wartawan.

Apabila ditanya sama ada langkah menguji para pelawat sekali sahaja sudah memadai, Encik Ong berkata: "Saya rasa ia bukan setakat mengenai berapa banyak ujian. Lebih penting, kepada siapakah kita membuka pintu kita.

"Bagi kedua-dua negara yang disenaraikan ini, mereka sudahpun mempunyai sistem yang mantap. Negara-negara ini sudah membuktikan bahawa mereka berhasil (mengawal COVID-19), jumlah kes yang sangat rendah ... sistem-sistem yang memberikan banyak keyakinan kepada kita."

Menurut Encik Ong, industri penerbangan "agak jelas" bahawa SHN selama 14 hari atau tujuh hari "tidak akan menggalakkan perjalanan dengan ketara.

Walaupun keputusan untuk membenarkan para pelawat dari Brunei dan New Zealand menjalani ujian COVID-19 dan bukan SHN dibuat secara sepihak, ia tidak menolak kemungkinan menawarkan aturan laluan pantas yang sama bagi urusan-urusan penting dengan negara-negara yang turut mengongsi pendirian yang sama dengan Singapura.

Encik Ong berkata Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang bekerja rapat dengan MOH dan Kementerian Ehwal Luar (MFA) untuk memantau keadaan virus korona di negara-negara lain.

Tempoh SHN bagi pelawat dari negara-negara dan wilayah-wilayah yang "berisiko rendah" juga akan disingkatkan dari dua minggu kepada seminggu, menurut MOH. Tempoh pengasingan pula boleh dilaksanakan di kediaman masing-masing.

Negara-negara tersebut adalah Australia (kecuali wilayah Victoria), tanah besar China, Macau, Malaysia, Taiwan dan Vietnam. Para pelawat akan diuji sebelum berakhir tempoh pengasingan mereka.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan