Skip to main content

Kuching diisytihar 'zon merah' COVID-19 setelah catat lagi 41 kes baru

Kota Kuching di Sarawak kini dikategorikan sebagai zon merah selepas mencatatkan 41 kes baru setakat 12.00 tengah hari Sabtu (25 Jul), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Anggaran Waktu Membaca:
Kuching diisytihar 'zon merah' COVID-19 setelah catat lagi 41 kes baru

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 25 Jul 2020 11:39PM Dikemas Kini : 25 Jul 2020 11:42PM

KUALA LUMPUR: Kota Kuching di Sarawak kini dikategorikan sebagai zon merah selepas mencatatkan 41 kes baru setakat 12.00 tengah hari Sabtu (25 Jul), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata Hospital Sentosa di Kuching turut ditutup kepada orang awam manakala semua kakitangan pusat perubatan itu dikuarantin di hospital berkenaan.

"Empat kes baru Kluster Hospital Sentosa. (Seramai) 677 individu telah disaring dan diuji, 657 masih menunggu keputusan dan Kuching, Sarawak, telah menjadi zon merah," katanya menerusi catatan di laman Facebook beliau. 

Pengesanan kontak rapat juga sudah dan sedang dijalankan, tambah beliau.

Kes jangkitan dalam masyarakat pada Sabtu adalah 23, naik berbanding 21 pada hari sebelumnya.

Sementara itu di Kuching, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak akan mengadakan mesyuarat khas pada Ahad untuk membincangkan perkembangan terkini mengenai pandemik COVID-19 di Daerah Kuching, kata pengerusinya, Amar Douglas Uggah Embas.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam Sabtu, beliau berkata daerah berkenaan mencatatkan peningkatan ketara kes positif akhir-akhir ini dengan pada Sabtu sahaja, sebanyak lapan kes positif baru dilaporkan.

"Terdapat 39 kes (baru) positif (terkumpul sejak Ahad lepas) dan dengan satu lagi kes. Kami akan menjadi zon merah daripada kuning. Apabila menjadi (zon) merah, ia mencerminkan betapa seriusnya keadaan ini. Ini memerlukan langkah-langkah tertentu diambil. Mesyuarat esok (Ahad) diadakan khas untuk menentukan langkah-langkah ini," katanya.

Beliau berkata apa sahaja langkah yang dipertimbangkan dan ditentukan akan dimaklumkan kepada Kementerian Kesihatan.

"Kami mahu mereka bertindak supaya kami dapat menguatkuasakan atau melaksanakannya secepat mungkin," kata Amar Douglas sambil menambah bahawa larangan perjalanan akan menjadi antara isu yang bakal dibincangkan dalam mesyuarat itu. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita