Skip to main content

Iklan

Iklan

Korea Selatan hadkan jumlah murid yang kembali ke sekolah

Korea Selatan mengenakan had kepada jumlah murid yang kembali ke sekolah di dalam dan sekitar ibu kota Seoul. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 May 2020 05:29PM Dikemas Kini : 29 May 2020 08:44PM

SEOUL: Korea Selatan mengenakan had kepada jumlah murid yang kembali ke sekolah di dalam dan sekitar ibu kota Seoul.

Ia sebahagian daripada usaha untuk menangani kes jangkitan baru COVID-19
yang mengancam kejayaan negara itu membendung penularan virus tersebut.

Menurut pihak berkuasa, hanya satu daripada tiga murid di tadika dan sekolah rendah di kawasan metropolitan Seoul dibenarkan menghadiri sekolah secara fizikal setiap hari.

Mereka yang tidak ke sekolah pula akan melakukan pembelajaran dari rumah.

Minggu ini Korea Selatan mengenakan kembali beberapa langkah keselamatan di Seoul serta wilayah-wilayah di sekelilingnya selepas kelompok-kelompok baru kes jangkitan COVID-19 dikesan.

Ini termasuk jangkitan di sebuah gudang penghantaran barangan e-dagang yang besar.

Khamis lalu, Korea Selatan melaporkan kenaikan tertingginya dalam jumlah kes jangkitan baru COVID-19 dalam masa hampir dua bulan.

Namun jumlah itu hari ini (29 Mei) merosot kepada 58.

Buat masa ini, muzium, taman-taman serta galeri-galeri kesenian ditutup semula selama dua minggu bermula hari ini, sementara syarikat-syarikat digesa memperkenalkan kembali cara bekerja yang fleksibel.  

Sumber : Agensi berita/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan