Skip to main content

Iklan

Iklan

Korea Selatan catat 13 kes baru COVID-19

Korea Selatan pada Ahad (17 Mei) melaporkan 13 kes baru kes jangkitan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Korea Selatan catat 13 kes baru COVID-19

Dua orang wanita berjalan di Seoul, Korea Selatan di tengah penularan COVID-19 (Gambar fail: REUTERS/Kim Hong-ji)

Diterbitkan : 17 May 2020 06:16PM Dikemas Kini : 17 May 2020 06:19PM

SEOUL: Korea Selatan pada Ahad (17 Mei) melaporkan 13 kes baru kes jangkitan COVID-19.

Ini menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan kepada 11,050 dengan 262 kematian.

Pihak berkuasa kesihatan menyatakan kebanyakan kes baru terkait dengan kelompok jangkitan yang merangkumi bar-bar dan kelab-kelab malam di Itaewon, di ibu kota Seoul.

Walaupun jumlahnya berkurangan, pihak berkuasa kekal waspada terhadap kemungkinan berlakunya kenaikan dalam jumlah jangkitan tempatan.

Lebih 5,500 orang dipercayai telah mengunjungi kelab-kelab malam di Itaewon, sejak pemerintah Seoul melonggarkan langkah-langkah sekatan membendung penularan COVID-19.

Sesetengah kelab malam dan bar di ibu kota Seoul diarahkan ditutup dan pihak berkuasa telah menangguhkan pembukaan semula sekolah-sekolah selama seminggu.

Di Thailand, lebih banyak jenis perniagaan dibuka semula hari ini sedang negara itu melonggarkan lagi sekatan-sekatan.

Perintah berkurung sebelah malam telah dipendekkan dengan sejam dan kini berkuatkuasa dari 11.00 malam hingga 4.00 pagi.

Lebih banyak perkhidmatan kereta api juga disambung semula merata negara.

Bagaimanapun pihak berkuasa melanjutkan lagi pengharaman ke atas penerbangan dari luar negara sehingga hujung bulan depan.

Kerajaan Thai juga belum memutuskan sama ada akan melanjutkan keadaan darurat di negara itu yang sepatutnya berakhir hujung bulan ini.

Tiada kes baru COVID-19 dicatatkan di Thailand sejak semalam. 

Sumber : Agensi berita/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan