OLEH-OLEH TEMASEK Ziarah Menziarahi…Buka Mata, Telinga dan Hati
Anggaran Waktu Membaca:
Hari Raya Aidilfitri merupakan masa terbaik untuk mengeratkan silaturahmi. (Gambar: Canva)
SINGAPURA: Seperti biasa, Hari Raya Aidilfitri merupakan masa terbaik untuk kita mengunjungi sanak saudara, mengeratkan silaturahmi dan jalinan persaudaraan.
Inilah masa kita ketemu Tok Besar, Nek Chik, Pak Long, Mak Ngah, Pak Andak, Mak Uteh, Pak Lang, Mak Busu, adik-beradik, sepupu-sepipit dan anak-anak buah.
Bukan selalu pun... setahun tak sekali bertemu. Peluang untuk kembali bermesra, membuang yang keruh, mengambil yang jernih dan saling bermaaf-maafan.

Dalam tiga hari, saya telah beraya antara lapan hingga 10 rumah. Bayangkan, tiap kali sampai rumah 'sedare', saya sekeluarga langkah kanan.
Kalau tak ketupat, lontong, kalau tak pun nasi himpit, lemang, paling tidak pun ada ketupat palas, nasi tomato atau nasi beriani. Memang tak sah orang Melayu beraya kalau tidak ada rendang, sambal goreng pengantin.

Perut kami sampai 'cedera' dibuatnya...
Dalam sibuk beraya, kita bertanya khabar dan dalam berseronok menyakat, macam-macam hal kita perbualkan. Dalam sekian banyak hal, ada dua tiga perkara yang menarik perhatian.
BILA UZUR MENJELANG
Sayu hati melihat makcik dan pakcik yang semakin uzur. Sesetengahnya perlu berkerusi roda, ada pula kudung kaki dan hilang daya penglihatan kerana kencing manis, sedang ada yang mula nyanyuk atau mengalami demensia, bertanya hal yang sama berulang kali.
Apabila diajak berbual, warga emas kita meluahkan rasa kesunyian kerana anak menantu bekerja, cucu-cucu bersekolah. Saban hari keseorangan kata mereka.
Ada mengucapkan syukur ditemani pembantu tetapi mengakui "berbual dengan Bibik tak sama berbual dengan anak sendiri".

Anak-anak juga tidak lokek berkongsi cerita tentang keletah dan kerenah ibu bapa serta cabaran dan tekanan yang mereka hadapi sehari-hari.
Kos kehidupan atau perbelanjaan rumah yang semakin tinggi ditambah keperluan membeli susu dan lampin dewasa serta merubah keadaan rumah menjadi mesra warga tua memerlukan biaya bukan sedikit.
Ini belum termasuk mengadakan kemudahan katil hospital, kerusi roda, mengatur kedatangan ahli terapi atau jururawat ke rumah.
Tekanan inflasi dan ketidaktentuan ekonomi global turut menghimpit perbelanjaan isi rumah.
Perang berterusan di Timur Tengah dikhuatiri memburukkan lagi keadaan.
Bagi anak muda yang mendengar, diharap mereka tidak bersikap acuh tak acuh atau sambil lewa – kerana ini adalah cabaran yang mereka juga bakal hadapi.
Bagi yang kurang mengerti keseriusan isu ini, perlu tahu bahawa 1 daripada setiap 11 orang berusia 60 tahun ke atas yang tinggal di Singapura hari ini mengalami demensia.
Kes demensia meningkat daripada 51,934 pada 2013 kepada 73,918 pada 2023, dan dijangka mencecah 152,000 menjelang 2030 menurut Kementerian Kesihatan (MOH) – menjadikannya satu masalah kesihatan awam yang amat memprihatinkan.
Ini belum lagi menyentuh penyakit kencing manis yang menjerut masyarakat Melayu di sini, dengan 1 daripada setiap 8 penduduk Melayu Singapura menghidapinya. Antara 30 hingga 35 peratus penghidap kencing manis dalam kalangan orang Melayu pula berdepan kebutaan atau ‘diabetic retinopathy’.
Justeru, penjagaan warga tua kita memerlukan sokongan menyeluruh – merangkumi prasarana, dasar penjagaan komuniti, perubatan, kebajikan dan dukungan sosial yang ampuh kerana mereka yang uzur dan berusia senja ini pernah menjadi tulang belakang pembangunan negara yang kita cintai.
GRADUAN MENITI KEHIDUPAN
Kisah kedua yang hangat diperbualkan sambil meneguk air oren dan mengunyah kuih ialah cabaran mencari kerja bagi graduan muda.
Ramai anak buah mengeluh sukar mendapat pekerjaan. Rungutan tentang ketiadaan peluang 'interview' setelah menghantar resume menjadi lumrah.

Ada suruh saya rekomen kerja kosong, ada minta saya jadi 'character referee' dan ada juga bertanya jika sebaiknya mereka menceburi bidang niaga.
Ada yang kini sibuk 'menggila' mencari peluang internship atau program bekerja sambil belajar, dalam dan luar negara, semata-mata untuk meningkatkan kemahiran dan mencantikkan resume sebaik tamat pengajian.
Hal ini tidak menghairankan. Data Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Oktober 2025 menunjukkan kadar pengangguran bagi golongan berusia 15 hingga 24 tahun kekal pada kadar 6.8 peratus pada 2023 dan 2024.
Meskipun demikian, laporan terbaharu MOM (20 Mac) menunjukkan kekosongan jawatan peringkat permulaan bagi graduan muda telah menyusut daripada 34,600 pada Disember 2024 kepada 32,500 pada Disember 2025.
Ini bagaimanapun tidak menghilangkan resah anak buah memandangkan majikan lebih berhati-hati dalam pengambilan tenaga kerja dan lebih menitikberatkan kemahiran berbanding pencapaian akademik, kata mereka.
Sememangnya era Kecerdasan Buatan (AI) menjadikan majikan sekarang lebih mengutamakan kemahiran, dengan 79.6 peratus kekosongan jawatan pada 2025 tidak lagi meletakkan kelayakan akademik sebagai syarat utama, dan ini disahkan MOM dalam laporannya.

Yang jelas, pasaran kerja sedang berubah wajah dan ini menuntut penyesuaian yang pantas daripada graduan muda.
ANTARA PELUANG DAN MASA DEPAN
Keadaan pasaran kerja yang tidak menentu ini turut memberi kesan berantai kepada corak kehidupan generasi muda.
Apabila pekerjaan sukar diperoleh, impian untuk berkahwin pada usia yang sesuai – pertengahan 20-an atau awal 30-an tahun – terpaksa ditangguh. Ini menjejas masa terbaik untuk menjana pendapatan, membeli rumah dan memiliki cahaya mata pada usia yang muda dan bertenaga.

Anak buah yang telah berumah tangga berkata, kesukaran melunaskan pembayaran flat dalam tempoh 25 atau 30 tahun telah menjejas impian mereka untuk menikmati kehidupan yang lebih nyaman apabila bersara nanti.
Bagi yang bujang pula, cabaran mereka adalah mencari pasangan yang berkemampuan untuk membina rumah tangga.
Kesan ini terserlah dalam statistik kelahiran nasional yang dibentangkan Februari tahun ini.
Kadar keseluruhan kesuburan (TFR) negara merosot ke paras terendah 0.87 pada 2025 – lebih rendah daripada 0.97 pada 2024 dan 2023 – sedangkan Singapura memerlukan TFR 2.1 untuk mengekalkan saiz populasinya.
Apa-apa pun, perangkaan ini dan perbualan dengan anak buah mencerminkan kehidupan nyata, betapa gelak tawa mereka menyembunyikan kerisauan yang tidak terluah.
KESIMPULAN
Jalan Raya bukan sekadar 'road trip' dari rumah ke rumah sempena Hari Raya, atau sekadar meluangkan masa untuk duduk mengunyah dari satu meja makan ke satu meja makan – ia sebenarnya lebih daripada itu.
Ia mendedahkan kita tentang isu nyata. Warga tua yang uzur bukan hanya urusan anak-anak mereka. Peluang kerja anak muda bukan hanya masalah ibu bapa mereka. Kadar kelahiran yang merudum bukan hanya angka dalam laporan pemerintah.
Hakikatnya, ini semua isu kita – isu yang perlu kita bawa dari ruang tamu ke ruang dasar, dari meja makan ke meja perbincangan. Ini tanggungjawab kita bersama.

Maka, jadikan Hari Raya bukan sahaja perayaan kegembiraan, tetapi juga titik tolak kesedaran dan tindakan.
Kita perlu menyedari bahawa sebuah masyarakat yang sihat bukan dibina di Parlimen atau di bilik mesyuarat semata-mata – ia bermula di rumah-rumah kita, di majlis-majlis Raya kita, dan dalam perbualan-perbualan kecil yang penuh makna dan kemudian disampaikan kepada kepimpinan negara.
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.
MENGENAI PENULIS

Chairul Fahmy Hussaini ialah mantan wartawan di Singapura dengan pengalaman lebih dua dekad.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.