OLEH-OLEH TEMASEK: Tarikan Mamdani Pada ‘Wong Cilik’
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kemenangan Zohran Mamdani sebagai Datuk Bandar atau ‘Mayor’ New York yang baharu telah mengembalikan keyakinan rakyat – bukan hanya di Amerika Syarikat – bahawa politik bukanlah arena khusus untuk golongan elit semata.
Kejayaan seorang anak pendatang dari Uganda berdarah India dan beragama Islam menewaskan seorang tokoh berpengaruh yang pernah menjadi Gabenor New York, bukan hanya mengejutkan tetapi juga mengujakan dunia – sekali gus mengingatkan kita bahawa dalam arena politik, kejujuran, wawasan, semangat dan daya juang masih boleh mengatasi wang, pengaruh, kedudukan dan kuasa.
Bagaimanapun, di sebalik sensasi global dan keghairahan media sosial, kemenangan Mamdani ini membawa makna lebih mendalam – terutama bagi masyarakat minoriti – termasuk di Singapura.
Di sini, kita bangga dengan keharmonian dan kestabilan politik, tetapi juga sering tertanya-tanya: bagaimanakah kita boleh melahirkan seorang pemimpin yang bukan sahaja berwibawa, tetapi juga peka dan prihatin selain berkeyakinan menggapai pelbagai matlamat dan hasrat yang digariskan?
Mampukah Singapura melahirkan seorang Mamdani?
Jiwa Rakyat
Kemunculan Mamdani atau nama sebenarnya, Zohran Kwame Mamdani, 34 tahun, di pentas politik menyerlah bukan kerana beliau berjanji bulan dan bintang, tetapi kerana beliau memahami denyut nadi rakyatnya – si ‘wong cilik’.
Dari video “halalflation” yang lucu tetapi tajam menyentuh kos kehidupan dan cabaran peniaga dan azamnya mahu membekukan harga sewa rumah bagi dua juta penduduknya, Mamdani menunjukkan keazaman mahu meningkatkan kesejahteraan ‘wong cilik’ yang hidup terhimpit dan tertekan.

Yang jelas, Mamdani tidak hanya lantang di pentas, apalagi bersembunyi di sebalik slogan; beliau turun ke lapangan – ke pasar, ke stesen kereta api, ke kawasan penduduk dan mendatangi kelompok pekerja bawahan – mendengar dan meluang masa bercakap dengan mereka, bukan sekadar mencari publisiti.
Di sinilah nilai peka dan ihsan menjadi inti kepemimpinan yang sebenar. Seorang pemimpin yang peka tidak hanya memerhati dari jauh, tetapi menyelami realiti dan naluri rakyat.
Nilai Politik ‘Establishment’
Sungguh mengejutkan apabila Mamdani berjaya menewaskan ahli politik mapan yang merupakan calon bebas, Andrew Cuomo, 68 tahun, calon yang disokong Presiden Donald Trump, golongan jutawan dan syarikat besar.
Menilai kemenangan Mamdani – yang meraih 1,036,051 juta atau 50.4 peratus undi mengatasi Cuomo yang menarik 854,995 atau 41.6 peratus undi dan calon Republican, Curtis Sliwa, 71 tahun, yang hanya mendapat 146,137 atau 7.1 peratus undi – menonjolkan satu hal penting – ia bukan kemenangan politik berhaluan kiri sebagaimana disebut Encik Trump ataupun penentangan terhadap calon elit.
Yang jelas tergambar adalah kemahuan rakyat dan pengundi kota New York supaya calon yang dipilih menolak elitisme dan sistem pentadbiran yang tidak mengendahkan mereka.

Malah sepanjang kempennya, Mamdani menawarkan visi mudah – memerdekakan ‘wong cilik’ daripada cengkaman kos kehidupan tanpa perlu menawarkan populisme murahan.
Beliau tidak membakar emosi rakyat, tetapi mencetuskan wacana. Beliau bercakap tentang pembekuan sewa rumah, keadilan sosial, dan peluang ekonomi bukan dengan marah-marah, tetapi dengan analisis dan pemahaman yang baik.
Di sinilah letaknya makna sebenar seorang pemimpin berketerampilan dan berwawasan – bukan sekadar pandai mengkritik sistem, tetapi tahu ke mana arah yang harus dituju, menggalas tanggungjawab untuk memperbaiki sistem pentadbiran sedia ada.
Dalam konteks Singapura, ini mengingatkan kita bahawa menjadi progresif tidak semestinya bermaksud menjadi konfrontatif – ia bermakna menjadi pemimpin bijak yang sedia menawarkan idea yang segar, dengan hujah yang bernas dan berasaskan nilai bersama.
Cerminan Untuk Singapura
Mamdani membesar sebagai seorang minoriti di kota majmuk, tidak jauh bezanya dengan Singapura. Di sini, kita juga hidup dalam masyarakat berbilang kaum, dengan keseimbangan yang halus antara identiti dan perpaduan.

Cuma, soalan yang mungkin perlu kita renungkan ialah: adakah kita telah cukup melahirkan pemimpin daripada kalangan kita sendiri yang mampu mengimbangi kedua-dua hal ini – iaitu menjadi sebahagian daripada arus nasional tanpa kehilangan akar budaya, jati diri dan jiwa masyarakatnya sendiri?
Masyarakat Singapura, dengan segala kepelbagaiannya, memiliki banyak bakat dan potensi. Ramai yang berpendidikan tinggi, berfikiran global dan berjiwa sosial tetapi adakah sistem politik sedia ada dan keadaan masyarakat kita hari ini menawarkan ruang mencukupi untuk melahirkan seseorang dalam kalangan kita yang hebat dan mampu menyinar dalam arena politik sekilat Mamdani atau Barack Obama – presiden ke-44 yang merupakan karyawan kulit hitam pertama yang layak memasuki Rumah Putih?
Natijahnya jelas, Singapura diakui sebagai negara demokratik yang mendukung nilai politik wibawa menawarkan ruang untuk kita melahirkan pemimpin berkaliber sama ada dalam arena politik atau luar daripadanya.
Kerana itu, kemenangan Mamdani memberi isyarat bahawa apabila rakyat melihat keikhlasan, mereka akan memberi kepercayaan melampaui garis etnik dan agama.
Mungkin inilah masa untuk kita menilai semula makna kepimpinan dalam konteks masyarakat majmuk – bahawa seorang pemimpin yang tulen dan berprinsip akan sentiasa mendapat tempat di hati rakyat, tanpa mengira asal usulnya.
Nilai Kaca dan Permata
Kita hidup dalam zaman di mana tanggapan dan kepercayaan boleh dibuat-buat. Di media sosial, karisma boleh dicipta; pengaruh boleh dibeli; tetapi kebijaksanaan sukar dipalsukan. Oleh itu, pemimpin masa depan – sama ada di New York atau di Singapura – mesti mampu membezakan antara kaca dan permata.
Kaca tampak berkilau di permukaan, tetapi rapuh dan mudah pecah. Permata pula tahan ujian masa, bersinar bukan kerana kilau luaran tetapi kerana keaslian dan nilai dalaman.
Pemimpin yang sejati bukan yang pandai menawan hati dalam tempoh kempen, tetapi yang tetap teguh ketika diuji dan diasak oleh masa dan keadaan.
Mamdani menunjukkan ketegasan dan kelembutan boleh wujud bersama – bahawa seorang pemimpin boleh tegas dalam prinsip tetapi lembut dalam pendekatan. Ia gabungan yang jarang tetapi sangat diperlukan.
Kuasa Naratif dan Keberanian Intelektual
Kekuatan Mamdani juga terletak pada kebolehannya membina naratif baharu – menggunakan media sosial bukan sekadar untuk berkempen, tetapi untuk mengubah cara rakyat berfikir tentang politik.
Di sinilah masyarakat di Singapura boleh mengambil iktibar. Dalam era digital ini, kekuatan suara tidak lagi bergantung kepada wadah tradisional. Yang penting ialah kemampuan untuk mengutarakan isu dengan jujur, berani, dan beradab.
Kita perlukan lebih ramai pemimpin muda yang mampu berbicara dan mengupas dasar dan kos kehidupan, isu perumahan, pekerjaan, pendidikan dan kemiskinan dengan bijaksana – bukan sekadar mengulang naratif lapuk atau mencari keselesaan dalam kesepakatan.
Pemimpin yang Kita Perlukan
Apapun, kemenangan Mamdani bukan tentang politik Amerika Syarikat semata. Ia adalah cerminan sedunia tentang pencarian sejagat terhadap kepimpinan bermakna.
Dunia hari ini sesak dengan pemimpin – yang kita kekurangan ialah pemimpin yang benar, boleh dipercayai, mampu menyampaikan yang baik dan cerdas lagi pandai.
Dalam masyarakat seperti Singapura yang dibina atas asas meritokrasi dan harmoni, pemimpin sebegini bukan sahaja boleh wujud, tetapi perlu wujud. Kerana pada akhirnya, sebuah negara tidak dinilai berdasarkan kekayaan atau kejayaannya sahaja, tetapi berdasarkan kebijaksanaan dan ihsan yang menjadi tunjang kepimpinannya.
Jadi, kisah Mamdani mengingatkan kita bahawa politik yang tulen bukan sekadar tentang kuasa, tetapi tentang makna – dalam memahami manusia, melindungi maruahnya, dan menegakkan keadilan.
Mungkin, hasil kejayaan Mamdani ini menjadi pemangkin untuk kita melahirkan lebih ramai pemimpin bermata jiwa – membela nasib ‘wong cilik’ … tanpa mengira kaum dan agama.
MENGENAI PENULIS

Chairul Fahmy Hussaini ialah mantan wartawan di Singapura dengan pengalaman lebih dua dekad.
Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.