OLEH-OLEH TEMASEK: Raut Semangat Piala Dunia
Anggaran Waktu Membaca:
Lionel Messi dan Lamine Yamal berpelukan selepas perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026. (Gambar: REUTERS)
SINGAPURA: Final Piala Dunia FIFA 2026 punya pasal, saya asyik menguap di tempat kerja.
Mengantuk lain, penat tidak cukup tidur lain. Sampai berkali-kali tergosok mata kerana berjaga malam. Mujur tidak tersalah hantar emel kepada bos atau memanggil rakan sekerja “Messi”.
Nasib baik bukan saya seorang. Berjuta-juta peminat bola sepak di seluruh dunia menghadapi masalah serupa. Mata merah, kopi bertambah, waktu tidur berkurangan.
Tidak mengapalah. Temasya ini hanya datang empat tahun sekali.
Apapun, tahniah kepada Sepanyol yang menjuarai Piala Dunia FIFA buat kali kedua selepas 2010 dalam perlawanan di Stadium MetLife, New Jersey, Amerika Syarikat, yang disaksikan 80,663 penonton dan penyokong kedua-dua pasukan dan disertai 1.8 bilion penonton dari seluruh dunia.

Kecemerlangan Argentina yang memburu kejuaraan keempat dan tampil dalam perlawanan akhir sebanyak tujuh kali seawal 1930 membuktikan mereka sememangnya jaguh berprestij.
Demam Piala Dunia FIFA memang pelik. Orang yang biasanya tidur awal tiba-tiba mampu bertahan sehingga subuh. Sepanjang kejohanan, bola sepak menjadi bahasa dunia. Keadaan dunia sekelip mata berubah bila ramai tiba-tiba lebih ‘terer’ daripada pengadil.
Itulah keindahan bola sepak, di sebalik jaringan cantik, drama sepakan penalti dan keputusan mengejutkan, temasya ini menawarkan pelajaran tentang usia, keluarga, kerendahan hati dan keberanian untuk bermimpi.
USIA BUKAN PENGHALANG
Antara tarikan terbesar kejohanan ini ialah pertemuan dua generasi pemain di pentas yang sama.

Pada satu hujung terdapat bakat muda seperti Lamine Yamal, Pau Cubarsi, Gilberto Mora dan Kendry Páez. Pada satu hujung lain berdiri pemain berpengalaman seperti Craig Gordon, Cristiano Ronaldo, Luka Modrić dan Lionel Messi.
Bola tidak peduli pada tarikh lahir.
Bakat, disiplin, kecergasan, kecerdikan dan ketenangan di bawah tekanan menjadi ukuran sebenar. Mora, Páez dan Yamal menunjukkan pemain muda tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mencuba sesuatu yang besar.
Gordon, Ronaldo, Modrić dan Messi pula menunjukkan pengalaman terus menjadi aset selagi tubuh dan minda mampu memenuhi tuntutan permainan.
Menariknya, Messi sudah meraih hampir segala-galanya dalam bola sepak, namun perwatakannya kekal sederhana.
JANGAN LUPA ASAL USUL
Bagi pemain muda, Lamine Yamal membawa kisah lebih besar daripada bakat semata-mata.

Beliau membesar di Rocafonda, sebuah kawasan kejiranan kelas pekerja dan berbilang budaya di Sepanyol. Isyarat “304” yang sering dibuatnya selepas menjaringkan gol merujuk kepada angka akhir poskod kawasan berkenaan.
Kemasyhuran tidak memadamkan ingatan terhadap keluarga dan tempat beliau dibesarkan. Ibu bapa serta neneknya kekal menjadi sebahagian penting dalam kisah kejayaan anak muda ini.
Di belakang ramai atlet hebat terdapat keluarga yang berkorban tanpa sorotan kamera. Ada ibu bapa yang bangun awal menghantar anak berlatih, menunggu di tepi padang dan mengetepikan keperluan sendiri supaya yuran latihan dapat dibayar.
Orang ramai biasanya hanya melihat hasil akhirnya: jersi cantik, gaya rambut, kasut bola berjenama dan sambutan jaringan gol yang tersendiri sampaikan sesetengah anak muda kita cepat meniru gaya dan aksi sang pemain.
Kononnya, nak ambil semangat dan menanam tekad untuk menjadi seperti pemain pujaan hati, cuma hakikatnya ia tidak semudah itu.
Meluangkan masa berjam-jam di gimnasium, atau berlatih di bawah terik mentari pagi dan petang selain memastikan disiplin pemakanan dijaga rapi merupakan antara tuntutan besar dalam menjadi pemain profesional.
Kesusahan hidup kadangkala melahirkan tekad yang luar biasa.
Namun demikian, tekad sahaja belum mencukupi. Sekolah, kelab dan negara perlu menyediakan laluan supaya bakat daripada keluarga sederhana tidak terkubur kerana kos latihan terlalu tinggi.
BOLA MENYATUKAN DUNIA
Piala Dunia FIFA turut memperlihatkan kuasa sukan dalam menyatukan manusia.
Penyokong daripada pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya berkumpul di stadium yang sama. Mereka mungkin tidak dapat berbual panjang, tetapi semuanya memahami bahasa bola sepak.

Apabila bola memasuki gawang, semua orang melompat. Apabila sepakan penalti tersasar, tangan naik ke kepala. Apabila pasukan tersingkir, air mata penyokong pantas mengalir, sekali gus mengingatkan, kita mempunyai lebih banyak persamaan daripada perbezaan.
Kemenangan Sepanyol merupakan kejayaan negara, individu dan sistem bola sepak. Tidak ada kena mengena dengan agama.
Bola sepak dan sukan harus menjadi pemersatu.
Tidak perlu kaitkan agama dan politik dengan Piala Dunia FIFA.
Persaingan juga tidak semestinya melahirkan permusuhan. Seseorang boleh mahu menang tanpa menghina lawan. Kebanggaan terhadap negara sendiri tidak memerlukan kebencian terhadap negara lain.

Rasa hormat selepas perlawanan kadangkala lebih bermakna daripada keputusan pada papan skor. Pemain bertukar jersi, berpelukan dan menghiburkan lawan yang kecewa.
Semangat sedemikian tidak seharusnya berhenti di pintu stadium.
KECIL BUKAN ALASAN
Pengajaran paling dekat datang daripada negara-negara kecil yang berani mencabar batas sendiri.
Cape Verde dan Curaçao mempunyai jumlah penduduk serta sumber yang lebih kecil berbanding kuasa bola sepak tradisional. Kekurangan itu tidak menyebabkan cita-cita mereka mengecil.

Kehadiran mereka di pentas dunia membuktikan jumlah penduduk bukan penentu mutlak. Perancangan, budaya bola sepak, pembangunan akar umbi dan peluang bermain secara kompetitif boleh membawa sebuah negara lebih tinggi daripada jangkaan.
Singapura juga sebuah negara kecil. Dalam banyak bidang, saiz tidak pernah diterima sebagai alasan. Negara ini tidak mempunyai pasaran domestik besar, namun ekonominya dihormati. Tanahnya terhad, namun pelabuhan dan lapangan terbangnya dikenali di seluruh dunia.
Anehnya, perkataan “kecil” menjadi sangat selesa apabila perbualan beralih kepada bola sepak.
Singapura kini berada di tangga ke-148 dunia, jauh di belakang Thailand (94), Vietnam (99), Indonesia (118) dan Malaysia (136). Ranking bukan segala-galanya, tetapi angka itu tetap menjadi sorotan.
Cermin memang tidak pandai menjaga hati.
Kemajuan negara jiran tidak berlaku secara kebetulan. Pembangunan akar umbi, pertandingan remaja yang konsisten, keberanian memberi peluang kepada pemain muda, sokongan terhadap liga domestik dan budaya bola sepak semuanya memainkan peranan.
Pembangunan bola sepak bukan sepantas 90 minit.
Padang perlu tersedia. Jurulatih perlu dilatih. Pemain muda mesti diberi peluang beraksi dan tunjuk kebolehan mereka. Bakat anak-anak tempatan yang menunjukkan potensi tidak boleh dibiarkan terbiar hanya kerana kekangan kewangan.
Untuk maju, kesilapan harus diterima sebagai sebahagian daripada proses meningkatkan kecemerlangan.
BANGUN BAKAT BINA SEMANGAT
Dalam aspek pembangunan bola sepak, kemajuan domestik tidak akan berkembang sekiranya setiap pihak tidak beri kerjasama. Pemain muda juga sukar matang jika sering dipuji sebagai “bakat masa depan” tetapi jarang diberi peluang bermain atau dikembangkan bakat mereka menerusi latihan dan pendedahan di peringkat antarabangsa.
Dalam kalangan keluarga, sukan masih kerap dianggap pilihan kedua. Apabila latihan bertembung dengan kelas tambahan, buku latihan biasanya menang tanpa perlu melalui sepakan penalti.
Pendidikan tetap penting. Bakat sukan pula tidak patut diketepikan sebelum sempat diuji dengan serius.
Singapura tidak perlu bercakap tentang menjuarai Piala Dunia FIFA esok pagi. Sasaran lebih munasabah ialah bergerak ke kelompok 120 terbaik, kemudian memburu kelompok 100.

Vietnam dan Thailand sudah menunjukkan bahawa berada dalam kelompok 100 teratas bukan kawasan larangan bagi negara Asia Tenggara.
Pemain yang mampu membawa Singapura lebih tinggi barangkali sedang bermain di bawah blok atau di gelanggang futsal berlantai simen sekarang. Kasutnya biasa, bolanya murah, tetapi impiannya besar.
Tanggungjawab sistem ialah mencari, menggilap, membimbing dan memberinya peluang sebelum bakat itu hilang.
ATUR LANGKAH CAPAI CITA
Piala Dunia FIFA mengajar kita usia tidak menentukan kemampuan.
Messi, Ronaldo, Modrić dan Gordon membuktikan kecemerlangan tidak semestinya mempunyai tarikh luput.
Yamal, Cubarsi, Mora dan Páez pula menunjukkan bakat muda tidak perlu menunggu giliran.
Messi mengajar tentang kerendahan hati.
Yamal mengingatkan kita, bila di puncak kejayaan, jangan buang keluarga dan lupa asal usul.
Cape Verde dan Curaçao membuktikan negara kecil juga ada peluang untuk beraksi dalam Piala Dunia FIFA.
Bola sepak bukan tentang siapa paling kaya, siapa mempunyai gaya rambut paling menarik atau siapa memakai but paling mahal. Sukan ini berkisar pada cita-cita, pengorbanan, disiplin dan keberanian memperbaiki diri.
Singapura memang kecil.
Sebuah negara menjadi lebih kecil apabila berhenti percaya, cepat berpuas hati dan terlalu mudah menerima alasan.
Halangan terbesar kita bukan saiz, tetapi diri sendiri.
Berita baiknya, halangan yang kita bina sendiri juga boleh dirobohkan demi melakar satu kemajuan pasti.
Ingat, bola sepak tidak memilih negara besar atau kecil. Ia hanya memilih negara yang sanggup bekerja lebih keras daripada alasan yang dicipta sendiri.
MENGENAI PENULIS

Chairul Fahmy Hussaini ialah mantan wartawan di Singapura dengan pengalaman lebih dua dekad.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.