OLEH-OLEH TEMASEK: Perangai Kita Bila Online dan Offline
Anggaran Waktu Membaca:
Sikap bertimbang rasa dan rasa hormat sangat penting dalam era digital. (Gambar hiasan: Canva)
SINGAPURA: Semasa sedang sedap berbual pasal bola sepak Piala Dunia FIFA 2026, seorang kawan berkata, “Korang perasan tak, kebanyakan kita ni selalunya berubah sikap bila dalam dua keadaan, semasa memandu dan semasa main bola.”
Sebelum saya sempat jawab, seorang member dengan pantas komen: “Bukan time memandu atau main bola je… sekarang ni orang cepat naik hantu bila online. Asal main sedap tulis, sedap taip… habis tu tulis macam champion, semua dia tahu, semua dia betul…”
Kita semua ketawa kerana ada kebenaran pada kata-kata mereka.
Atas sebab itu, apabila Singapura menubuhkan Suruhanjaya Keselamatan Online (Online Safety Commission, OSC) di bawah Akta Keselamatan Online (Bantuan dan Akauntabiliti) 2025, perhatian ramai bukan sekadar tertumpu kepada sebuah agensi baharu tetapi mesej di sebalik langkah tersebut: apa yang berlaku di alam maya kini dianggap mempunyai kesan nyata terhadap kehidupan seseorang.

Gangguan dalam talian, buli dan kesamsengan dalam talian, pendedahan maklumat peribadi (doxxing), penyalahgunaan gambar intim atau penghendapan digital bukan lagi isu yang boleh dianggap "sekadar di Internet".
Kesemua ini boleh menjejaskan hubungan sesama keluarga, sesama rakan, kerjaya, kesihatan mental dan keyakinan diri.
Malah sikap buruk sesetengah pengguna mengundang satu persoalan lebih luas.
Mengapa ramai berperangai buruk bila di Internet?
“Pasal mereka tidak dididik dengan pekerti,” jawab seorang kawan tadi.
DUA WAJAH, SATU MANUSIA
Ada satu pemerhatian yang sering kedengaran apabila membincangkan media sosial.
"Kalau jumpa depan-depan, dia bukan macam itu."
Ungkapan itu mungkin kedengaran biasa, tetapi ia mengandungi persoalan menarik. Adakah seseorang itu benar-benar baik, ibarat pijak semut tak mati, bila depan orang tetapi lupa diri apabila berada di depan komputer, mengusung komen sana sini yang pedas lagi mencela di sebalik nama samaran.
Ahli psikologi siber, Profesor John Suler, pernah menghuraikan fenomena ini melalui konsep online 'disinhibition effect' atau kesan hilang kekangan dalam talian.

Beliau menjelaskan bahawa individu cenderung menjadi lebih berani, lebih terbuka atau kadangkala lebih kasar apabila berinteraksi secara digital kerana mereka merasakan adanya jarak antara diri mereka dengan orang lain.
Di alam maya, kita tidak melihat reaksi wajah orang yang membaca komen kita.
Kita tidak mendengar nada suara mereka.
Kita juga tidak menyaksikan kesan emosi yang mungkin berlaku beberapa minit atau beberapa jam kemudian.
Barangkali sebab itulah, ayat yang tidak sanggup diucapkan ketika minum kopi bersama rakan boleh muncul dengan mudah di ruangan komen atau dalam kumpulan sembang.

Namun begitu, fenomena ini bukanlah bermaksud semua orang berubah menjadi negatif apabila berada di Internet. Ramai juga yang menggunakan media sosial untuk membantu orang lain, berkongsi ilmu, mengumpulkan dana kebajikan atau menyokong mereka yang sedang melalui kesusahan.
Teknologi hanya menyediakan ruang. Yang mengisinya tetap manusia.
BILA WHATSAPP JADI RUANG TAMU
Apabila bercakap tentang keselamatan online, fikiran kita biasanya terus tertumpu kepada wadah media sosial seperti Facebook, Instagram atau TikTok.
Menurut laporan Infobip yang diterbitkan pada April, sekitar 90 peratus penduduk Singapura menggunakan WhatsApp.
Di situlah keluarga berbincang.
Di situlah ibu bapa menerima maklumat sekolah.
Di situlah jawatankuasa masjid, persatuan penduduk, kelab sukan dan rakan sekerja bertukar pandangan.
Pendek kata, WhatsApp menjadi ruang terbuka. Sedang ramai jaga diri, tertib dan amalkan sikap yang betul bila berbual, terdapat sebilangan kecil yang sebaliknya – sanggup menunjukkan gambar atau video seseorang kepada orang lain dengan tujuan memperlekehkan individu tersebut.

Ada pula menggunakan WhatsApp untuk mengadu domba, membuat ugutan, membuat ancaman dan membuli semata-mata kerana menyangka segala kenyataan dalam WhatsApp boleh dihapuskan dengan beberapa sentuhan pada skrin.
Ada juga suka membuat cerita dengan melakukan tangkap layar yang dipindahkan dari satu kumpulan ke kumpulan lain, dan tidak cukup dengan itu, melakukan rakaman suara dan kemudiannya dihantar tanpa diketahui pemilik asalnya.
Menariknya, ada sesetengah dari kita tidak merasa diri sebagai pelaku gangguan. Ada yang sekadar merasakan mereka "kongsi sahaja", "bergurau sahaja" atau "sekadar hendak memaklumkan".
Di sinilah sempadan antara niat dan kesan menjadi semakin kabur.
UNDANG-UNDANG DAN BUDAYA
Penubuhan OSC menunjukkan Singapura melihat keselamatan digital sebagai sebahagian daripada kesejahteraan masyarakat.
Mangsa kini mempunyai saluran khusus untuk mendapatkan bantuan, manakala individu, pentadbir kumpulan dan pengurus wadah digital turut diberikan tanggungjawab tertentu di bawah undang-undang baharu.
Ini merupakan satu perkembangan menarik kerana ia memperlihatkan bagaimana konsep tanggungjawab dalam ruang digital semakin berkembang.
Jika dahulu perhatian lebih tertumpu kepada individu yang memuat naik kandungan, kini peranan pentadbir kumpulan dan penyedia platform juga diberikan perhatian.

Mungkin sebab itu, banyak negara kini bukan sahaja memberi perhatian kepada penguatkuasaan, malah kepada usaha menjadikan masyarakat celik digital.
Menurut laporan Digital 2025: Singapore oleh DataReportal, penggunaan Internet dan media sosial di Singapura berada pada tahap sangat tinggi. Ini bermakna semakin banyak interaksi sosial berlaku melalui peranti digital, semakin penting juga kefahaman tentang etika berkomunikasi di ruang tersebut.
Teknologi berkembang jauh lebih pantas daripada budaya. Budaya pula memerlukan masa untuk matang.
TENTANG MANUSIA
Dalam masyarakat Melayu, terdapat banyak ungkapan tentang menjaga lidah, menjaga hati dan menjaga maruah orang lain.
Menariknya, nilai-nilai tersebut lahir jauh sebelum wujudnya Internet.
Hari ini, cabarannya bukan kerana nilai itu sudah berubah, tetapi kerana corak atau kaedah penyampaiannya berubah.
Kata-kata yang dahulu hanya didengari oleh beberapa orang kini boleh dibaca ribuan orang dalam satu masa.
Satu gambar yang dahulu hanya berada dalam album keluarga kini boleh tersebar ke seluruh dunia dalam beberapa minit sahaja.
Satu jenaka yang dianggap lucu oleh segelintir orang mungkin membawa makna yang sangat berbeza kepada individu yang menjadi bahan jenaka tersebut.
Pada masa yang sama, Internet juga memperlihatkan sisi baik dan buruk manusia.
Ketika berlaku bencana, ramai tampil menghulurkan bantuan melalui wadah digital.
Ketika ada keluarga memerlukan sokongan, kutipan dana boleh dilakukan secepat kilat.
Ketika seseorang hilang, maklumat boleh disebarkan dengan pantas sehingga membantu usaha mencarinya dibuat serta-merta.

Ini mengingatkan kita bahawa Internet sendiri tidak mempunyai perangai.
AKHIRNYA…
Yang mempunyai perangai ialah manusia.
Mungkin itulah sebabnya, berita mengenai penubuhan OSC bukan sekadar berkisar tentang sebuah suruhanjaya baharu atau satu lagi undang-undang. Ia sebenarnya mengajak kita memikirkan bagaimana masyarakat ingin membentuk ruang digital yang dihuni bersama.
Dalam dunia yang semakin saling terhubung, persoalannya mungkin bukan lagi sama ada kehidupan online dan offline itu berbeza.
Persoalan yang lebih menarik ialah sama ada kedua-duanya masih mencerminkan nilai yang sama.
Kerana akhirnya, seseorang tidak dikenali hanya melalui apa yang diucapkannya ketika bersemuka.
Dalam zaman ini, seseorang juga dikenali melalui apa yang ditulis atau dikongsinya, apa yang dipilih untuk disebarkan dan apa yang diputuskan untuk diketepi atau dibiarkan.
Barangkali di situlah letaknya cabaran sebenar masyarakat era digital.
Kita bukan sekadar memiliki akses kepada teknologi yang semakin pintar, tetapi perlu memastikan kebijaksanaan manusia berkembang seiring dengannya.
Telefon boleh menjadi semakin canggih setiap tahun, aplikasi boleh bertambah baik setiap bulan, tetapi persoalan tentang timbang rasa, hormat dan tanggungjawab akan terus kekal.
Pendekatan mungkin berubah tetapi nilai yang membentuk sebuah masyarakat sentiasa bermula daripada manusia itu sendiri.
MENGENAI PENULIS

Chairul Fahmy Hussaini ialah mantan wartawan di Singapura dengan pengalaman lebih dua dekad.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.