OLEH-OLEH TEMASEK: Menang Sabung Kalah Sorak
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Minggu ini, dua kejadian bola sepak menarik perhatian ramai – satu terjadi di Hong Kong melibatkan pasukan Singapura dan satu lagi berlaku di Malaysia, melibatkan Harimau Malaya – menyentak kita.
Insiden pertama berlaku dalam keghairahan, manakala kejadian kedua pula berlaku kerana sikap melebih.
Kita mulakan di Hong Kong, di mana pasukan Singa kita mencipta sejarah – kembali dari ketinggalan untuk menewaskan tuan rumah 2-1 (18 Nov) dan sekali gus melayakkan Singapura dalam kejohanan Piala Asia 2027 buat julung-julung kalinya.
Barisan kesebelasan Singapura bukan sahaja mengaum, malah melakukan cakaran bermaruah bagi menghilangkan keraguan peminat bola sepak tanah air bahawa skuad kebangsaan kita mampu menang dengan bergaya di peringkat serantau.

Namun, sebaik kemenangan diraih dan kegembiraan memuncak, pada detik itulah terjadinya adegan yang tidak seharusnya – apabila Pemangku Menteri David Neo, mungkin dalam keghairahan beliau meraikan kemenangan negara, telah terlepas cakap dengan menyelar penyokong dan pemain Hong Kong sebagai “idiots” atau “bodoh” dan rakaman adegan itu kemudiannya tular.
Pepatah Melayu mengajar: terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Kita memahami bahawa bola sepak menjemput emosi yang menggelegak dan dalam ruang tertutup, jangan cakap pak menteri, manusia biasa pun mudah terbawa-bawa sampai lidah pun terseliuh.
Cuma, apabila seorang menteri yang berkata demikian, kata-katanya bukan lagi milik dirinya sahaja; ia menampilkan dirinya sebagai wakil atau duta negara.
Lantas, apabila klip itu tersebar, penjelasan dan permohonan maaf pun menyusul. Tindakan pantas Encik Neo memohon maaf sememangnya wajar dan tepat pada masanya.
Rai Dengan Adab
Apa yang menarik ialah reaksi masyarakat. Ada yang ketawa, menganggap keceluparan Encik Neo sekadar gurauan di bilik persalinan. Ada pula yang mengecam kerana menyifatkan beliau sebagai tidak beradab sehinggakan imej negara tercalar.
Namun dalam konteks sukan, persoalannya lebih besar daripada sekadar kata-kata yang dihamburkan selepas mengecapi kemenangan – ia tentang bagaimana kita meraikan kejayaan itu sendiri, dengan berhemah.
Perbahasan ini penting kerana Singapura jarang meraih detik seindah ini dalam perjalanan bola sepak antarabangsa.
Kemenangan bersejarah ini sepatutnya menjadi mercu tanda – bukan hanya bagi pasukan negara, tetapi kita semua – yang sememangnya mahukan kemenangan yang manis, bukan kemenangan yang menimbulkan rasa pahit di bibir pihak lain.
Pada masa yang sama, penghargaan wajar diberikan. Insentif kemenangan yang cukup besar, sekitar S$2 juta merupakan satu bukti nyata bahawa pemain Singapura akan beroleh ganjaran setimpal apabila mengharumkan nama negara.
Malah kedudukan atau ‘ranking’ Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pun naik empat anak tangga ke 151. Syabas!
Kesemua ini menunjukkan perkembangan sihat, cuma mulut perlu dijaga.
Bila Kejujuran Dipertaruhkan
Jika kisah Singapura berlegar sekitar keterlanjuran kata, kisah Malaysia pula menyentuh hal yang lebih berat: kejujuran dalam tindakan.
Harimau Malaya beraksi cemerlang dalam kelayakan Piala Asia dengan menewaskan Nepal 1-0 (18 Nov) – sayangnya langit cerah di Kuala Lumpur bertukar mendung apabila FIFA menjatuhkan hukuman berat terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan atas dakwaan pemalsuan dokumen.

Di sini, pepatah Inggeris yang sering diulang: Kejujuran adalah amalan terbaik (Honesty is the best policy) kelihatannya telah diremehkan.
Satu lagi ungkapan Inggeris yang wajar dipadankan dengan isu ini menerangkan kedudukan yang berlaku: Separuh kebenaran adalah penipuan tuntas (A half truth is a whole lie).
FIFA mendapati FAM mengemukakan dokumen yang mendakwa datuk nenek tujuh pemain warisan mereka berketurunan Malaysia walhal rekod daripada negara asal pemain menunjukkan sebaliknya.
Lebih memalukan, laporan menyatakan para pemain ini menandatangani dokumen naturalisasi tanpa membaca atau menyemak isi kandungannya.
Kita memahami keadaan dalam dunia bola sepak moden – baik kelab mahupun negara saling kejar bakat, kejar ranking, kejar kejayaan segera – tetapi dalam keadaan terkejar-kejar itu mereka lupa – ‘bohong sunat’ tidak termasuk dalam kriteria kejujuran yang didukung FIFA.
Asasnya, kejujuran bukan aksesori; ia adalah prinsip bukan untuk ditawar-menawar.
Akibatnya, FIFA mendenda FAM sebanyak CHF350,000 (sekitar S$566,000) dan pemain digantung setahun.
Episod ini mengingatkan kita betapa pentingnya sesebuah pertubuhan dan kepimpinannya menjaga nama baik, imej dan reputasi badan yang didukung dan nama mereka sendiri.
Tidak ada maknanya Malaysia mahupun mana-mana negara mendabik dada mengecapi kemenangan demi kemenangan dalam pertandingan serantau dan antarabangsa jika kewibawaan pasukan dipersoal dan reputasi badan induk bola sepak negara dicela kerana memberi malu kepada negara dan penyokong.
Namun dalam kekalutan ini, ‘ranking’ Malaysia tetap naik dua anak tangga ke 116.
Untuk terus mendaki, FAM harus mengambil iktibar dan berhenti bergantung kepada pintasan mudah.

Dengan populasi hampir 35 juta, Malaysia sepatutnya mampu melahirkan lebih ramai bakat tempatan. Jika tetap mahu menggunakan pemain warisan atau naturalisasi, pastikan setiap dokumen dan pengesahan perlu benar-benar sahih.
Menang Sorak, Kampung Tergadai
Dalam kita merenungi kedua-dua episod ini, ada baiknya kita mengingati nasib Pak Pandir, tokoh malang dalam hikayat Melayu yang terlalu sibuk menang sorak hingga kampung sendiri tergadai.
Kisahnya bukan sekadar dongeng lucu tetapi amaran tentang kecuaian manusia apabila terlalu ghairah meraikan kemenangan atau mengejar kejayaan.
Janganlah sampai bola sepak atau sukan kita menjejaki langkah Pak Pandir – terbawa-bawa dengan impian menjulang piala atau tergoda dengan jalan mudah mengecapi kemenangan sehingga mengabaikan asas penting seperti kejujuran dan kewibawaan.
Benar, bola sepak itu hiburan dan kebanggaan tetapi jangan sampai kita sendiri menjadi bahan hiburan kerana kealpaan dan kerakusan yang boleh dielakkan.
Sememangnya pendekatan naturalisasi adalah amalan global tetapi ia menuntut ketelusan dan kejujuran.
Kemenangan adalah sesuatu yang wajar diraikan tetapi ia menuntut kebenaran.

Baik menteri mahupun pemain, baik pentadbir mahupun penyokong, harus mengerti bahawa setiap tindakan itu mencerminkan nilai dan pekerti diri.
Mencari Makna
Dua kisah ini – satu menggambarkan kegembiraan yang terbabas, manakala satu lagi menonjolkan kejujuran yang tersasar mendedahkan kepada kita dua perkara yang dibenci – keangkuhan dan kepura-puraan.
Jadinya, dalam kita menimbang setiap kekhilafan ini, elok kita mencontohi sifat si Bahalol yang berpekerti dan bijaksana.
Tokoh aulia yang hidup di Baghdad, di zaman pemerintahan Khalifah Harun Al-Rasyid sewaktu era pentadbiran Bani Abbasiyah, mengajar kita bahawa fikiran yang jernih, kata-kata yang ditenun akal budi dan keputusan yang berasas hikmah selalu membawa manusia ke jalan yang benar.
Dalam bola sepak seperti dalam hidup, kekuatan sebenar bukan pada sorak yang lantang, tetapi pada hati yang menimbang pekerti.
MENGENAI PENULIS

Chairul Fahmy Hussaini ialah mantan wartawan di Singapura dengan pengalaman lebih dua dekad.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.