OLEH-OLEH TEMASEK: Kepimpinan Jana Wibawa
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tindakan Perdana Menteri Lawrence Wong menarik balik pelantikan Ketua Pembangkang daripada Anggota Parlimen GRC Aljunied, Encik Pritam Singh, bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Cakap ringkasnya, keputusan ini lahir daripada satu rentetan panjang berlandaskan prinsip kebertanggungjawaban awam yang menjadi asas utama sistem politik Singapura.
Encik Pritam, yang juga Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP), telah didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah pada 17 Februari 2025 atas dua tuduhan berbohong semasa memberikan keterangan kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen.
Usaha beliau untuk mencabar sabitan tersebut melalui rayuan di Mahkamah Tinggi pula menemui kegagalan apabila rayuan itu ditolak pada Disember 2025. Dengan itu, proses kehakiman telah berjalan sepenuhnya dan menghasilkan satu keputusan muktamad.
TINDAKAN BERHEMAH
Dalam kenyataannya pada 15 Januari lalu, PM Wong menegaskan, tindakan yang diambilnya dibuat berdasarkan keputusan mahkamah dan mengambil kira pandangan majoriti Anggota Parlimen yang merasakan beliau tidak lagi sesuai menduduki jawatan tersebut.

Penegasan ini membawa kita kembali kepada persoalan asas tentang peranan Ketua Pembangkang dalam sistem demokrasi berparlimen Singapura.
Jawatan tersebut bukan sekadar simbolik atau ganjaran politik kepada parti pembangkang terbesar di Parlimen tetapi satu amanah institusi yang menuntut pemimpin yang dipilih mempunyai nilai keperibadian yang tinggi, berwibawa dan berakhlak serta berkeupayaan untuk menjadi suara semak dan imbang yang dihormati.
Seperti yang ditegaskan PM Wong, individu yang dicalonkan untuk menyandang jawatan itu mestilah berperawakan baik serta memenuhi kelayakan yang ditetapkan bukan sahaja dari segi undang-undang tetapi juga dari sudut nilai dan etika.
PUNCA PELUCUTAN
Untuk memahami sepenuhnya konteks pelucutan jawatan Encik Pritam pula, kita perlu menelusuri kembali peristiwa yang menjadi punca awal kepada krisis ini, iaitu tindakan mantan Anggota Parlimen WP bagi GRC Sengkang, Cik Raeesah Khan, 33 tahun, yang berbohong di Parlimen pada 2021 berkaitan satu kes serangan seksual.

Pembohongan yang dilakukan semasa Dewan bersidang, yang pada awalnya dianggap sebagai isu peribadi dan terpencil, akhirnya berkembang menjadi krisis kepimpinan yang melibatkan keseluruhan kepemimpinan Parti Pekerja (WP).
Apabila pembohongan Cik Raeesah terbongkar, dia bukan sahaja terpaksa meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen dan ahli parti pada Nov 2021 malah Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen pada Februari 2022 turut mengesyorkan agar dia didenda sebanyak S$35,000 kerana berbohong di Dewan yang mulia.
Hukuman itu mencerminkan betapa seriusnya kesalahan berbohong dalam konteks Parlimen, sebuah institusi yang bergantung sepenuhnya kepada kebenaran dan kejujuran wakil rakyat untuk berfungsi dengan berkesan demi kesejahteraan jelata.
SATU PENGKHIANATAN
Suka atau tidak, kita harus mengakui bahawa tindakan berbohong oleh seseorang Anggota Parlimen adalah satu pelanggaran, atau lebih tepat lagi, penolakan etika secara jelas, terhadap amanah dan kepercayaan, yang diberikan oleh rakyat.
Kita harus tahu bahawa seseorang Anggota Parlimen bukan sekadar pembuat dasar atau penyampai pandangan parti tetapi juga pemimpin masyarakat yang perlu menonjolkan nilai keperibadian yang tinggi.
Dalam erti kata lain, kejujuran dalam kata-kata dan tingkah laku bukanlah satu pilihan, sebaliknya prasyarat asas kepada keabsahan seorang ahli politik.
Pepatah Melayu ada mengingatkan, “kerana seekor kerbau bergelumang lumpur, hampir semuanya terpalit”.
Pembohongan Cik Raeesah bukan sahaja mencemarkan reputasinya sendiri tetapi turut menjerumuskan kepimpinan WP ke dalam kontroversi yang berpanjangan.
MENUDING KEBOHONGAN
Persoalan utama yang timbul bukan lagi sekadar tentang satu pembohongan tetapi bagaimana kepimpinan parti menangani kebenaran dan bersikap jujur apabila berdepan situasi sukar.
Akibat daripada isu ini, Encik Pritam akhirnya diheret ke mahkamah atas dakwaan memberikan keterangan palsu kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen.
Selain beliau, dua lagi pemimpin kanan WP, iaitu Cik Sylvia Lim, Anggota Parlimen GRC Aljunied, dan Encik Faisal Manap, mantan Anggota Parlimen, turut terpalit dalam kancah kontroversi ini.

Walaupun tahap penglibatan dan implikasi perundangan mereka berbeza, hakikat bahawa kepimpinan tertinggi parti terheret ke dalam siasatan Parlimen sudah cukup untuk menimbulkan persoalan serius tentang budaya kepimpinan dan tadbir urus dalaman.
Tanpa pembohongan asal Cik Raeesah Khan, rantaian krisis ini tidak akan berlaku, dan Encik Pritam tidak akan dipaksa membayar harga politik yang begitu mahal.
Apa yang berlaku ini memberikan satu pengajaran penting tentang sifat kepimpinan.
Kepimpinan yang tidak menghormati kejujuran, apatah lagi gagal menegakkan nilai kebenaran secara tekal, akan kehilangan keluhuran jiwanya.
Apabila kebenaran dikompromi demi kepentingan sendiri oleh seorang wakil rakyat, kerosakan yang terhasil bukan hanya memakan diri tetapi turut menjatuhkan kepemimpinan institusi.
KEPINCANGAN MORAL
Dalam konteks politik Singapura, di mana kepercayaan awam terhadap institusi adalah aset yang sangat berharga, sebarang keretakan terhadap nilai integriti membawa kesan yang luas lagi mendalam.
Ingat pepatah lama:
Siakap, senohong
Gelama, ikan duri
Bercakap bohong
Lama-lama mencuri...
Daripada gambaran yang diberikan ini, kita dapat menilai apakah yang sebenarnya dicuri sang pembohong – keluhuran.
Jadi, sikap yang tidak berlandaskan kejujuran, amanah dan kebenaran akan mengheret pemimpinnya ke dalam kepincangan moral yang akhirnya menimbulkan krisis legitimasi kepemimpinan parti.
Yang harus kita sedari ialah, apa yang berlaku bukan soal parti pemerintah atau parti pembangkang semata-mata, tetapi soal nilai keperibadian, akhlak mereka yang digelar pemimpin dan memegang amanah awam.
Kewibawaan seorang pemimpin tidak lahir daripada jawatan atau retorik semata-mata. Ia dibina secara perlahan melibatkan kata-kata, sikap dan perbuatan, keberanian untuk mengakui kesilapan, serta kesediaan untuk meletakkan kepentingan institusi di atas kepentingan diri atau parti.
Apabila prinsip-prinsip ini diketepikan, yang tercalar bukan sahaja nama baik tetapi maruah dan harga diri si individu yang bergelar Anggota Parlimen, selain ranapnya maruah institusi yang diwakilinya.
Keputusan Perdana Menteri untuk menarik balik jawatan Ketua Pembangkang daripada Encik Pritam harus dilihat dalam kerangka ini.
AKHLAK PEMIMPIN
Ramai lagi Anggota Parlimen Singapura yang sebenarnya rosak nama baik dan tergadai maruahnya, dari Anggota Parlimen biasa sehinggalah mereka yang berjawatan Speaker dan Menteri.
Jadi, apa yang berlaku ke atas Encik Pritam bukan tindakan politik yang bersifat dendam atau partisan tetapi satu langkah institusi untuk mempertahankan nilai kepimpinan yang diharapkan oleh rakyat.
Dalam jangka panjang, tindakan tegas seperti ini berpotensi mengukuhkan, bukan melemahkan, kepercayaan awam terhadap sistem demokrasi Singapura.

Akhirnya, episod ini mengingatkan kita bahawa kepimpinan sejati ialah kepimpinan yang menjana wibawa melalui nilai keperibadian yang tinggi.
RUMUSAN
Pokoknya, tanpa kejujuran, amanah dan kebenaran, kuasa politik menjadi rapuh, kosong dan tidak bermakna.
Kepimpinan sejati menuntut keberanian memikul akibat, walaupun berpunca daripada kesalahan orang lain. Dalam politik, wibawa adalah mata wang paling bernilai; apabila tercalar, pemimpin tertinggi tetap perlu membayar harganya demi memelihara wibawa institusi.
Dalam dunia yang semakin rumit dan penuh cabaran, Singapura memerlukan pemimpin, sama ada di pihak pemerintah atau pembangkang, yang memahami bahawa wibawa bukan diwarisi oleh jawatan, tetapi diperoleh melalui nilai.
Dalam hal ini, pekerti diri dan nama baik institusi mesti sentiasa didahulukan, walaupun harga yang perlu dibayar oleh individu adalah tinggi.
MENGENAI PENULIS

Chairul Fahmy Hussaini ialah mantan wartawan di Singapura dengan pengalaman lebih dua dekad.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.