OLEH-OLEH TEMASEK: Kenapa Nak Jadi ‘Yang Berhormat’?
Anggaran Waktu Membaca:

(Dari kiri) Dr Faisal Abdul Aziz dari PAP, Afifah Khalid dari WP, Surayah Akbar dari SDP dan Dr Syed Harun Taha Alhabsyi dari PAP. (Gambar: Facebook/ Shamsul Kamar/ WP/ Surayah Akbar SDP/ CNA/ Tang See Kit)
SINGAPURA: Saya sedang sabar beratur untuk membeli sebungkus nasi campur di salah sebuah gerai di pusat makan berhampiran rumah apabila telefon bimbit bergetar disebabkan ketibaan pesanan WhatsApp seorang kawan yang mengajukan soalan cepumas, “Kenapa ada orang nak jadi YB?”
Orang tengah lapar dia sorong pulak soalan yang agak susah untuk saya jawab.
Apa nak saya kata, memang ada pelbagai alasan dan kemahuan untuk seseorang bercita-cita apalagi ‘mengidam’ menjadi ‘Yang Berhormat’ (YB) atau Anggota Parlimen (AP).
Tengok, setiap kali tiba musim Pilihan Raya Umum, ramai individu akan tampil menyatakan kesediaan untuk bertanding – daripada orang biasa-biasa sehinggalah yang luar biasa.
Sepanjang pengalaman selama lebih dua dekad membuat liputan Pilihan Raya Umum di Singapura, inilah antara sebab dan alasan menarik yang saya dengar dari calon-calon yang bertanding untuk jadi YB:
• “Saya ingin berbakti untuk masyarakat dan negara.”
• “AP yang ada sekarang tak mesra penduduk.”
• “Banyak isu rakyat tak disuarakan di Parlimen, jadi saya mahu jadi suara anda.”
• “Saya ingin jadikan Singapura kembali hebat.”
Macam-macam lagi sebab dan alasan dikemukakan. Saya kira semua ini akan kita dengar lagi dalam GE2025 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Anggota Parlimen, Wakil Rakyat dan Pentadbir Kawasan Undi
Bagi sesetengah orang, menjadi YB mungkin adalah panggilan hati, satu peluang untuk mencipta perubahan dalam masyarakat yang mereka sayangi. Bagi yang lain, ia menyangkut soal kuasa dan keupayaan merubah dasar pemerintah demi kesejahteraan lebih baik.
Kerana itulah, sebagai seorang YB beliau merupakan Anggota Parlimen yang menggubal undang-undang. Jangan lupa, beliau Wakil Rakyat – wakil suara rakyat dalam Parlimen. Di samping itu, YB juga mentadbir estet di kawasan undi yang mereka wakili. Berat kan tanggungjawab seorang YB?

Memang tidak dinafikan, ada individu sudah cuba berkali-kali untuk jadi YB – baik dari parti pemerintah mahupun pembangkang – tetapi tetap gagal masuk Parlimen – dari kalangan pembangkang tentunya lebih ramai.
Hakikatnya, nak jadi YB atau AP bukan setakat isi borang, bayar deposit, masuk gelanggang, berkempen dan terus menang.
Banyak yang perlu dilakukan jika seseorang itu teringin nak masuk bertanding. Satu, kena ada hati dan kemahuan untuk jadi Wakil Rakyat. Kedua, kena tahu sedikit sebanyak dasar dan isu tempatan untuk dikupas dan dibincangkan semasa berkempen. Ketiga, mesti ada kebolehan.
Menjadi seorang YB juga bermakna si calon perlu sedia mengorbankan kehidupan peribadi. Kadang-kadang, ia bukan sahaja tentang keputusan politik, tetapi juga tentang memilih antara tugas sebagai Wakil Rakyat dan mengorbankan masa keluarga demi kerjaya politik mereka.

Kriteria Jadi YB
“Apakah sifat-sifat yang harus ada pada seseorang yang berhasrat jadi YB?,” tanya kawan saya lagi.
Belum sempat saya menjawab, beliau berkata, “Pertama, mesti jujur. Kedua, mesti tahan kena marah, kena kutuk.”
Haha, memang betul katanya. Bab kena marah, kena kutuk tidak boleh saya nafikan, kalau tak percaya, buka Facebook, buka Instagram, buka TikTok, yang sini bedal sana, yang sana bedal sini, yang dektu bedal sana, sini, situ.

Bila bab marah dan mengutuk ni, sesetengah warga bukan kira AP atau menteri, ketua pembangkang atau perdana menteri, semua yang dirasa tidak peka atau menjalankan tugas dengan betul, dibedalnya.
Iyalah, dalam keadaan hari ini di mana kos sara hidup semakin tinggi dan tekanan kerja meningkat, rakyat jadi semakin telinga nipis, sensitif dan cepat baran.
Pokoknya, ramai berhasrat menjadi YB kerana mahu memperbaiki nasib rakyat tetapi sebahagian besar masyarakat masih beranggapan ahli politik lebih mementingkan diri sendiri daripada rakyat. Bagaimana seseorang calon atau YB boleh memecah stereotaip ini?
Jawapan mudahnya: Sukar.

Semangat Kental, Muka Tebal
Sebab itu, nak jadi calon, kena sedia tebalkan muka, jadi muka tembok dan kena belajar buat muka selamba.
Ini kerana, politik kepartian tidak akan memenangi hati semua orang. Apa sahaja dasar, keputusan atau tindakan yang diambil, tidak mudah diterima ramai. Seperti kata pendiri Apple Steve Jobs “kalau nak buat semua orang senang hati, jangan jadi pemimpin. Jual aiskrim aje.”
Sebagai calon, mahupun sebagai AP sedia ada, mereka perlu kekal profesional walaupun menghadapi pelbagai tekanan.

Ini kerana, dalam berpolitik, mereka perlu membuat keputusan yang tidak popular tetapi perlu demi kepentingan negara, parti atau kawasan yang mereka wakili.
Dalam dunia politik, sering kali terdapat permainan politik, rundingan, dan kompromi yang memerlukan kekuatan mental.
Sebagai Wakil Rakyat, mereka perlu berurusan dengan pelbagai pihak dengan pandangan dan agenda yang berbeza. Untuk menjaga hubungan baik dan terus bergerak maju, mereka perlu tabah dan tidak mudah tersinggung.
Pada akhirnya, dengan berbekalkan ‘muka tebal’ atau ‘muka selamba’ akan menguatkan ketabahan jiwa seorang politikus.
Disebabkan itu, mereka yang dipilih jadi calon selalunya seseorang yang punya semangat juang yang tinggi dalam menjaga kepentingan parti yang menaunginya.
Iyalah, ada kalanya mereka perlu membuat keputusan yang bertentangan dengan kehendak ramai. Di sinilah peranan kepimpinan yang baik diperlukan untuk menjelaskan keputusan tersebut dengan cara yang boleh ‘menjaga’ hati rakyat.
Natijahnya, semua YB – tanpa mengira sama ada dari parti pemerintah mahupun pembangkang – akan mempertahankan kepentingan negara dan rakyat dalam berdepan isu-isu kedaulatan dan dasar luar negara yang menjaga nama baik dan wibawa republik ini, sama ada di dalam mahupun di luar Parlimen.

Namun begitu, politik kepartian juga bermakna, kepentingan parti juga didahulukan. Apabila menteri atau AP yang mewakili parti pemerintah atau parti pembangkang membentangkan satu-satu usul di Parlimen, setiap pihak akan sedaya upaya mahu memastikan kemenangan di pihak mereka.
Cakap mudahnya, politik kepartian sering kali menyaksikan ahli politik tersepit antara mempertahankan kepentingan parti dan kemahuan rakyat. Keputusan yang diambil dalam Parlimen kadang-kadang lebih berpihak kepada parti daripada rakyat yang mereka wakili.
“Itu betul… tetapi kau tahu-tahu sajalah… dah namanya ahli politik dan Anggota Parlimen. Peranan ini semua kadang-kadang tak sealiran.

“Kalau dah namanya Wakil Rakyat, mereka harus memainkan peranan sebagai wakil suara rakyat. Tak boleh membisu bila rakyat perlukan suara mereka didengar,” kata kawan saya terus terang.
Masuk Politik
Sememangnya, politik bukan hanya tentang kemenangan di dalam Parlimen, tetapi tentang memberi sumbangan yang bermakna kepada negara dan rakyat. Di sinilah semangat seorang Wakil Rakyat diuji.
Disebabkan itu, menceburi politik boleh memberi kesan psikologi yang mendalam. Tekanan yang dihadapi bukan hanya datang daripada pengkritik luar, tetapi juga dalam diri mereka sendiri – bertanggungjawab terhadap janji yang telah dibuat dan keputusan yang diambil.
Anggota Parlimen yang berjaya adalah mereka yang sentiasa turun padang dan mendengar keluh-kesah rakyat. Dengan memahami masalah masyarakat secara langsung, mereka dapat merancang dasar yang lebih relevan dan berkesan.
Kesedaran politik yang tinggi dalam kalangan rakyat adalah kunci kepada pilihan raya yang lebih adil dan telus. Rakyat yang peka akan membuat keputusan yang lebih bijak dalam memilih wakil mereka
Akhir sekali, jika anda seorang calon YB dan masih mahu bertanding dalam GE2025 selepas membaca semua ini, tahniah – anda sudah lulus ujian pertama untuk kekalkan ‘muka tebal’!
Siapa nak jadi YB?

MENGENAI PENULIS
Chairul Fahmy Hussaini ialah mantan wartawan di Singapura dengan pengalaman lebih dua dekad.

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.