OLEH-OLEH TEMASEK: I Love You Ayah…
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar Ihsan: Facebook Bapa Sepanjang Hayat
SINGAPURA: “Akhirnya, kita dapat ‘slot’ di restoran,” kata seorang rakan.
Ketawa besar saya tatkala mendengar kata-katanya. Maklumlah, kata-katanya itu membuat saya turut rasa bersalah kerana selalunya tidak begitu menghiraukan Hari Bapa – lebih senang mengingati Hari Ibu kerana ia jatuh selang beberapa hari sesudah hari lahir bonda.
Sejak kebelakangan ini terasa kelainannya. Peranan bapa semakin dihargai – restoran, kafe dan gedung beli-belah giat mengadakan promosi istimewa ‘Hari Bapa’.
Yang nyata, bapa sekarang tidak lagi hanya dianggap sebagai 'dompet bergerak' atau ‘tukang betulkan Wi-Fi’ atau ‘tukang betulkan paip dan tukang tukar lampu’.
Saya berasa senang melihat generasi muda di Singapura hari ini lebih peka.
Perkembangan ini sesuatu yang sihat dan diterima baik kerana selalunya, sambutan Hari Bapa dingin dan tawar hambar – seakan adik-beradik tiri kepada Hari Ibu – kurang perhatian dan kurang sambutan.
Kalau ada yang bernasib baik, sekadar ucapan selamat di ‘group message’ dalam WhatsApp keluarga.

Sang Ayah Bukan Peminta
Mungkin kerana sang ayah jarang mengeluh. Jarang minta perhatian. Tanpa menghiraukan waktu, dia keluar rumah sebelum matahari terbit dan pulang selepas matahari tenggelam. Senyap-senyap, dia galas tanggungjawab, bayar bil dan jadi 'tukang jaga’ keluarga.
Sebagaimana yang saya lalui, sang ayah tidak akan meminta untuk diraikan, tidak pula menuntut hadiah, baik dompet kulit, minyak wangi jenama mewah ataupun kad ucapan dengan tulisan “Ayah, engkaulah hero sebenarku”. Mereka lebih pandang dan perhati. Dalam diam, mereka senyum kegirangan bila dibisikkan ucapan ringkas tetapi bermakna daripada anak-anak.
Mereka akan lebih ceria bilamana isteri dan anak-anak sudi meraikan mereka sama ada semasa sambutan Hari Lahir ataupun sewaktu Hari Bapa dan setiap seorang anak menuturkan, “Terima kasih Bapak!”.

Bagi yang belum mengetahui, Hari Bapa diasaskan oleh seorang wanita, Sonora Smart Dodd dari Spokane, Washington, Amerika Syarikat. Beliau mencadangkan sambutan ini pada 1909 untuk menghargai bapanya, William Jackson Smart, seorang veteran perang dan bapa tunggal yang membesarkan enam anak.
Sambutan Hari Bapa pertama diadakan pada 19 Jun 1910. Ia diiktiraf secara rasmi sebagai cuti kebangsaan di Amerika Syarikat pada 1972.
Hari Bapa & Peranan Sang Ayah di Singapura
Hari Bapa di Singapura diraikan pada minggu ketiga Jun setiap tahun.
Satu yang pasti, agak sukar untuk memberikan jumlah sebenar bapa di Singapura bagi tahun 2025 tetapi berdasarkan populasi dan trend semasa, kita boleh membuat anggaran.
Jumlah penduduk Singapura sehingga pertengahan 2025 dianggarkan sekitar 5,870,750 orang. Walaupun tidak semua lelaki bergelar bapa, jumlah mereka yang memikul peranan ini membentuk satu kelompok yang cukup besar di negara ini.
Kita dapat menganggap demikian kerana purata umur menjadi bapa di Singapura adalah sekitar 33 tahun dan kadar kelahiran pula kekal stabil, maka adalah munasabah untuk menganggarkan bahawa sejumlah besar daripada populasi lelaki – berkemungkinan dalam lingkungan ratusan ribu – adalah golongan bapa.

Satu yang pasti, umur bapa kali pertama di Singapura kelihatannya semakin tua – meningkat daripada 32.7 tahun pada 2013 kepada 33.3 tahun pada 2023.
Satu perkara yang perlu diketahui, memandangkan tidak semua kelahiran didaftarkan dengan maklumat bapa, maka umur median bapa dikira berdasarkan kelahiran yang didaftarkan dengan maklumat bapa pada kelahiran pertama si ibu bersalin.
Ini berlaku kerana kelaziman rakyat kita kahwin lambat sejak dua tiga dekad lalu – umur si lelaki untuk perkahwinan pertama meningkat daripada 30.2 tahun pada 2013 kepada 31.0 tahun pada 2023. Umur pengantin perempuan bagi perkahwinan pertama turut meningkat daripada 28.1 tahun pada 2013 kepada 29.5 tahun pada 2023.
Sungguhpun begitu, golongan bapa di sini didapati memainkan peranan aktif dalam keluarga. Laporan Trend Keluarga tahunan terbitan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada 2024 menunjukkan peratusan bapa yang mengambil ‘Cuti Paterniti Bergaji Pemerintah’ telah meningkat daripada 47 peratus bagi anak yang lahir pada 2016 kepada 53 peratus bagi anak yang lahir pada 2021.
Ini jelas menunjukkan, golongan bapa semakin prihatin terhadap peranan mereka dalam sama-sama memikul tanggungjawab menjaga anak dan mendampingi isteri yang baru bersalin.

Hal ini turut disahkan MSF dalam laporannya itu, dengan menyatakan: “Semakin ramai bapa terlibat secara langsung dalam penjagaan anak-anak mereka, dan semakin banyak majikan menawarkan fleksibiliti untuk membantu ibu bapa yang bekerja mengimbangi keperluan penjagaan anak.”
Sejuk hati membaca kenyataan MSF ini, kerana ia menggambarkan kepedulian dan semangat kebertanggungjawaban kita sebagai lelaki yang hebat dan bertanggungjawab.
“Sepatutnya Pemerintah adakan satu hari cuti umum untuk kita meraikan kedua-dua Hari Ibu dan Hari Bapa. Apa salah?,” usul seorang kawan, yang berkat usahanya suami isteri menyaksikan dua anak mereka kini di menara gading, bakal bergelar doktor dan peguam.
Saya menyetujui usulannya, cuma itulah – kadang-kadang saya tertanya juga, mengapa masih ada yang memandang ringan peranan seorang ayah?
Meraikan Seorang Bapa
Satu perkara yang pasti, bapa selalunya berhati waja. Ada tu, bukan jenis yang suka bermanja dengan anak-anak, atau memang bukan jenis yang tidak mudah memberikan perhatian, tetapi kalau difikirkan, bukankah ayah itu simbol ketenangan dan kekuatan dalam keluarga?
Jadi, pada Hari Bapa ini, kalau belum sempat tempah restoran mewah, tidak mengapa. Peluk ayah, tanya khabarnya, atau sekurang-kurangnya buatkan kopi kegemarannya.
Kadang-kadang, penghargaan paling ikhlas datang dalam bentuk yang paling sederhana.
Selamat Hari Bapa kepada semua ayah, abah, bapak, baba dan papa.
Anda adalah insan yang luar biasa – bijak berpura-pura bersikap tidak kisah, tetapi senyum lebar bila anak hulur kad comot bertulis "I love you, Papa".
MENGENAI PENULIS
Chairul Fahmy Hussaini ialah mantan wartawan di Singapura dengan pengalaman lebih dua dekad.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.