OLEH-OLEH TEMASEK: Gendang Gendut Tali Kecapi…
Anggaran Waktu Membaca:
Dalam tradisi Islam, halal melangkaui kategori makanan. (Gambar hiasan: Canva)
SINGAPURA: Tempohari saya menjamu selera di kedai kopi dekat Tanjong Pagar yang menawarkan pelbagai makanan halal serantau.
Bukan setakat makanan dan lauk pauk dari Nusantara, tetapi ada juga dari beberapa negara Asia dan Timur Tengah.
Semasa mata terkelap-kelip menjengah lauk-pauk yang ditawarkan dan barisan nama-nama masakan, sesetengahnya agak sukar disebut, teman yang mengiring sempat bersuara: sedap tak sedap, pastikan halal.
Betul, biar halalan toyyiban, sampuk seorang lagi member yang membontot.
UNTAIAN PERSOALAN
Lama selepas 'mengenyangkan' perut, saya terfikir semula pertemuan tadi dan perbincangan kami tentang kedua-dua soal halal dan halalan toyyiban.
Cakap ringkasnya, ia bukan isu ringan. Ia merupakan tuntutan hidup sebagai Muslim.

Lontaran fikiran itu kembali segar apabila nama Singapore Airlines (SIA) menjadi bualan ramai baru-baru ini – bukan kerana destinasi baharu atau kabin mewah baharu, tetapi kerana soal mudah yang tersangkut di hati ramai: adakah hidangan Muslim yang ditawarkan di atas kapal terbang itu benar-benar halal?
SIA mengesahkan hidangan Muslim mereka tidak mempunyai pensijilan halal, walaupun bahan-bahannya dibekalkan oleh pembekal bertauliah halal. Alasannya: hidangan dipanaskan semula dalam ketuhar yang dikongsi bersama hidangan bukan halal, dan dihidangkan menggunakan peralatan makan yang sama.
Dunia maya bergolak. Pelbagai suara bergema – ada yang marah, ada yang mencuit, ada mahu menyucuk, ada pula 'kunang-kunang' yang menasihati agar kita "bawa bekalan sendiri".
Gesaan "bawa makanan sendiri" itu pula, seolah-olah menggemakan kiasan yang dikongsikan seseorang di media sosial tentang seorang taukeh kaya yang membawa char kway teow kesukaannya ke dalam pesawat.
Kiasan itu, betapa pun ringan niatnya, memercikkan bara di tengah-tengah perbalahan hingga sesetengah orang rasa panas membara.
Saya tidak mahu bara semarak menjadi unggun api, biarlah ia reda tetapi cukup menerangi akal fikir – kerana inilah masanya kita berbincang, bukan dengan kedangkalan, tetapi berhemah, bijaksana dan hati yang terbuka.
HALAL BUKAN SEKADAR LABEL, TETAPI PEGANGAN HIDUP
Dalam tradisi Islam, halal bukan sekadar kategori makanan. Ia adalah prinsip hidup yang merentasi segala aspek – dari sara dan gaya hidup, sumber rezeki hinggalah cara makanan itu diproses, disimpan, dan dihidangkan.

Islam telah meletakkan konsep halalan toyyiban sebagai salah satu dasar utama untuk dipatuhi – melindungi nyawa, memelihara akal, dan menjaga kesucian jiwa daripada apa yang boleh merosakkannya.
Perhatikan dua patah kata yang berpasangan itu: halal dan toyyiban – bermaksud bersih, baik, suci dan menyihatkan jiwa serta raga.
Makanan mempengaruhi diri dan keperibadian. Disebabkan itu, pakar selalu menyebut pemakanan harus bersih, baik, berzat dan berkhasiat – sejajar dengan prinsip halalan toyyiban. Diri yang diisi dengan nilai bersih akan membentuk fitrah yang menolak segala yang kotor dan terlarang.
ANTARA “BOLEH DITERIMA” DAN “TERBAIK YANG BOLEH DITAWARKAN”
Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) telah menjelaskan dengan berhati-hati bahawa "tidak bersijil halal" tidak semestinya bererti "haram." Ini adalah perbezaan penting yang perlu difahami oleh semua pihak.
Panduan Irsyad Kontemporari yang diterbitkan oleh Pejabat Mufti MUIS turut memperincikan bahawa terdapat kelapangan (rukhsah) dalam Islam untuk menghadapi situasi-situasi yang tidak ideal – termasuk soal peralatan makan yang dikongsi dan makanan yang tidak mempunyai pensijilan rasmi, selagi tiada percampuran langsung dengan bahan haram.

Ini bukan bermakna kita memandang ringan soal halal. Ini bererti kita memahami bahawa fiqh Islam adalah hidup dan bergerak mengikut konteks – tidak kaku, tetapi tidak pula longgar tanpa batas.
Namun, kelapangan ini tidak seharusnya menjadi alasan bagi syarikat-syarikat besar, terutamanya syarikat yang mewakili imej negara, untuk tidak berusaha lebih dalam memenuhi keperluan penumpang Muslim.
Antara "boleh diterima" dan "terbaik yang boleh ditawarkan" ada jurang yang masih boleh diisi dengan kemahuan yang tulus.
ANTARA TUNTUTAN AGAMA DAN ADAB BERMASYARAKAT
Ada berpendapat isu 'halal' bukan sekadar teknikal tetapi menyentuh soal sikap bahawa Muslim yang hidup dalam persekitaran majmuk yang majoritinya bukan Muslim perlu menyesuaikan diri bukan menuntut penyesuaian dari orang lain.
Pandangan itu tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Ada kebenarannya.
Saya sedar ada dalam kalangan sesetengah kita yang berasa terluka dengan cara isu ini dibingkai oleh sesetengah pihak – seolah-olah meminta makanan halal bersijil adalah tanda "menuntut lebih" atau bersikap "berhak".
Saya juga faham ada di antara kita berasa isu ini dibesar-besarkan melebihi had yang sepatutnya.
Kesemua perasaan ini benar-benar wujud dan perlu dihormati.
Yang tidak boleh kita biarkan ialah apabila perbincangan berkenaan keperluan agama seseorang dijawab dengan sindir-menyindir. Keperluan halal bukan kemewahan. Ia bukan permintaan istimewa yang lahir dari sifat manja. Ia adalah sebahagian daripada cara hidup yang telah dianjurkan oleh agama sejak lebih empat belas abad lalu.
Seperti mana seorang penumpang yang menghidapi alahan atau 'alergi' makanan berhak meminta makanan yang sesuai tanpa rasa malu, seorang Muslim juga berhak menyatakan keperluan halalnya tanpa perlu dipersoalkan niatnya.

HARMONI BUKAN BERERTI BERDIAM
Singapura sering berbangga dengan keharmonian antara kaum dan agama. Bagaimanapun rasa bangga itu datang dengan tanggungjawab – bahawa harmoni sejati bukan bererti golongan minoriti sentiasa berdiam diri demi menjaga ketenangan dan kemahuan kaum majoriti.
Harmoni yang sejati ialah apabila semua pihak berasa cukup selamat untuk menyuarakan keperluan mereka – dan pihak yang mendengar cukup matang untuk memberi maklum balas dengan hormat, bukan dengan kiasan.
Syarikat penerbangan nasional kita membawa lebih daripada penumpang. Ia membawa wajah Singapura ke pentas dunia, wajah sebuah negara yang benar-benar memuliakan kepelbagaian, bukan sekadar mengaku berbuat demikian.
Kembali ke meja makan di kedai kopi tadi. Teman saya yang berkata "biar halalan toyyiban" sebenarnya menyebut sesuatu yang sangat mendalam, tanpa dia menyedarinya.
Halalan toyyiban bukan sahaja tentang apa yang masuk ke mulut. Ia tentang bagaimana kita menjalani hidup dengan bersih, dengan jujur, dengan hormat kepada diri sendiri dan kepada orang lain.
Dalam konteks ini, saya percaya kita semua – Muslim dan bukan Muslim, penumpang dan syarikat penerbangan, rakyat dan pemimpin – boleh berusaha untuk menjadi lebih peka dalam cara kita berbincang, mendengar, dan bertindak balas.

Harmoni yang berkekalan bukan dibina di atas senyap yang dipaksa. Ia dibina di atas rasa saling memahami yang ikhlas.
Pada akhirnya, soal halal bukan sekadar soal makanan – ia soal siapa kita, apa yang kita pegang, dan bagaimana kita saling menghormati dalam ruang yang kita kongsi bersama.
Singapura yang matang bukan Singapura yang meminta golongan minoriti bersabar tanpa henti. Ia adalah Singapura yang cukup bijaksana untuk memahami bahawa menghormati keperluan sesama adalah tanda kekuatan, bukan kelemahan.
MENGENAI PENULIS

Chairul Fahmy Hussaini ialah mantan wartawan di Singapura dengan pengalaman lebih dua dekad.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.