OLEH-OLEH TEMASEK: Ganti Seragam... Masuk Baris!
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Baru-baru ini, masyarakat Melayu sekali lagi menyaksikan perubahan pucuk pimpinan di Yayasan MENDAKI. Seorang pegawai kanan tentera, Kolonel Mohamed Feroz Mohamed Akber, diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu.
Mendengar berita ini, seorang rakan saya spontan bergurau: “satu dah keluar baris, yang kolonel pula masuk baris!” Kami semua ketawa, tapi jauh di sudut hati, saya tahu gurauan itu ada maknanya.
Fenomena pegawai beruniform – sama ada polis, tentera atau pasukan pertahanan awam – yang mengetuai pertubuhan utama Melayu/Islam memang sudah lama jadi bualan. Malah, kalau diselak sejarahnya, ia bukan perkara baharu sama sekali.

Dari Rozlan ke Zuraidah
Sekitar tahun 2001, nama Encik Rozlan Giri mula disebut-sebut apabila beliau, seorang Timbalan Superintendan Polis (DSP), mengambil alih MENDAKI sebagai CEO. Pada waktu itu, langkah tersebut agak mengejutkan.
Maklumlah, belum pernah ada pegawai polis mengetuai sebuah badan Melayu sebelum itu. Maka, sambutannya bercampur baur. Ada yang hairan, ada juga yang bangga. Tetapi seperti kata orang tua-tua, “tak kenal maka tak cinta” – dan masa jugalah akhirnya yang menentukan keberkesanan kepimpinan karyawan beruniform kita.

Beberapa tahun kemudian, pada 2007 muncul pula nama Cik Zuraidah Abdullah. Beliau ketika itu berpangkat Timbalan Penolong Pesuruhjaya Polis (DAC) sebelum ditugaskan mengetuai MENDAKI sehingga 2009. Bukan sekali, malah dua kali beliau memimpin badan itu, termasuk selepas memegang jawatan penting dalam Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) sebagai Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC) polis, bermula Mac 2020 sehingga Oktober 2025.
Ramai mengenali beliau sebagai seorang pemimpin wanita Melayu yang berwibawa, berdisiplin dan penuh ketegasan.
Kini, giliran Kolonel Mohamed Feroz Mohamed Akber, 44 tahun, pula. Beliau datang daripada SAF, membawa pengalaman tentera dan kepimpinan yang luas, untuk mengemudi MENDAKI ke arah baharu.

Jejak Lebih Awal: Dari Kapten Ke Mejar
Sebenarnya, kalau kita telusuri lebih jauh, tradisi ini sudah bermula sejak era lebih awal.
Saya sendiri, ketika baru setahun jagung bergelar wartawan, pernah diperkenalkan dengan ‘Kapten Haniff’ yang memimpin kelab sepak takraw Sri Kallang. Beliau seorang pegawai muda yang beruniform, tetapi pada masa yang sama bergiat aktif membina sukan tradisi Melayu. Bagi generasi ketika itu, kehadiran seorang “kapten” mengetuai kelab takraw adalah sesuatu yang menarik.

Selain beliau, nama Mejar Ibrahim Bulat pula tercatat dalam sejarah Majlis Pusat Pertubuhan-Pertubuhan Budaya Melayu. Beliau pernah menjadi Timbalan Presiden sebelum dilantik sebagai Setiausaha Agung, dan kemudian sebagai Pengarah Eksekutif Majlis Pusat antara 1987 hingga 1997. Era itu dianggap sebagai zaman keemasan Majlis Pusat sebelum kontroversi melanda hingga menyebabkannya ‘gulung tikar’.
Dalam politik pula, Mejar Abbas Abu Amin pernah berkhidmat sebagai Anggota Parlimen (AP) kawasan Pasir Panjang pada 1980-an. Beliau antara orang Melayu beruniform awal yang menceburkan diri dalam kepimpinan politik negara.

MUIS Juga Tak Terkecuali
Fenomena ini juga berlaku di MUIS. Pada 2019, mantan Kolonel SAF, Encik Mohd Fahmi Aliman, dilantik sebagai Timbalan Ketua Eksekutif MUIS. Setahun kemudian beliau berpindah ke Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), sebelum terjun ke arena politik.

Ibarat “patah tumbuh hilang berganti”, pada 2021, MUIS melantik pula Encik Kadir Maideen, seorang mantan Penolong Pesuruhjaya SCDF, sebagai Ketua Eksekutif baharu. Sekali lagi, seorang pemimpin Melayu beruniform diberikan kepercayaan mengetuai institusi agama paling penting di negara ini.
Kenapa Mereka?
Persoalan besar yang sering timbul: mengapa pegawai beruniform sering menjadi pilihan? Jawapan paling mudah – kerana disiplin dan daya kepimpinan mereka.
Latihan tentera dan polis menuntut keberanian membuat keputusan, kebolehan mengurus pasukan besar, serta kebijaksanaan mengendalikan situasi kritikal. Semua sifat ini amat sesuai untuk mengurus pertubuhan Melayu/Islam yang berdepan cabaran pelbagai lapisan masyarakat.

Tambahan pula, pegawai beruniform sering dilihat mempunyai imej neutral – tidak terikat dengan politik atau kepentingan perniagaan. Ini penting untuk mengekalkan keyakinan masyarakat bahawa badan seperti MENDAKI dan MUIS ditadbir dengan profesional dan berintegriti.
Tetapi... Sampai Di Situ Sahaja?
Masih ada tanda tanya dan ada orang bertanya.
Mengapa pegawai beruniform Melayu seolah-olah “terhenti” di badan Melayu/Islam? Kenapa tidak diberi ruang untuk terus mara ke kementerian, ke agensi pemerintah yang lebih besar, atau ke syarikat multinasional (berbilang negara)?
Bukankah lebih baik kalau seorang kolonel, penolong pesuruhjaya atau pengarah kanan Melayu diberi peluang mengetuai GLC atau kementerian – lalu menonjolkan kebolehan mereka di pentas serantau dan antarabangsa?
Keresahan ini ada asasnya. Selepas enam dekad membina Singapura, masyarakat Melayu tentu ingin melihat lebih ramai anak bangsanya di barisan paling tinggi – sebagai setiausaha tetap, pengarah kanan kementerian atau CEO syarikat besar.

Dua Sisi Mata Wang
Walaupun begitu, kita juga perlu bersikap adil.
Ya, benar ada risiko seolah-olah bakat Melayu “dikurung” dalam pertubuhan sendiri. Namun, hakikatnya pelantikan mereka juga mencerminkan pengiktirafan pemerintah terhadap kebolehan orang Melayu.
Badan seperti MUIS dan MENDAKI bukan badan kecil. Ia mengurus dana jutaan dolar, program besar-besaran, dan berhubung terus dengan kementerian.
Majlis Pusat pula ketika itu berperanan memayungi pelbagai pertubuhan Melayu, lebih 30 badan rasanya.
Jadi, hanya individu yang diyakini berkaliber akan diberi kepercayaan mengetuai badan-badan ini.
Bak celahan seorang kawan, “Dari dulu lagi kita orang Melayu dah ada kepimpinan M Kuasa Tiga (M³). Korang jer tak perasan…,” katanya selamba.
Terbahak-bahak kita dibuatnya.
Inspirasi Buat Generasi Muda
Bagi saya, mesej paling penting ialah inspirasi – bahawa anak Melayu mampu mencapai pangkat tinggi dalam pasukan beruniform, dan seterusnya diberi kepercayaan memimpin institusi masyarakat.
Generasi muda boleh melihat jejak ini lalu berkata: “Kalau mereka boleh, aku juga boleh.”

Hari ini, semakin ramai anak muda Melayu melanjutkan pelajaran ke menara gading, menyertai bidang profesional, malah menembusi dunia perniagaan.
Tokoh-tokoh beruniform yang mengetuai badan Melayu hanyalah sebahagian daripada banyak laluan kejayaan – dan semuanya memberi teladan kepada generasi seterusnya.
Ke Hadapan… Sedia!
Persoalannya kini: adakah fenomena “ganti seragam, masuk baris” akan terus berulang, atau kita bakal menyaksikan fasa baharu di mana pemimpin Melayu melangkah lebih jauh ke kementerian, GLC dan pentas antarabangsa?

Saya percaya kedua-duanya boleh berlaku. Yang penting ialah kita terus menyokong bakat Melayu dalam semua bidang, bukan sahaja di badan Melayu/Islam. Dengan dorongan dan peluang, lebih ramai akan muncul di pelbagai peringkat kepimpinan negara.
Akhir kata, jangan kita hanya melihat fenomena ini dengan nada sinis. Sebaliknya, jadikan ia cermin semangat dan keupayaan. Sama ada di MENDAKI, di MUIS, atau di kementerian besar, anak Melayu yang “masuk baris” adalah tanda bahawa bangsa kita sedang mara.
MENGENAI PENULIS

Chairul Fahmy Hussaini ialah mantan wartawan di Singapura dengan pengalaman lebih dua dekad.
Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.