OLEH-OLEH TEMASEK: Bila Amanah Jadi Perangkap
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan seorang kanak-kanak sedang menangis. (Gambar hiasan: iStock)
SINGAPURA: Kepercayaan ialah simpulan yang mengikat sesebuah masyarakat tetapi apabila ia dikhianati, talian yang sepatutnya mengukuhkan jalinan kita mudah terburai, meninggalkan ketidakpercayaan.
Itulah hakikat pahit yang perlu kita telan selepas dikejutkan dengan kes pemerkosaan kanak-kanak dua beradik yang dilakukan seorang “pempengaruh agama”.
Perogol berusia 37 tahun itu didapati salah memperkosa seorang kanak-kanak lelaki berulang kali selain mencabul abangnya. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 27 tahun 10 bulan dan dirotan 24 kali atas tiga tuduhan merogol dan dua tuduhan mencabul kehormatan, dengan 12 lagi tuduhan diambil kira.

Meski ada berpendapat hukuman itu cukup berat, sebenarnya ia tidak menggambarkan kerosakan dan kesan trauma yang merantai kedua-dua mangsa sehingga akhir hayat.
Dua beradik yang hubungan mereka dahulunya rapat kini renggang. Memburukkan lagi keadaan, mereka pernah berfikir untuk membunuh diri. Si adik mengalami mimpi buruk dan mencederakan diri. Si abang menyalahkan dirinya kerana dialah yang mula-mula mengenali lelaki yang akhirnya dipanggil keluarga mereka sebagai "Daddy".
Lebih menyayat hati, rumah dan masjid yang seharusnya dianggap selamat didapati menjadi ruang si perogol memuaskan nafsu serakah. Bukan kes ini sahaja, dalam kes-kes lain, sekolah dan pusat pengajian turut menjadi tempat pesalah laku seksual memangsakan kanak-kanak.
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Zaqy Mohamad menyifatkan kes yang melibatkan "pempengaruh agama" ini sebagai sesuatu yang menggugat ketenteraman masyarakat.
"Bagi kita sebagai umat Islam, masjid bukan sekadar tempat kita datang untuk menunaikan solat.
"Di sini, anak-anak kita mula mengenali agama. Di sini, keluarga kita berkumpul. Di sini, kita belajar mencari ketenangan dan membina hubungan sesama masyarakat.
"Kita datang ke masjid dengan satu keyakinan bahawa ini satu tempat selamat untuk kita dan anak-anak kita.
"Sebab itu, apabila kepercayaan tersebut dicemari, apatah lagi apabila melibatkan golongan muda, kesannya bukan sahaja dirasakan oleh mangsa dan keluarga. Ia turut menggugat ketenteraman masyarakat kita," kata Encik Zaqy.
Justeru, kes ini tidak boleh berakhir dengan satu berita mengenai hukuman berat dan satu kenyataan mengecam. Ia menuntut jawapan.
BILA IMEJ AGAMA PANCING KEPERCAYAAN
Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menjelaskan si perogol bukan kakitangan atau sukarelawan masjid dan bukan asatizah yang diiktiraf di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).
Jadi persoalannya ialah, bagaimana si perogol ini menjadi sebahagian daripada ‘ekosistem’ masjid dan menjalankan kegiatan keagamaan?
Pertanyaan ini juga mengajukan persoalan lebih besar memandangkan fakta kes menunjukkan, dua beradik ini pergi ke masjid lima hari seminggu dan menghadiri kelas agama yang dikendalikan lelaki tersebut. Salah satu serangan seksual berlaku di tandas masjid selepas kelas.
Maka masyarakat wajar bertanya: atas kapasiti apakah beliau mengendalikan kelas agama di sana? Siapa yang membenarkannya? Adakah ia program rasmi masjid, usrah persendirian, atau aktiviti vendor (anjuran pihak luar)?
Adakah pihak pengurusan masjid mengetahui hal ini? Apakah tapisan yang dikenakan terhadap orang dewasa yang mendapat akses berulang kepada kanak-kanak di kawasan masjid?
Ini bukan usaha mencari kambing hitam.
Ia persoalan asas mengenai kebertanggungjawaban institusi dan perlindungan kanak-kanak, termasuk golongan warga rentan.
MUIS menggesa masyarakat mendapatkan bimbingan daripada asatizah ARS dan mengingatkan bahawa penampilan warak tidak menjamin kelayakan. Nasihat itu disuarakan bertalu-talu sebelum ini.
Ironinya, sedang peringatan ini sering disuarakan, timbul keresahan sama ada ekosistem masjid kita benar-benar seampuh yang diharapkan.
Orang ramai mempunyai jangkaan munasabah bahawa kegiatan pengajaran agama yang berlangsung secara berkala di masjid, apatah lagi melibatkan kanak-kanak, telah melalui tapisan sewajarnya.
Istilah "pempengaruh agama" juga patut membuat kita berfikir.
Sepanjang pengalaman hidup, apatah lagi sebagai wartawan, kisah sesetengah asatizah kita tersasar dan didapati salah oleh mahkamah kerana cabul, rogol dan liwat, selain penyalahgunaan dadah dan pecah amanah bukan satu perkara baharu.
Kini, kewujudan media sosial menambahkan lagi cabaran kita dalam membezakan asatizah yang benar-benar berkelayakan serta punya kesungguhan untuk mengajar dan mendidik daripada mereka yang menggunakan agama untuk tujuan songsang.
Disebabkan itu, ARS diwujudkan dengan tujuan. Kita tidak boleh membiarkan dunia digital menjadi lorong belakang untuk seseorang membina autoriti agama tanpa kelayakan, kemudian membawanya ke dunia nyata.
Namun begitu, kelihatannya ARS sahaja tidak mencukupi. Dahulu orang mudah percaya kepada bomoh, syeikh dan habib kerana cerita orang kampung. Hari ini kita mudah percaya kepada ‘influencer’ kerana jumlah pengikut dan imej kesolehan.
Teknologinya berubah; naluri manusia tidak.
ANAK KITA SELAMAT DI MANA?
Ibu bapa hari ini sibuk bekerja. Keterbatasan waktu membuat mereka mudah mempercayai sesiapa yang kelihatan baik dan alim dan pemangsa tahu benar bagaimana untuk memanfaatkan peluang ini.
Di situlah ‘grooming’ atau ‘pengantunan’ bermula, bukan dengan kekerasan tetapi dengan perhatian, hadiah dan pertolongan… sehingga akhirnya menjadi musibah.
MUIS menyatakan, rondaan dan pemantauan CCTV akan diperkukuh. Itu dialu-alukan, tetapi CCTV tidak boleh menggantikan daya kepekaan kita. Siapa orang ini? Siapa yang membenarkannya menjalankan kegiatan? Siapa menyelianya? Mengapa dia perlu bersendirian dengan seorang kanak-kanak?

Kanak-kanak juga perlu diajar bahawa mereka berhak berkata tidak dan orang dewasa mesti mendengar.
HUKUMAN BERAT TIDAK MENCUKUPI
Kemarahan masyarakat juga tertumpu kepada hukuman, dan ia bukan persoalan yang tidak munasabah. Dalam beberapa minggu kebelakangan ini sahaja, beberapa kes berat melibatkan mangsa bawah umur telah dilaporkan, termasuk seorang lelaki yang merogol tiga gadis bawah umur dan seorang lagi yang menyerang 11 kanak-kanak perempuan sepanjang tiga dekad.
Setiap kes mempunyai fakta tersendiri, tetapi pola mangsa yang terlalu muda dan penyalahgunaan kepercayaan wajar mencetuskan perbincangan dasar.
Di bawah Seksyen 375 Kanun Keseksaan, rogol boleh membawa hukuman sehingga 20 tahun penjara serta denda atau sebatan. Pada masa yang sama, kebanyakan banduan boleh dibebaskan selepas menjalani dua pertiga hukuman jika didapati berkelakuan baik.

Benar, mereka berkelakuan baik semasa di dalam penjara, apabila di luar sebagai bekas banduan dan perogol?
Maka wajar ditanya: adakah kerangka hukuman sekarang memberikan tahap pencegahan dan perlindungan yang mencukupi bagi kesalahan seksual paling berat terhadap kanak-kanak?
Pemerintah baru sahaja memperketat hukuman bagi kesalahan trafik apabila keadaan menuntut tindakan lebih tegas. Maka sudah tiba masanya kerangka hukuman bagi kesalahan seksual turut dikaji dan diperketat.
Sebelum ini, dalam pojok terdahulu saya telah mendedahkan Laporan Jenayah Tahunan 2025 yang dibentangkan pihak polis menunjukkan trend membimbangkan.
Jumlah kes rogol di sini meningkat hampir 20 peratus, daripada 401 kes pada 2024 kepada 479 kes pada 2025. Ini bermakna, secara purata, lebih daripada satu kes rogol dilaporkan setiap hari.
Melihat trend ini, Pemerintah wajar mengkaji daftar pesalah seksual, sekurang-kurangnya untuk akses institusi yang bekerja dengan kanak-kanak dan warga rentan, sambil memastikan identiti mangsa terus terlindung.
Keselamatan awam dan keselamatan mangsa bukan pilihan sama ada-atau; kedua-duanya boleh dan mesti diimbangi.

RUMUSAN
Natijahnya, pokok persoalan ialah kepercayaan. Seperti kata Encik Zaqy, apabila kepercayaan itu dicemari, kesannya melangkaui mangsa dan keluarga.
Sebab itu kenyataan bahawa pesalah "bukan kakitangan, bukan sukarelawan dan bukan asatizah ARS" tidak seharusnya menjadi noktah.
Jika terdapat kelemahan sistem, nyatakan. Jika terdapat kecuaian, tangani. Jika terdapat ruang kelabu antara "guru agama", "mentor", "fasilitator" dan "influencer", tutup ruang kelabu itu.
Kepercayaan mengambil masa bertahun-tahun untuk disimpul, tetapi hanya seketika untuk terburai.
Dua orang kanak-kanak telah membayar harga pelajaran itu.
Tugas kita sekarang ialah memastikan simpulan yang dijalin semula nanti lebih kukuh, diikat bukan dengan kata-kata, tetapi dengan bukti, tapisan dan kebertanggungjawaban lebih ampuh.
MENGENAI PENULIS

Chairul Fahmy Hussaini ialah mantan wartawan di Singapura dengan pengalaman lebih dua dekad.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.