OLEH-OLEH TEMASEK: Antara Gaji, Rezeki & Nilai Kepimpinan
Anggaran Waktu Membaca:
Para Anggota Parlimen di parlimen pada 10 September 2026. (Gambar: CNA)
- Pemerintah Singapura mengumumkan kenaikan gaji sehingga 9 peratus bagi pemegang jawatan politik bermula 15 Oktober, selepas 15 tahun tanpa perubahan.
- Jawatankuasa Semakan Gaji yang dipengerusikan Gan Seow Kee mencadangkan penanda aras lebih tinggi, namun pemerintah memilih kenaikan berperingkat dan mengekalkan potongan 40 peratus dari pasaran.
- Perbincangan menekankan keperluan menarik pemimpin berkaliber, tetapi juga pentingnya nilai khidmat, kesederhanaan dan kepercayaan rakyat dalam menentukan ganjaran.
- Artikel menegaskan bahawa wang bukan motivasi utama untuk berkhidmat, dan pemimpin harus mempunyai empati serta keberanian membuat keputusan demi rakyat Singapura.
SINGAPURA: Kalau cakap pasal gaji, di mana-mana pun sensitif, apalagi di tempat kerja…
Ada ketika, kita membandingkan gaji dengan rakan sekerja. Kita tertanya-tanya mengapa kenaikan orang lain lebih tinggi. Kita menilai sama ada ganjaran yang diterima setimpal dengan tanggungjawab yang dipikul.
Apatah lagi apabila yang dibincangkan ialah gaji mereka yang memimpin negara.
Sebab itu pengumuman pemerintah mengenai semakan gaji pemegang jawatan politik memang mengundang perhatian. Selepas 15 tahun tanpa perubahan, gaji mereka akan dinaikkan sehingga 9 peratus mulai 15 Oktober.
Bagi seorang menteri pada gred MR4, misalnya, gaji rujukan semasa sekitar S$1.1 juta setahun boleh meningkat kepada kira-kira S$1.2 juta.
Bagaimanapun, Jawatankuasa Semakan Gaji yang dipengerusikan Encik Gan Seow Kee, yang merupakan Pengerusi Singapore LNG Corporation Pte Ltd dan menganggotai Majlis Penasihat Presiden, sebenarnya mengesyorkan penanda aras MR4 dinaikkan kepada S$1.8 juta.

Pemerintah menerima kerangka itu tetapi memilih untuk tidak menaikkan gaji pemegang jawatan sekarang serta-merta ke paras tersebut.
Di sinilah perbincangan menjadi lebih menarik.
Bukan sekadar: berapa patut seorang menteri dibayar, tetapi bagaimana kita meletakkan nilai pada kepimpinan politik?
BERKALIBER DAN BERJIWA RAKYAT
Dalam hal ini, Singapura mempunyai satu masalah besar dan dilema yang nyata. Mendapatkan orang yang benar-benar berkaliber bukan mudah. Apalagi mencari orang yang benar-benar berkaliber dan kental berjiwa rakyat, dua kali ganda susahnya.
Yang nyata, kita mahukan pemimpin yang mampu memahami ekonomi global, teknologi, geopolitik dan mentadbir urus sebuah negara yang rencam penduduk dan rumit dasarnya.
Pada masa yang sama, kita juga mahu pemimpin yang peka dan memahami kegelisahan pekerja yang takut kehilangan pekerjaan; pasangan muda yang bimbang tentang kemampuan membeli rumah dan membina keluarga; serta warga tua yang menghitung perbelanjaan harian dengan wang persaraan yang tidak seberapa.

Kesemua ini mencerminkan pelbagai keadaan hidup rakyat yang menuntut kepedulian dan kebijaksanaan pemerintah dalam menangani cabaran masyarakat dan negara.
Dalam hal ini, gaji bukanlah kayu ukur kemampuan seseorang memimpin negara, tetapi antara ikhtiar untuk menarik mereka yang mempunyai keupayaan agar bersedia tampil memikul tanggungjawab tersebut.
Kerangka semakan gaji kali ini berpaksikan tiga prinsip – keupayaan untuk memimpin, keluhuran untuk berkhidmat dan amanah yang mesti dipelihara.
Bagaimanapun, di sebalik ketiga-tiga prinsip itu, ada satu nilai yang tidak kurang penting – kesederhanaan. Bukan kesederhanaan yang menafikan ganjaran setimpal, tetapi kesedaran bahawa jawatan, kuasa dan gaji adalah sementara, sedangkan amanah kepada rakyat jauh lebih besar.
Dalam konteks semasa, gaji perlu dinilai agar ia bukan sahaja memadai tetapi mampu menarik individu berkebolehan dan kesediaan mereka untuk berbakti tidak terhalang oleh gaji yang ‘cukup makan’.
Pada masa yang sama, gaji yang ditawarkan juga harus mengambil kira pengorbanan seseorang karyawan yang sanggup meninggalkan kerjaya yang mapan untuk tampil berbakti dan bergelumang dalam kancah politik yang serba tidak menentu.
Dalam hal ini, semakan gaji terbaharu ini mengemukakan potongan 40 peratus daripada penanda aras pasaran untuk mencerminkan semangat untuk berkhidmat dan berbakti.
Pendekatan ini mesti disejajarkan dengan sistem gaji yang telus, tanpa faedah tersembunyi, demi menjaga wibawa diri dan kepercayaan rakyat.
Secara rasional, prinsip-prinsip ini ada asasnya, cuma politik bukan semata-mata berkait persoalan rasional atau pasaran.
POLITIK BUKAN JAWATAN CEO
Kita sering mendengar perbandingan dengan sektor swasta.
Jika seseorang mampu memperoleh beberapa juta dolar setahun sebagai CEO, mengapa dia harus meninggalkan kerjaya itu, mengambil potongan gaji, bertanding dalam pilihan raya tanpa jaminan menang, kehilangan banyak privasi dan meletakkan keluarganya sentiasa dalam sorotan awam?
Perdana Menteri Lawrence Wong sendiri mendedahkan, sebelum pilihan raya lalu, beliau mendekati beberapa CEO, pemimpin kanan perniagaan dan pegawai kanan perkhidmatan awam untuk menceburi politik.
Jadi, ini menunjukkan bukan mudah mencari bakat untuk tampil memimpin negara.

Ada yang mempersoalkan mengapa kita harus mencari bakat dari sektor korporat. Namun, realiti politik hari ini bukan sahaja memerlukan pemimpin yang memahami nilai budi, tetapi juga selok-belok kewangan, ekonomi dan tadbir urus negara yang cekap, telus, dinamis dan mendepani masa.
Ada yang kurang selesa Singapura ditadbir seumpama syarikat yang diperbadankan, sedangkan negara ini bukan syarikat dan rakyat bukan pemegang saham.
Kejayaan negara tidak boleh diukur pada pertumbuhan ekonomi sahaja, kata mereka.
Sebab itulah kepimpinan politik mesti kekal berteraskan khidmat, bukan sekadar kerjaya.
Semakin tinggi kedudukan seseorang pemimpin, semakin penting untuk kakinya terus berpijak di bumi dan memahami kehidupan mereka yang dipimpinnya.
WANG BUKAN SEGALANYA
Ini juga tidak bermakna menteri harus dibayar rendah semata-mata untuk membuktikan pengorbanan.
Romantisme juga tidak membantu.
Orang tua kita mengajar, rezeki itu ditentukan, tetapi amanah itu dipikul.
Gaji seorang menteri boleh dikira, disemak dan diumumkan setiap beberapa tahun. Amanahnya tidak. Ia dinilai setiap hari oleh mereka yang tidak pernah membaca laporan jawatankuasa – di pasar, di kedai kopi, di rumah sewa yang adakala bergelap atau masih menyala lewat malam kerana kerja lembur.
Mereka mempunyai keluarga, tanggungan dan komitmen seperti orang lain. Jika seseorang telah membina kerjaya selama 20 atau 30 tahun, meninggalkannya ketika berada di kemuncak kerjaya bukan keputusan kecil.
Gaji yang munasabah boleh mengurangkan halangan itu.
Wang tidak boleh mencipta sesuatu yang tidak ada sejak awal: keinginan untuk berkhidmat.
PM Wong sendiri menegaskan dalam perbahasan Parlimen bahawa tiada siapa sepatutnya memasuki politik kerana wang. Gaji kompetitif, katanya, bukan dorongan utama untuk berkhidmat; ia hanya boleh memungkinkan seseorang yang sudah mempunyai minat itu untuk tampil.

Jadi, perbezaan ini sangat penting.
Kalau seseorang hanya sanggup berkhidmat apabila harganya cukup tinggi, kita wajar bertanya sama ada kita sedang mendapatkan orang yang betul.
Tetapi kalau seseorang mempunyai kebolehan dan jiwa untuk berkhidmat, namun bimbang tentang kesan kewangan, keluarga, kehilangan privasi dan ketidakpastian kerjaya, maka adalah munasabah negara cuba mengurangkan halangan tersebut.
Gaji, dengan kata lain, seharusnya menjadi pemudah cara kepada khidmat, bukan sebab seseorang memilih untuk berkhidmat.
FORMULA UNTUK MASA DEPAN
Penanda aras yang kita gunakan hari ini banyak bersandar pada nilai pasaran – pendapatan golongan profesional berpendapatan tertinggi – tetapi pemimpin yang kita pilih bukan hanya untuk mengurus Singapura hari ini.
Mereka perlu menyediakan Singapura untuk hari esok.
Mungkin kerana itu, setiap jawatankuasa semakan gaji pada masa depan perlu terus bertanya sama ada ukuran “nilai” kita cukup luas.
Ini bukan bermakna membuang penanda aras pasaran. Pasaran memberikan ukuran yang objektif dan mudah difahami tetapi jangan sampai harga pasaran menjadi satu-satunya bahasa yang kita fahami apabila bercakap tentang bakat.
Nilai pasaran dan nilai kepimpinan boleh bertemu, tetapi kedua-duanya tidak semestinya sama.
Ada individu berbakat dan berpotensi memimpin negara yang nilainya tidak tercermin pada surat gajinya.
Seorang pemimpin masyarakat, pendidik, doktor, pekerja sosial, usahawan atau pegawai awam mungkin tidak pernah termasuk dalam kelompok berpendapatan tertinggi, tetapi mempunyai kemampuan memimpin, empati dan kefahaman tentang masyarakat yang sangat diperlukan dalam politik.
Negara memerlukan kepelbagaian pengalaman seperti ini juga.
AKHIRNYA, SOAL KEPERCAYAAN
Tidak akan ada formula gaji politik yang memuaskan semua orang.
Angkanya terlalu tinggi bagi sesetengah pihak. Terlalu rendah bagi mereka yang membandingkannya dengan pendapatan tertinggi sektor swasta.
Sebab itu, selain formula, yang lebih penting ialah keterbukaan.
Bagaimana gaji ditentukan? Bagaimana prestasi dinilai? Apakah hasil yang diharapkan daripada pemimpin? Dan bagaimana rakyat boleh melihat kaitan antara ganjaran dengan kehidupan mereka sendiri?
Semakin besar ganjarannya, semakin besar juga keperluan untuk menjelaskan amanah yang datang bersamanya.
AKHIR KATA
Ada satu hakikat yang mudah kita terlupa. Singapura hanya mampu membayar pemimpinnya dengan baik selagi ekonomi republik ini makmur.
Kemakmuran itu pula bukan datang daripada menteri sahaja. Ia dibina oleh jutaan rakyat; dari pekerja, peniaga, guru, jururawat, penjaja, pemandu, jurutera, ibu bapa dan generasi terdahulu.
Justeru, gaji politik akhirnya bukan sekadar soal berapa banyak seorang pemimpin menerima. Ia juga mengenai apakah yang sanggup diberikannya kembali.

Kita memang memerlukan orang terbaik untuk memimpin Singapura.
Tetapi “yang terbaik” tidak semestinya hanya orang yang paling tinggi nilai pasarannya.
Yang kita cari ialah karyawan yang mempunyai kemampuan untuk memimpin, keberanian membuat keputusan sukar, wibawa untuk memegang amanah dan hati yang tidak pernah terlalu jauh daripada rakyat.
Wang boleh menetapkan harga sebuah jawatan tetapi wang tidak pernah mampu menetapkan nilai khidmat bakti untuk watan.
MENGENAI PENULIS

Chairul Fahmy Hussaini ialah mantan wartawan di Singapura dengan pengalaman lebih dua dekad.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.