OLEH-OLEH TEMASEK: Air Dicincang Takkan Putus
Anggaran Waktu Membaca:
Acara Perkampungan Perancangan Legasi Islam (ILPV) 2025. (Gambar: Nazirah Jamzuri)
SINGAPURA: Dalam kehidupan masyarakat kita hari ini, isu pengurusan harta pusaka bukan lagi sesuatu yang asing. Kisah keluarga yang berselisih dan berperang sakan kerana rebut harta sudah menjadi cerita turun-temurun – dan malangnya, ia terus berulang sehingga kini.
Kadangkala, peristiwa yang berlaku ke atas orang lain mengingatkan kita betapa mudahnya hubungan kekeluargaan yang selama ini kukuh boleh runtuh hanya kerana kegagalan merancang dan mengurus harta pusaka dengan baik, jujur, ikhlas dan amanah.
Apa yang kita mahu elakkan sebenarnya bukanlah soal siapa dapat apa, atau berapa bahagian yang menjadi hak siapa. Yang mahu kita elakkan ialah perkelahian, pergaduhan dan perpecahan antara keluarga – antara adik-beradik, bahkan antara anak-anak sendiri.
Antara Drama dan Sandiwara
Kita boleh melihat bagaimana pengurusan harta pusaka yang tidak teratur membawa musibah: pergaduhan berpanjangan, perang mulut, malah serangan terbuka di media sosial hingga aib keluarga terlondeh dan nama baik ibu bapa tercemar – belum lagi melibatkan ipar duai, pakcik, makcik dan tukang penasihat yang mengalahkan ‘loyar’.
Hal-hal begini bukan hanya menyakitkan tetapi memalukan apatah lagi segala caci cerca dan perkataan kesat, pekik-pekau, gambar dan rakaman video dimuat naik ke media sosial, menjadi rekod yang tidak mudah dipadam.
Banyak sekali kes sebegini berlaku. Ada yang membawa kes ke Mahkamah Tinggi. Ada juga yang mencari ustaz untuk ruqyah minta doa, mohon dibuatkan “air pelembut hati” berharap ‘pihak sana’ tidak keterlaluan dalam tuntutan mereka dan hubungan yang retak dapat dijernihkan kembali.
Tidak kurang juga yang jumpa si tukang ubat – tengok geluk jampi, tunjuk gambar, bawa bunga segala macam.
Cerita dijejer tidak sudah-sudah, berhabis wang pasang peguam. Akhirnya, rezeki terlepas, bukan hanya tuan badan tetapi sekeluarga digelumangi tahi.
Macam-macam hal.
Namun semuanya berakar daripada satu punca yang sama: kegagalan membuat perancangan legasi ketika semuanya masih aman.
Mengapa Rancang Pusaka Itu Perlu?
Kadang-kadang kita menganggap soal urusan harta pusaka sebagai sensitif, tidak boleh diungkit atau ‘taboo’ menurut istilah Inggeris, atau terlalu awal untuk dibincangkan.

Ada yang bimbang bila sahaja seseorang bersuara, dia akan dianggap tamak, ada yang takut menyinggung hati ibu bapa, ada yang menunggu “masa yang sesuai” padahal masa yang ‘sesuai’ itu tidak pernah tiba.
Kenyataan pahitnya: Apabila tidak ada perancangan, kekeliruan pasti berlaku. Apabila kekeliruan berlaku, emosi akan menguasai. Emosi pula, apabila bercampur dengan kehilangan orang yang kita sayangi, diasak pula dengan rasa curiga dan timbulnya keraguan disebabkan kisah lampau, sangat mudah menyalakan api pertelingkahan.
Di sinilah statistik terbaharu yang dikongsikan oleh Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim, di acara Perkampungan Perancangan Legasi Islam (ILPV) pada 27 September lalu menjadi peringatan. Lebih 55 peratus orang Islam Singapura masih belum membuat perancangan legasi secara keseluruhan.
Ini sangat ketara kerana ia bermakna lebih separuh daripada kita berada dalam risiko yang sama – risiko salah faham, risiko perebutan harta, risiko hubungan keluarga terputus selepas kematian.

Peratusan yang disebutkannya itu bukan sekadar angka. Ia adalah cerminan masyarakat Melayu/Islam di sini yang belum menjadikan perbincangan sebagai budaya. Selagi kita tidak membudayakannya, selagi itulah kisah-kisah perpecahan keluarga selepas kematian akan terus berlaku – gara-gara merebut harta pusaka.
Tanggungjawab Kita Sebagai Muslim
Satu perkara yang harus ditegaskan: bagi seorang Muslim, pengurusan harta pusaka mengikut faraid adalah wajib. Ia bukan pilihan. Ia bukan adat. Ia bukan kebiasaan. Ia adalah amanah Allah swt.
Dalam hal ini, apa pun emosi atau kehendak peribadi waris, ketentuan faraid tetap menjadi asas. Maka tidak timbul soal:
“Kenapa anak lelaki dapat lebih? Kami anak perempuan dapat kurang. Tidak adil! Baik bahagi sama rata.”
Jika ada yang berfikiran demikian, maka bermuhasabahlah.
Fahamilah bahawa keadilan dalam Islam bukan sekadar semua sama banyak, tetapi setiap orang mendapat bahagian sesuai tanggungjawab dan kedudukan. Jika timbul keraguan, berbincanglah dengan ustaz atau ustazah yang bertauliah, bukan mengikuti emosi atau kata-kata orang.
Amanah dalam urusan harta pusaka bukan sesuatu yang boleh dipermain-mainkan. Ia perlu disandarkan pada hukum yang telah ditetapkan, bukan pada tekanan keluarga atau suara siapa yang paling nyaring.
Kurangkan Kekeliruan: Ketahui Perkara Asas
Untuk mengelakkan salah faham, beberapa perkara asas perlu difahami, bukan hanya oleh ibu bapa tetapi juga kita sendiri.
Faraid menetapkan bahagian waris secara adil dan jelas. Ia tidak boleh diubah melalui wasiat.
Wasiat pula hanya melibatkan maksimum sepertiga harta dan hanya untuk bukan waris faraid. Ia bukan alat menggantikan hukum syarak.
Hibah ialah pemberian semasa hidup, dan apabila sah ia bukan lagi sebahagian daripada pusaka. Ramai menggunakan hibah untuk mengelakkan pertikaian selepas kematian.
Lasting Power of Attorney (LPA) atau Surat Kuasa Berkekalan pula bukan instrumen pusaka, tetapi ia melindungi keluarga daripada pertikaian dalam membuat keputusan kewangan dan perubatan jika seseorang hilang keupayaan mental.
Tanpa LPA, keluarga mungkin terpaksa melalui proses undang-undang yang panjang dan rumit.
Selain itu, kekeliruan sering timbul kerana struktur pemilikan rumah:
Joint Tenancy atau ‘Pemilikan Bersama’ bererti bahagian si mati berpindah secara automatik kepada pemilik bersama.
Tenancy-In-Common atau ‘Pemilikan Berasingan’ pula menjadikan bahagian pemilik yang telah meninggal dunia menjadi harta pusaka yang wajib dibahagi.
Penamaan waris bagi Tabung Simpanan Pekerja (CPF) pula tidak mengikut faraid atau wasiat, tetapi penamaan waris semasa hidup.

Yang perlu kita sedari ialah, orang Islam di Singapura perlu mematuhi Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (AMLA) yang memperuntukkan pembahagian harta pusaka menurut Hukum Faraid.
Bagi bukan Muslim, pembahagian mengikut Akta Pewarisan Harta Pusaka Tidak Berwasiat atau Intestate Succession Act – sesuatu yang ramai hanya sedar setelah berlaku kematian.
Mengelakkan Aib: Menjaga Maruah Keluarga
Apa yang paling menyedihkan ialah apabila ahli keluarga memilih untuk membuka aib sesama sendiri secara terbuka – menghamburkan kata-kata pedih, membuat posting (catatan) marah di media sosial, menulis sindiran yang melukakan, atau memalukan adik-beradik di khalayak umum.
Perbuatan ini bukan sahaja merosakkan hubungan tetapi menconteng arang ke muka ibu bapa yang telah pergi, kerana merekalah yang diaibkan apabila nama keluarga dicemarkan.
Kita harus sedar bahawa setiap kali kita mengejek atau menyerang adik-beradik di depan umum, kita sebenarnya menjatuhkan maruah keluarga dan nama kita sendiri.
Bincang Soal Agih Harta Pusaka
Jika kita benar-benar mahu mengelakkan permusuhan, perancangan dan perbincangan mesti dibudayakan.

Bincanglah sewaktu semua masih sihat. Tulis dokumen sewaktu fikiran masih waras. Lantik pentadbir dan peguam, jika perlu, sewaktu hubungan masih jernih.
Jangan menunggu sehingga saat-saat akhir, ketika emosi sudah bersimpang-siur dan tiada siapa boleh berfikir dengan tenang.
Kita perlu beringat, waimah apa pun berlaku, keluarga tetap keluarga.
Begitu juga akhirnya, harta hanyalah harta.
Ia boleh dicari.
Ia boleh hilang.
Ia boleh diganti.
Tetapi keluarga, apabila retak, tidak mudah disatukan kembali.
Jika benar kita mahu menghormati ibu bapa yang telah pergi, maka cara paling bermakna ialah menjaga hubungan adik-beradik. Bukan melanjutkan dendam. Bukan membuka aib. Bukan menambahkan luka yang sudah sedia pedih.
Pepatah Inggeris mengingatkan kita: Darah itu lebih pekat daripada air.
Pepatah Melayu mengingatkan: Air dicincang tidak akan putus –
kecuali kalau kita sendiri yang memilih memutuskannya.
Semoga kita sentiasa memilih untuk menyambung dan mempererat tali persaudaraan, bukan memutuskannya.
Ingatlah akan identiti kita sebagai seorang Melayu dan Muslim, yang beradab susila lagi luhur mendukung budi pekerti.
MENGENAI PENULIS

Chairul Fahmy Hussaini ialah mantan wartawan di Singapura dengan pengalaman lebih dua dekad.
LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.