NUANSA: Bila Ilmu dan Bakti Baginda Dahlan Abdoellah Dicatat Sejarah
Anggaran Waktu Membaca:
Baginda Dahlan Abdoellah. (Gambar: Facebook/Nasrul Koto Psu)
SINGAPURA: Seseorang atau sekelompok itu dianggap “hadir” dalam sejarah sekiranya dia menulis akan dirinya, ataupun setidaknya ada yang peduli untuk mencatat tentang diri atau kelompok itu.
Dari semasa ke semasa, kita diketemukan dengan tokoh-tokoh dalam sejarah yang ditampilkan semula, diingati dan disoroti tentang sumbangan mereka terhadap sejarah bangsa mereka.
Pasti dunia academik dan para ilmuan terkedepan dalam membuat kajian dan menerbitkan buku dan makalah berkenaan seseorang tokoh, institusi dan peristiwa yang wajar diketahui dan dihargai masyarakat.
Buku oleh Dr Surya Suryadi berjudul 'Baginda Dahlan Abdoellah' terbitan tahun 2023, adalah naskhah yang kajiannya diusahakan tentang tokoh-tokoh yang banyak berjasa dalam sejarah bangsa.

Dr Suryadi ialah seorang pensyarah di Universiti Leiden, dengan pengkhususan dalam sastera dan bahasa Melayu-Indonesia. Universiti Leiden adalah antara universiti tertua di Belanda. Pemerintah kolonial Belanda sejak awal menggerakkan kajian ke atas tanah jajahannya dan mendalami pemikiran dan budaya masyarakat yang dijajahnya.
Menariknya jawatan Dr Suryadi, buat pertama kali disandang oleh Dahlan Abdoellah dari 1918 hingga 1923, peribumi yang pertama mengajar Bahasa Melayu di Leiden. Beliau menjadi guru pembantu (hulpleraar), kepada pakar bahasa yang terkenal PH van Ronkel.
Dahlan Abdoellah dilahirkan pada 1895 di Padang-Pariaman, Sumatra Barat. Beliau berasal daripada keluarga bangsawan Minang. Mendapat pendidikan sekolah Belanda di Padang sebelum beliau dipilih belajar di Belanda, sesaing dengan Tan Malaka, yang kelak menjadi tokoh terkenal dalam sejarah Indonesia.
Ramai daripada anggota keluarga beliau terdiri daripada golongan terdidik, dan ini memberikan beliau kesempatan dan keistimewaan tempat dan peranan. Selain itu, pemikiran pembaharuan Islam di Tanah Minang menyediakan suatu iklim berkemajuan alam diri beliau.
Ini semua dapat kita telusuri daripada buku hasil ketekunan kajian Dr Suryadi. Beliau telah memanfaatkan arkib dan perpustakaan yang kaya sejarah di Leiden. Buku setebal 800 halaman ini terbahagi kepada 7 bab dengan 12 lampiran yang sangat kaya dengan maklumat yang beberapa dokumen belum pernah diterbitkan.
Kegigihan menyusun dan mengupas bahan-bahan sejarah adalah kerja ilmiah yang penting untuk pembaca mendekati tokoh yang besar jasanya kepada bangsa Indonesia.
Sebelum ini Dr Suryadi telah menerbitkan hasil kajian PhD beliau pada 2020. Kajiannya berjudul 'Audible Locality: The Recording Industry in Indonesia and Its Approach to Minangkabau Music and Oral Tradition'. Kajian ini memperlihatkan kegigihan beliau sebagai seorang pakar filologi yang berani mendalami budaya muzik dan industri rakaman muzik di ranah Minang.
Baginda Yang Berjasa dan Berwibawa
Dalam sejarah moden Indonesia, Dahlan Abdoellah boleh dikatakan menempah nama pada setiap fasanya.
Keterampilan beliau menjadi pemimpin dapat dilihat sewaktu beliau belajar di Belanda. Dari sekolah guru, beliau melanjutkan pengajiannya di Universiti Leiden pada 1916. Di sinilah juga beliau aktif dalam Himpunan Hindia.
Di Leiden beliau pernah menjadi ketua panitia malam amal mengumpul dana bagi bencana alam yang berlaku di Jawa.
Di sana beliau mendekati Raden Soewardi Soerjaningrat Ki Hajar Dewantara yang kelak banyak memberi pengaruh ilmu dan politik kepada beliau.

Sewaktu di Belanda lebih sedekad, Dahlan Abdoellah aktif dalam gerakan nasionalisme Indonesia, yang rata-rata dianggotai oleh para siswa muda.
Beliau menjadi salah seorang pemimpin Perhimpunan Hindia.
Suaranya lantang dan pernah beliau berkata:
“Kami, orang Indonesia, merupakan bahagian utama masyarakat Hindia Belanda dan demikian kami berhak, lebih dari yang sampai sekarang telah diberikan, untuk mempunyai andil dalam pemerintahan negara.”
Inilah penyataan yang beliau sampaikan dalam Kongres Perserikatan Pelajar Hindia di Leiden pada 1917. Ia menjadikan beliau antara orang yang awal memperkenalkan istilah “orang Indonesia” yang dibezakan daripada “inlander,” yang dipakai Belanda untuk merujuk kepada bangsa peribumi.
Sejak itu, istilah tersebut terpakai merata, dengan makna politik yang dilekatkan pada imaginasi pemuda-pemudi Indonesia, lantas mengangkat kesedaran kebangsaan dengan lebih berkobar.
Malah tanpa membelok-belok untuk menuntut hak, beliau bertegas:
“Kami, orang Indonesia, adalah masyarakat peribumi Hindia-Belanda dan dengan demikian kami sepenuhnya berhak ikut berbicara pada pemerintah negara.”
Sedari awal Dahlan Abdoellah telah memperlihatkan semangat nasionalisme yang semakin berani menyuarakan kepentingan bangsa Indonesia di hadapan pemerintah kolonial Belanda.

Dengan berani beliau mengatakan: “posisi sosial yang sepele ini yang diberikan kepada bangsa peribumi tidak lain dari cerminan penindasan”.
Selayang pandang jasa bakti Dahlan Abdoellah dapat dijejaki melalui pelbagai ranah. Seawalnya di Belanda, menjadi pengajar Bahasa Melayu di Leiden.
Di sanalah beliau berkesempatan menterjemahkan surat-surat Kartini daripada Bahasa Belanda ke Bahasa Melayu (sebelumnya disebut sebagai Bahasa Indonesia) dan diterbitkan dengan judul 'Habis Gelap Timbullah Terang'. Encik Abendanon, Menteri Pelajaran Belanda yang meminta beliau menterjemahkan surat-surat Raden Kartini.
Beliaulah yang merupakan antara tokoh awal memperlihatkan semangat kebangsaan yang bersedia memanggil diri mereka sebagai “orang Indonesia” dan bukan dengan panggilan Belanda, iaitu “inlander.”
Inilah sikap tegas yang merupakan juga pendirian politik yang semakin yakin terhadan pembebasan Indonesia di ufuk zaman.
Setelah pulang dari Belanda pada 1924, beliau bertugas sebagai guru di beberapa daerah seperti Tanjong Pinang dan Bandung. Kemudian beliau bergerak dalam politik. Beliau diangkat dalam Dewan Kota Batavia pada 1931. Antara usaha yang beliau gerakkan adalah skim perumahan untuk guru.
Beliau mengasaskan Serikat Sumatra atas kesedaran menggembleng kekuatan politik yang kemudian terhimpun dalam gerakan nasional yang besar. Itulah yang menjelaskan mengapa beliau menjadi antara pengasas Partai Indonesia Raya (Parindra).
Pendiri Politik dan Kepentingan Bangsa
Dahlan Abdoellah ialah seorang nasionalis di zaman Belanda dan bersedia “bekerja dari dalam” dalam institusi penjajah dengan matlamat kepentingan rakyat terus terpelihara.
Mohammed Hatta, negarawan besar Indonesia dikatakan menerima banyak pengaruh dari Dahlan Abdoellah.

Beliau juga mempunyai hubungan baik dengan Soekarno dan pemimpin utama Indonesia pada awal Republik Indonesia berdiri.
Dahlan Abdoellah juga adalah antara pengasas Sekolah Tinggi Islam di Yogyakarta pada 1945, yang kemudian menjadi Universitas Islam Indonesia.
Pada 1950, beliau dilantik menjadi Duta Indonesia ke Iraq. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 12 Mei di Baghdad. Jenazah beliau dimakamkan di kompleks Makam Abdul-Qadir Gilani yang terkenal di kota itu.

Teliti Kaji, Sejarah Dihargai
Banyak lagi tokoh bangsa yang pernah tampil, berbakti dan meninggalkan kesan dan jasa bakti kepada masyarakat dan negara.
Usaha seperti Dr Suryadi ini wajar didukung dan diperluaskan.
Kajian biografi umum untuk bacaan awam amat diperlukan. Namun kajian biografi intelektual yang menepati kecermatan ilmiah dan bahan yang boleh dipertanggungkan, malah lebih penting.
Masyarakat yang progresif bukan sahaja menghargai tradisi pemikiran yang tercerah, tetapi dapat menggali dan melawan lupa, agar tokoh dan peristiwa yang terkesamping daripada narasi arus utama, diberikan perhatian yang sewajarnya.
Kajian yang cermat dan menyeluruh bukan sahaja terletak pada pengumpulan fakta, tetapi juga dapat menyusun sejumlah data yang terhimpun menjadi narasi yang jelas, kritis dan memberikan inspirasi.
Dalam banyak penulisan Dr Suryadi, banyak telah diusulkan tentang bagaimana pendidikan peribumi harus disusun. Beliau adalah seorang tokoh yang banyak menggerakkan ikhtiar agar rakyat mendapat pendidikan terbaik.

Inilah yang beliau perjuangkan.
Pernah beliau mengungkap isi hati beliau:
“Saya di sini ibaratnya terbenam dalam mimpi masa depan.”
Inilah tokoh kepimpinan beliau yang tekal bekerja dan berpandangan jauh. Terima kasih Dr Suryadi kerana memperkenalkan tokoh besar ini dalam lembaran intelektual Nusantara.
MENGENAI PENULIS

Dr Azhar Ibrahim Alwee ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Melayu, NUS. Beliau juga Naib Pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Ketua Perwakilan MASTERA Singapura. Dr Azhar juga merupakan Naib Pengerusi Yayasan Warisan Melayu.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.