NOTA DARI KL: Titik Penentu PM Anwar & Kerajaan Madani Selepas PRN Johor dan Negeri Sembilan
Anggaran Waktu Membaca:
Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim secara amnya kekal stabil. (Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Suhu politik di Malaysia terus ‘membara’ meskipun Kerajaan MADANI dari segi teknikal tidak berdepan ancaman berlaku kejatuhan atau pertukaran kuasa.
Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim secara amnya kekal stabil, namun peta kuasa politik di bawah permukaan sedang mengalami evolusi yang drastik. Halmie Azrie mengupas evolusi yang dimaksudkan.
Kini bermulalah detik peralihan, dari perkongsian kuasa demi kestabilan politik kepada rundingan semula kekuasaan dan percubaan untuk mewujudkan penjajaran baharu.
Sekitar 2,500 perwakilan Parti Keadilan Rakyat (PKR), iaitu parti induk gabungan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dan hampir 3,000 pemerhati telah berkumpul di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh dari 14 hingga 16 Ogos lalu untuk menghadiri Kongres Nasional PKR 2026.

Menariknya, ia telah disusuli satu konvensyen khas yang tertunda sebelum ini oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk mengundi sama ada ‘stay’ atau ‘leave’ Kerajaan MADANI. Ia telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos lalu dengan kehadiran 2,223 perwakilan dan 4,264 jumlah orang berdaftar.
Kedua-dua parti adalah tunjang pentadbiran PM Anwar tetapi masih bergelut mengekalkan sokongan penyokong teras mereka. Persoalan dalam minda ramai pengundi PH adalah selepas hampir empat tahun berkuasa di Putrajaya, adakah PH berjaya mengubah sistem kerajaan, atau struktur kerajaan yang telah mengubah pendirian PH?
Berdepan Defisit Kepercayaan
Kekalahan calon-calon PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Johor dan Negeri Sembilan menunjukkan peralihan undi ketara ke arah kerjasama tidak formal supaya mengelakkan pertembungan tiga penjuru. Ini terbukti sebagai satu strategi berkesan antara pihak Barisan Nasional dengan blok pembangkang Perikatan Nasional (BN-PN).
Kecenderungan pengundi Melayu-Islam, serta sebahagian pengundi atas pagar di kawasan-kawasan bandar sudah mula menghukum PH atas kegagalannya menyampaikan manfaat ekonomi makro langsung kepada peringkat runcit.
Memburukkan persepsi PH ialah kes-kes melibatkan integriti lingkaran dalaman pasukan yang menasihati PM Anwar.
Keengganan membebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada cengkaman eksekutif, turut dikritik tajam oleh para pemerhati. Atas alasan ‘pragmatisme’ dan pertimbangan berkompromi untuk mengekalkan keharmonian Kerajaan Perpaduan, PH dilihat terlalu selesa menyerap budaya ‘patronage’ atau politik naungan yang pernah ditentang mereka bermati-matian.
Mengurus kekecewaan dan kemarahan sebahagian besar akar umbi menyusuli janji-janji reformasi yang tergendala akibat sikap seperti “business as usual”, Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke terpaksa mengemudi parti masing-masing dengan naratif 'real politik' secara penuh berhati-hati.

Tersepit Memegang Kuasa
Berbekalkan seramai 40 Ahli Parlimen dan 83 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), DAP mempunyai mandat paling besar dalam kalangan ahli gabungan PH, maka ia menerima jangkaan tinggi dan tekanan kuat dari penyokong tegar sejak bersetuju berada di dalam barisan kabinet PM Anwar.
Justeru, keputusan DAP kekal setia bersama Kerajaan MADANI sudahpun dijangkakan, memandangkan ia tidak sanggup melepaskan lima portfolio Menteri dan tujuh Timbalan Menteri.

Ia adalah langkah taktikal DAP sebagai persiapan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) supaya tidak kerugian sumber kerajaan. Keputusan untuk kekal turut memberi sedikit kelegaan politik pada PM Anwar dan mengekalkan PH sebagai sebuah gabungan politik.
Pun begitu, ketidakhadiran hampir separuh delegasi perwakilan DAP amat ketara dan mendedahkan wujudnya protes senyap terhadap prestasi kepimpinan semasa DAP.
Bagi meredakan ‘isyarat’ penolakan ini, kesetiaan DAP untuk terus menyokong PM Anwar ke pengakhiran penggal dipakejkan bersekali dengan 'ultimatum' atau syarat.
DAP menetapkan garis masa sehingga hujung tahun ini kepada PM Anwar supaya menyempurnakan usaha reformasi institusi, misalnya pemisahan kuasa Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya (PP), pelaksanaan had dua penggal atau 10 tahun bagi jawatan Perdana Menteri, pindaan terhadap Akta Hasutan dan beberapa tuntutan lain.
Situasi Terus Merosot
Sewaktu Kongres Nasional PKR pula, parti tersebut berdepan dengan proses muhasabah tersendiri. Secara tersuratnya, PKR bertungkus lumus mempertahankan rekod ekonomi dan tadbir urus Kerajaan MADANI. Tetapi secara tersiratnya, PKR terdesak untuk membendung kelompangan organisasinya dan persepsi rakyat terhadapnya.
Keretakan dalaman PKR menceritakan segalanya. Pemergian mantan Menteri Kabinet Rafizi Ramli dan Nik Nazmi untuk menerajui Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) mendedahkan kepincangan PKR. Ahli Parlimen Subang, Wong Chen juga bertindak undur diri selaku wakil rakyat tiga penggal, sekali gus mengurangkan jumlah PKR di Parlimen.

Situasi bertambah parah menyusuli permohonan peletakan jawatan mengejut oleh Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pada 6 Ogos lalu, kira-kira lapan hari sebelum Kongres Nasional PKR. Beliau hanya memikul tanggungjawab tersebut selama lebih setahun selepas menewaskan Rafizi dalam pemilihan parti tahun 2025.
Arahan PM Anwar memberi mandat penuh kepada Naib Presiden PKR merangkap Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail untuk mengambil alih tugas Timbalan Presiden jelas menonjolkan keperluan segera merombak koordinasi parti yang semakin pincang dan gerak kerja PKR yang seolah pasif.
Inilah kelemahan struktur paling asas PH-PKR yang kian terserlah, yakni kebergantungan berlebihan kepada sosok personaliti Anwar Ibrahim untuk menampung kelemahan jentera parti dan prestasi Kabinet. Populariti peribadi beliau terbukti tidak lagi cukup untuk PH-PKR berdasarkan kekalahan pada tiga siri PRN.
Mungkin Terlalu Lewat
Pengumuman serba populis PM Anwar sewaktu kongres parti berhubung pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), peruntukan tambahan RM1 juta kepada setiap kawasan Parlimen, serta siasatan lanjut ke atas syarikat-syarikat milik Kerajaan (GLC) membuktikan bahawa beliau tidak mempunyai banyak pilihan, sedang beliau bertarung dengan kesuntukan masa dan proses perundangan yang semakin rumit.

Amat malang apabila diteliti nada, tingkah laku, perbahasan dan resolusi kepimpinan tertinggi PKR sepanjang kongres yang sepatutnya menjadi ‘post-mortem’ bukan sekadar mengimbau nostalgia perjuangan gerakan reformasi, akan tetapi berlegar soal kelangsungan untuk kekal di tampuk kuasa.
Pimpinan PKR tetap mahu mengulangi bahawa ia ditewaskan di kotak undi kerana berdepan sentimen perkauman. Lebih janggal, tindakan meminta maaf secara terbuka kepada rakyat hanya dilakukan selepas mengalami kekalahan PRN dan ini mencerminkan sebuah parti yang sedang panik dan bersikap defensif.
Malah, PKR juga dilihat ketandusan idea segar lantaran terpaksa ‘meniru skrip’ Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) iaitu konsep ‘Rumah Bangsa’. PM Anwar membuat seruan agar kelompok veteran atau ‘otai reformasi’ seperti Tian Chua dan Dr Xavier Jayakumar pulang ke pangkuan parti.

PKR, seperti juga UMNO pada awal tahun ini, perlu merayu kepada tokoh-tokoh yang pernah disisihkan setelah menyedari satu hakikat pedih. Parti-parti politik sedang dinilai secara kritis oleh rakyat yang jauh lebih celik dan menuntut pelaksanaan dasar. Parti tidak lagi kebal dengan laungan atas pentas ceramah mahupun aksi jalanan lagi.
Mengejar Penggal Kedua
Ironinya, tatkala parti-parti PH dibadai ombak dalaman, BN khususnya UMNO muncul sebagai penerima manfaat terbesar.
Kepintaran strategi dan pengalaman politik BN menuai faedah di pentas Persekutuan sambil mengamalkan autonomi mutlak di peringkat negeri melonjakkan ‘bargaining power’ mereka ke tahap tertinggi sejak 2018.
Ini dibantu oleh pendirian konsisten PM Anwar masih mahu mendukung kerjasama penuh PH bersama UMNO-BN, berserta penegasan tiada ‘keretakan’ dalam hubungan peribadi antara beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi, mengesahkan ‘tempat elit’ UMNO untuk terus mendominasi.

Tumpuan Kepada PRN Melaka
Tumpuan politik kini tertumpu ke arah PRN Melaka. Ia merupakan negeri yang paling berkemungkinan menjadi medan pertarungan seterusnya.
Semuanya bakal terjawab apabila UMNO membentangkan posisi politik mereka dalam realiti landskap semasa sewaktu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada September nanti.
Sekiranya lebih ramai Ahli Parlimen PH berhijrah mengikut jejak Rafizi, Nik Nazmi dan Wong Chen ke BERSAMA, margin majoriti Kerajaan MADANI di Parlimen boleh terhakis, meningkatkan peluang UMNO untuk menarik sokongan dan memaksa pilihan raya awal diadakan, dengan PM Anwar berada di kedudukan lebih lemah.

Sekiranya Parlimen dibubarkan awal bagi memberi laluan kepada PRU16 sebelum kredibiliti PH sempat dipulihkan, ia berisiko menutup peluang PM Anwar untuk diundi kembali bagi penggal kedua, menghumban PH kembali ke kerusi pembangkang dan mungkin melenyapkan terus masa depan PKR, pasca tempoh kepimpinannya.
MENGENAI PENULIS
MENGENAI PENULIS
Halmie Azrie ialah Penyelidik Kanan (Politik) di Institute of Strategic Analysis & Policy Research (INSAP) di Kuala Lumpur. Beliau berpengalaman dalam sektor perhubungan antarabangsa, kajian dasar awam dan perundingan hal ehwal kerajaan.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.