NOTA DARI KL: Tengkarah tuntut hak nasi lemak, laksa dan kini roti kaya
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: iStock, Unsplash, Adobe Stock)
KUALA LUMPUR: Kecoh baru-baru ini mengenai pemilihan ‘bak kut teh’ sebagai salah satu daripada 10 makanan warisan di Malaysia.
Ditakrifkan oleh Panduan Michelin sebagai 'teh tulang daging' (terjemahan literalnya), kuahnya dipercayai dicipta oleh masyarakat pendatang Hokkien di Klang. Ia adalah campuran bahagian daging babi dan tulangnya dengan herba dan rempah ratus yang dipercayai boleh memberikan tenaga kepada para pekerja buruh kasar.
Bersama-sama dengan bak kut teh dalam senarai tersebut adalah makanan kegemaran ramai yang lain seperti kueh lapis (kuih lapis), kolo mee (asal Sarawak), burasak (nasi Bugis direbus dalam santan dan dibungkus dengan daun pisang), jeruk tuhau dari Sabah (akar yang diawetkan), air katira (asalnya minuman penyejuk India Muslim), kueh karas (juga dikenali sebagai kueh sarang semut dari Kedah), nasi ambeng, dodol kukus tahi minyak (dari Pahang) dan utappam (sejenis thosai dengan topping) .
Sebagai reaksi terhadap kemasukan bak kut teh ke dalam senarai berkenaan, beberapa ahli politik menegaskan bahawa ia bukan makanan yang dianggap popular dalam senarai makanan lain, dan ia bukan untuk semua rakyat Malaysia – dan oleh itu tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam senarai tersebut.
Yang lain pula menegaskan ia akan menyinggung sensitiviti umat Islam di Malaysia kerana bahan utamanya adalah daging babi. Ada juga sesetengah pihak yang bertanggapan bahawa ia adalah satu langkah politik kerana usulan untuk memasukkan bak kut teh disarankan oleh Ahli Parlimen Parti Keadalian Rakyat (PKR), Jimmy Puah pada Julai 2023.
Mereka yang menyokong kemasukan itu menyatakan bahawa tidak semua orang akan makan beberapa makanan lain dalam senarai tersebut, seperti jeruk tuhau dan senarai itu sepatutnya mencerminkan kepelbagaian di Malaysia. Pihak lain pula menarik perhatian bahawa hidangan itu juga dimasak dengan ayam atau ikan, dan Biro Perpaduan Nasional Part Islam Se-Malaysia (PAS) pernah menghidangkan bak kut teh halal semasa satu acara pilihan raya kecil pada 2018.
KEBANGGAAN NEGARA
Semasa idea itu mula-mula diusulkan oleh Jimmy Puah, ia merupakan reaksi beliau kepada rancangan CNA yang mendakwa bahawa bak kut teh berasal dari Singapura. Rayuannya di Parlimen agar bak kut teh‘dilindungi dan diperkasakan’ sebagai milik rakyat Malaysia supaya ia tidak boleh dituntut oleh negara-negara lain.
Persaingan untuk menuntut hak ke atas sesuatu hidangan atau makanan sentiasa mencetuskan perbalahan. Suatu ketika dahulu, timbul ketegangan antara kedua-dua jiran Selat Johor itu mengenai hidangan seperti nasi lemak, laksa dan ketam bercili (chilli crab).

Dengan Indonesia pula, pernah berlaku pertikaian mengenai asal usul rendang.
Makanan adalah elemen teras jati diri, sama ada di peringkat peribadi atau nasional dan 'hak' sesebuah negara ke atas jenis makanan tertentu mengukuhkan kedaulatan dan kesetiaan kepada sesebuah negara. Makanan mentakrifkan sesebuah kaum atau negara dan ingatan tentang makanan tertentu, di tempat tertentu (seperti gerai makan popular yang unik), memberikan peluang kepada rakyat sesebuah negara untuk mencipta nostalgia secara kolektif. Pada tahap tertentu, kecenderungan atau pilihan makanan malah menunjukkan sikap patriotisme seseorang, kerana jika anda adalah 'anak watan' sesebuah negara, maka anda tidak mungkin dapat hidup tanpa hidangan tertentu.
Atas sebab inilah terdapat tuntutan ke atas makanan atau hidangan tertentu. Di rantau seperti Asia Tenggara, di mana penduduknya berkongsi ciri-ciri etnik dan budaya yang sama, telah berkahwin dan bercampur antara beberapa generasi, asal usul sebenar makanan pun sukar untuk ditentukan.
Sebahagian besar asal usul makanan menceritakan kisah golongan pendatang yang membawa resipi asal ke rantau ini dan kemudian menggabungkannya dengan herba, rempah ratus dan bahan tempatan. Jadi bagaimana anda untuk memutuskan dari mana hidangan itu berasal?
Di dalam negara besar seperti Malaysia (dan juga bagi negara kecil seperti Singapura), biasanya terdapat banyak variasi hidangan yang sama. Sebagai contoh, laksa di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia sangat berbeza daripada yang dihidangkan di Johor – dan kedua-duanya sangat berbeza daripada laksa di Malaysia Timur.
Persaingan untuk merebut hak ke atas sesuatu makanan di Malaysia sendiri sentiasa mempersoalkan dan memperjuangkan keunggulan versi setiap negeri.
Memandangkan terdapat banyak evolusi hidangan laksa, walaupun dalam negara yang sama, bagaimanakah istilah generik untuk hidangan itu boleh dituntut oleh mana-mana negeri atau negara? Mungkin kita hanya boleh mengatakan bahawa laksa adalah makanan istimewa di rantau ini, tetapi versi Pulau Pinang unik dan istimewa untuk negeri itu, dan laksa Katong pula unik untuk Singapura misalnya – dan sekalipun ia sebenarnya tidak sama.

Namun, persaingan dan perebutan untuk menuntut hak ke atas sesuatu makanan atau hidangan masih belum berakhir.
Baru-baru ini, laman TasteAtlas iaitu ensiklopedia makanan yang berpangkalan di Croatia, menyifatkan roti kaya sebagai 'hidangan sarapan popular di Malaysia dan Singapura'.
Namun, ia hanya mengaitkan hidangan itu dengan Singapura.
Roti kaya dipercayai berasal daripada orang Hainan yang bekerja di atas kapal-kapal British sebagai tukang masak dan kemudian bermastautin di Singapura, di mana warga tempatan "menggantikan jem roti dari Britain dengan kaya", menurut laman itu.
Sambil memetik rasa tidak puas hati terhadap perjanjian eksklusif yang dimeterai antara Singapura dengan bintang pop Amerika, Taylor Swift baru-baru ini dan beberapa hidangan Singapura-Malaysia yang menjadi rebutan, pengguna Facebook dari Malaysia, Summer Hauz menulis di laman Facebook Kuala Lumpur (KL): "Taylor Swift dirampas, nasi ayam Hainan dirampas, bak kut teh dirampas.
"Kini roti kaya pula dirampas (dari kita)."

Malah, laman Mgag turut meluahkan sentimen serupa dengan mengongsi gambar reaksi watak kartun Fry dari Futurama yang mengerutkan dahi sambil mengecilkan matanya untuk menggambarkan reaksi netizen Malaysia hakikat roti kaya yang dituntut Singapura sebagai miliknya.
POLITIK YANG MEMECAHBELAHKAN
Hakikatnya, isu sebenar di sebalik kekecohan itu ialah politik etnik. Ini bagaimanapun bukan satu perkara baharu di Malaysia, tetapi retorik memecahbelahkan yang disengajakan antara kaum di Malaysia telah meningkat sejak 2018. Ini dapat dilihat, khususnya menjelang dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) apabila isu-isu yang melibatkan kaum dan agama sering dibangkitkan dan dijadikan sebagai retorik politik.
Tengkarah baru-baru ini sebenarnya bermula sebelum episod bak kut teh dengan saranan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan & Pembangunan Tempatan, untuk mencalonkan beberapa Kampung Cina yang diwujudkan semasa era darurat (1950-1952) di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Ideanya adalah untuk 'mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah mereka'. Kampung-kampung ini telah dicipta oleh British untuk kononnya melindungi masyarakat luar bandar daripada pengaruh Komunis dan bagi menyekat interaksi.
Sebilangan ahli sejarah dan pakar akademik menentang saranan itu dengan alasan bahawa kampung-kampung itu sebenarnya lebih seperti kem-kem tahanan dengan penduduk diletakkan di bawah pengawasan 24 jam, hidup dalam keadaan tidak berperikemanusiaan dan ditangkap sewenang-wenangnya kononnya kerana hubungan dengan komunis. Sesetengah pihak merasakan bahawa dengan mengiktirafnya sebagai Tapak Warisan Dunia, ia akan menyinggung sejarah dan tekad masyarakat Cina menentang penindasan penjajah, dan merupakan satu penghinaan kepada mereka yang menderita sepanjang tempoh tersebut.
Hari ini, sebahagian daripada mereka yang dipindahkan secara paksa masih tidak mempunyai hak ke atas tanah tersebut walaupun sudah tinggal di sana selama beberapa generasi, sekali gus menafikan hak mereka untuk mendapatkan pengiktirafan, bantuan kerajaan dan perwakilan politik.
Sesetengah kampung ini bukan sahaja terdiri daripada penduduk Cina. Termasuk dalam kategori ini adalah kampung-kampung sedia ada yang mempunyai penduduk berbilang kaum.
Di lokasi-lokasi lain, masyarakat orang asli telah dipindahkan daripada tanah nenek moyang mereka dan hasil tanaman mereka pula setakat untuk sara diri sahaja. Bagi sesetengah masyarakat, ini adalah sesuatu yang mengejutkan kerana mereka tidak pernah dibendung dengan cara sedemikian. Orang asli turut berkongsi kesengsaraan mereka yang kehilangan orang tua dan ibu bapa mereka yang meninggal dunia kerana terkejut melihat pagar-pagar yang menghalang mereka keluar masuk dari hutan untuk mencari ubat-ubatan dan makanan yang menjadi kegiatan seharian mereka. Walaupun terdapat sejarah di sini yang perlu diingati, ia tidak sepatutnya diiktiraf dengan penyenaraian dalam UNESCO.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, ahli-ahli politik yang berniat untuk mengambil kesempatan daripada isu perkauman akan menggunakannya untuk menjatuhkan martabat orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara, malah boleh menyebabkan bumiputera kehilangan tanah.
Walaupun terdapat isu yang lebih serius untuk diatasi, ada sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan daripada isu tersebut untuk kepentingan politik jangka pendek dengan mengorbankan perpaduan kaum dan keharmonian sosial.
KESIMPULANNYA
Natijahnya, keinginan untuk mengekalkan warisan makanan sering dikaitkan dengan kebanggaan peringkat peribadi dan negara; untuk memastikan sesuatu makanan yang dianggap istimewa, unik dan lazat tidak akan dituntut oleh orang lain sebagai milik mereka.
Penyenaraian bak kut teh sebagai makanan warisan lahir daripada kebanggaan negara, tetapi kemudian dirampas oleh niat untuk mencetuskan perpecahan etnik. Walaupun tindak balas keras ini datang daripada mereka yang sentiasa cuba memperolehi kelebihan politik demi kepentingan peribadi, mereka mungkin telah berjaya mencetuskan ketakutan yang tidak masuk akal dan sekurang-kurangnya, keraguan, dalam kalangan sesetengah orang.
Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan agama. Mujur, ramai rakyat Malaysia menyedari hakikat ini dan tidak mudah terpengaruh dengan kekecohan ini. Ramai penduduk di Malaysia bersyukur kerana dapat menjamu versi makanan daripada pelbagai asal usul etnik asalkan ia diterima dan dibenarkan dari segi agama dan yang lain pula gembira melihat terdapat perwakilan yang luas dan sistem kepercayaan yang kukuh terhadap senarai warisan.
Ramai rakyat Malaysia juga gembira dapat berkumpul pada setiap perayaan untuk berkongsi makanan dan budaya mereka dengan sesama rakan senegara dan tidak peduli apa yang dipertikaikan oleh sesetengah ahli politik.
MENGENAI PENULIS
Dr Serina Rahman adalah Pensyarah di Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Zamil Bersekutu di Institut ISEAS-Yusof Ishak.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.