NOTA DARI KL: Rombakan Kabinet MADANI - Runtuhkan Atau Kukuhkan Kedudukan PM Anwar Jelang PRU16?
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim telah mengumumkan rombakan terbaharu kepada anggota kabinet beliau pada 16 Disember lalu selepas nama-nama lantikan dibincang sesama pimpinan parti dan mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.
Sebagai konteks, ini merupakan rombakan kali kedua dalam tempoh lebih tiga tahun pentadbiran PM Anwar. Ia bagi menampung peletakan jawatan beberapa menteri pada pertengahan 2025 susulan perpecahan dalaman parti induk Pakatan Harapan (PH) iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pada asasnya, rombakan kali ini berniat untuk mengisi empat tempat kosong peringkat kementerian tetapi menyaksikan perubahan ketara khususnya pertukaran portfolio di peringkat timbalan menteri dan persediaan awal bagi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Sejak akhir November 2025, khabar angin telah bertiup kencang dengan nama-nama besar yang dikaitkan untuk membarisi kabinet baharu PM Anwar. Nama-nama seperti mantan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, bekas Ahli Parlimen Nurul Izzah Anwar dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari telah digembar-gemburkan.

Akhirnya, segala spekulasi tersebut oleh sesetengah penganalisis politik ternyata meleset. Jelas dari rombakan ini ialah niat PM Anwar untuk mengekalkan ‘tulang belakang’ kepada formula kerajaan perpaduan, di samping menyegarkan sedikit pasukan beliau dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan penyampaian khidmat.
Seramai tiga orang menteri dan sepuluh orang timbalan menteri telah ditukarkan tugasan, enam orang dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh dan sembilan individu baharu dipelawa masuk ke dalam Kerajaan MADANI untuk membantu PM Anwar selama baki masa penggal pertama beliau.
Kebanyakan pandangan berkenaan rombakan setakat ini telah disempitkan kepada bentuk binari iaitu soal parti yang untung laba, parti yang rugi tersisih dan parti yang dilindungi PM Anwar. Walhal, nuansa lebih kompleks wajib disajikan kepada umum.
Mustahak untuk disoroti, ke manakah hala tuju kelompok yang meninggalkan kabinet, apakah latar belakang ringkas golongan yang menyertai kabinet dan mengapakah rombakan ini detik penting bagi landskap politik nasional Malaysia.
Menoleh Ke Belakang
Titik perubahan kepada perlunya berlaku rombakan bermula dengan vakum kepimpinan yang ditinggalkan oleh mantan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. Kekuatan merangka dasar dan menyusun agenda nasional bersifat jangka panjang tergendala apabila beliau dimalukan dalam pemilihan parti dan beliau bertindak dengan melepaskan jawatan.

Antara sumbangan penting beliau termasuklah penyediaan dasar Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR), dasar gaji progresif dan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR). Tetapi terdapat usaha yang menghampakan berpunca daripada watak dominannya yang tidak sehaluan dengan ahli kabinet lain.
Kolaborasi unik dengan pembuat teknologi terkemuka ARM, Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35), himpunan KL20 bagi syarikat pemula (startups) dan modal peneroka (venture capitals), serta inisiatif Pangkalan Data Utama (PADU) tidak sempat disempurnakan. Audio siar (podcast) Rafizi sekarang sering dijadikan rujukan rakyat untuk semak dan imbang prestasi Kerajaan MADANI.
Mengikuti langkah Rafizi ialah Nik Nazmi, mantan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) yang senasib pada pemilihan PKR. Antara jasanya ialah menggubal Akta Kecekapan Konservasi Tenaga (EECA), selesai draf Akta Perubahan Iklim dan cemerlang mewakili negara di sidang antarabangsa COP28 dan COP29.
Nik Nazmi dilihat cenderung menumpukan tenaga kepada hal melibatkan Wilayah Persekutuan disebabkan oleh faktor kawasan beliau. Ia menandakan beliau sedang giat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Setiawangsa pada pilihan raya umum nanti bagi kelangsungan karier politik. Aksi kedua-dua insan berpotensi ini perlu diawasi.
Kemudian menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah pada awal November 2025, Ewon Benedick iaitu mantan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) pula mengambil keputusan berisiko untuk meletak jawatan dan membawa parti beliau keluar dari gabungan PH. Beliau kini dijadikan Timbalan Menteri Sabah III.
Apabila mantan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Zafrul mencapai had sebagai lantikan Senator pada awal Disember, barulah PM Anwar fikir wajar dilakukan rombakan. Tugasan strategik Tengku Zafrul selaku pendamping PM Anwar dalam hampir setiap urusan lawatan luar negara sejak 2022 amat signifikan.
Walaupun beliau bertanggungjawab bagi kejayaan membawa masuk pelaburan asing (FDI) bernilai berbiliion ringgit, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030) dan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS), Tengku Zafrul menamatkan baktinya dengan sedikit masalah iaitu berkaitan isu perjanjian perdagangan timbal balik (ART).

Terkini, Tengku Zafrul telah dinobatkan sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan dijadikan Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Beliau dijangka akan diberi amanah tambahan oleh PM Anwar, memandangkan beliau mungkin menjadi calon Parlimen atas tiket PKR tidak lama lagi.
Melihat Yang Semasa
Komposisi kabinet kali ini mendedahkan bagaimana Parti Tindakan Demokratik (DAP) seolah-olah menerima padah apabila menerima pertukaran portfolio terbanyak.

Bacaan politiknya ialah ia sebagai peringatan kepada sebahagian pimpinan mereka bahawa PM Anwar masih berkedudukan selesa dan berkuasa untuk ‘call the shots’.
Sejurus kekalahan teruk di Sabah, segelintir pemimpin veteran DAP telah bersuara lantang dan ‘menggertak’ menuntut pelaksanaan janji-janji reformasi dalam tempoh 6 bulan terhadap PM Anwar sebagai taktik mengalih perhatian. Ugutan tersebut ‘backfire’ lantaran disambut oleh PM Anwar lalu memberikan DAP posisi-posisi yang mencabar supaya merebut kembali undi-undi bagi kerusi campuran dan kawasan bandar.
Antaranya, mantan Menteri Sumber Manusia (KESUMA) Steven Sim dengan reputasi tinggi, kini terpaksa menjawat Menteri KUSKOP yang kurang status hierarkinya. Hannah Yeoh, mantan Menteri Belia dan Sukan (KBS) turut beralih ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Wilayah Persekutuan dan pasti berdepan kesulitan.
Tambahan pula, strategis DAP Liew Chin Tong dialihkan dari Timbalan Menteri MITI kepada portfolio Timbalan Menteri Kewangan (MOF) untuk menggantikan Lim Hui Ying yang berpindah ke Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Jika gagal ‘deliver’, DAP bakal terkandas lagi seperti dilema di Sabah.
Selain itu, Naib Presiden UMNO Johari Abdul Ghani seperti dijangkakan mengambil alih tempat Tengku Zafrul di MITI atas kapasiti kebolehannya. Naib Presiden PKR Ramanan Ramakrishnan juga sudah dijangka mendapat kedudukan Menteri, namun ramai bimbang beliau akan mengembalikan tradisi-tradisi lapuk bila menerajui KESUMA.
Seorang lagi yang menepati jangkaan ialah Dr Zulkifli Hasan yang menjadi menteri penuh di JPM bagi Hal Ehwal Agama setelah kredibilitinya menonjol melebihi penyandang lalu. Beliau bakal menggalas peranan berharga untuk membumikan lagi gagasan Malaysia MADANI bersandarkan kebijaksanaan Islam.
Namun demikian, berbeza pula kisah bagi timbalannya iaitu penceramah bebas Ustazah Marhamah Rosli yang diselubungi kontroversi sebelum ini. Dikhabarkan kejutan menamakan beliau datang daripada ‘inner circle’ PKR yang mengenali bapa saudaranya, Ustaz Dr Badrulamin Bahron yang juga merupakan antara ahli awal PKR.
Keputusan PM Anwar menaikkan Mustapha Sakmud yang bergelut sewaktu menjadi Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (MOHE) juga menimbulkan tanda tanya. Selaku Menteri khas JPM bagi Sabah-Sarawak, ia dilihat kaedah diplomatik Kerajaan MADANI berurusan dalam isu tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

PM Anwar turut ’meremajakan' kabinetnya dengan memanggil sejumlah Ahli Parlimen ‘back bench’ untuk tampil ke ‘front bench’. Keempat-empat individu bawah umur 40 tahun ini dipilih bagi mengendurkan percakaran dalaman PKR akibat pertembungan kem PM Anwar dan kem Rafizi, malah dipersiapkan sebagai pimpinan lapisan parti kelak.
Paling mencuri perhatian ialah pemilihan Akmal Nasir menjadi Menteri penuh bagi menyambung usaha mentornya, Rafizi, di Kementerian Ekonomi. Beliau akan dibantu oleh mantan Timbalan Menteri Kewangan dari UMNO, Shahar Abdullah yang disegani dalam kalangan Ahli Parlimen.
Juga menarik perhatian ialah Dr Taufiq Johari, yang juga Ahli Parlimen termuda dan anak kepada Speaker Parlimen, sebagai Menteri KBS yang baharu. Dua lagi ialah Yuneswaran Ramaraj yang dilantik Timbalan Menteri Perpaduan dan Chiew Choon Man yang diangkat Timbalan Menteri Pelancongan (MOTAC).
Memandang Ke Hadapan
Apa yang sedikit dikesali barangkali adalah portfolio paling berkuasa yakni Kewangan masih kekal bersama dengan kedudukan Perdana Menteri. Ia bukti paling jelas bahawa rombakan kali ini sekadar bersifat penerusan kestabilan dan bukannya agenda perubahan. PM Anwar masih memiliki majoriti dua pertiga Parlimen.
Bahkan, kekalnya menteri-menteri yang kerap dikecam rakyat namun adalah ‘team player’ berguna bagi PM Anwar seperti Fadhlina Sidek (Pendidikan), Fahmi Fadzil (Komunikasi), Saifuddin Nasution (Dalam Negeri) dan Tiong King Sing (MOTAC) menyokong ‘logik’ politik. Percaturan mengawal sokongan melebihi keperluan merit.
Dari segi cabang legislatif, perubahan bakal berlaku pada kira-kira enam daripada sepuluh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC). Ini berikutan ada dalam kalangan yang dilantik ke cabang eksekutif merupakan pengerusi atau ahli PSSC tersebut. Maka, terdapat motif untuk diubah keanggotaan PSSC tertentu.
Seperkara lagi yang jarang disebut oleh para pemerhati politik lain ialah rombakan kali ini sebenarnya memberikan Johari Ghani peluang keemasan untuk muncul sebagai pemimpin akan datang bagi UMNO. Perlu diperhatikan keberhasilan beliau mengemudi MITI kerana ia akan melonjakkan pengaruhnya dalam mencorak hala tuju seterusnya buat partinya UMNO yang masih ditimpa defisit kepercayaan.

Juga ketara, budaya politik dan hubungan ‘transactional’ berterusan antara kabinet Persekutuan dengan kerajaan Sarawak dan Sabah. Benar, pengiktirafan Mustapha dan kenaikan pangkat Arthur Kurup sebagai Menteri NRES meningkatkan representasi (perwakilan) dari Sabah tetapi belum tentu membuahkan hasil menutup jurang antara wilayah.
Malang sekali, berlakunya amalan tidak sihat dengan permainan sentimen ke atas rombakan kabinet. Setiausaha Agung UMNO Dr Asyraf Wajdi menzahirkan persepsi negatif terhadap Menteri dan Timbalan Menteri dari etnik Cina yang menyandang portfolio Wilayah Persekutuan. Menurutnya, ia menggugat nasib Bumiputera di sekitar Kuala Lumpur.
Kebimbangan terhadap gandingan Hannah dan Lo Su Fui dirumitkan lagi apabila dipadankan dengan sensitiviti Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA). URA bakal diusul sekali lagi untuk diluluskan di Parlimen oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming walaupun telah ditentang keras oleh rakyat.
Pandangan awam terhadap rombakan kabinet harus segera disederhanakan kembali agar tidak mencetuskan ketegangan berlarutan. Risiko politik bagi PM Anwar bukan sahaja tertakluk kepada disiplin fiskal tetapi juga soal ketenteraman sosial. Optik politik pula mesti selari dengan realiti baharu politik Malaysia yang bersifat gabungan.
Persoalan lain turut berbangkit, adakah rombakan PM Anwar berjaya meletakkan tekanan tambahan pada pihak pembangkang, Perikatan Nasional (PN) yang dilanda konflik tersendiri? Ataupun sebenarnya ia satu keuntungan yang tersembunyi bagi PN?

Masih terlalu awal dan tidak jelas bagaimana PN akan berupaya untuk menyaingi kabinet baharu PM Anwar, selain menimbulkan keraguan berbaur perkauman atau berunsur keagamaan. Kelemahan PN sebagai ‘pilihan yang berwibawa’ memudahkan hasrat PM Anwar, lantas hanya merombak sekadar apa yang dirasakan perlu.
PM Anwar akan terus cekal mengurus perkembangan ekonomi secara cermat, di samping mengekalkan dasar-dasar pro-rakyat demi meraih undi atas pagar dan belia.
Manakala usaha meningkatkan reformasi institusi agar menebus sokongan pengundi tegar PH yang kecewa, mungkin tertangguh sehingga penggal seterusnya.
Isyarat dari PM Anwar melalui rombakan ini membawa satu mesej jelas. Jika ada satu perkara yang beliau tidak mahu berkompromi, ia adalah tentang menyerlahkan ekonomi dan keyakinan pasaran kerana impian mahu mengulangi pencapaian terdahulunya iaitu Malaysia mempunyai belanjawan ‘lebihan’.
Penyusunan semula kabinet adalah langkah mudah untuk ‘membeli’ masa tambahan. Menukar masa tersebut sehingga memulihkan kepercayaan awam yang berdaya tahan, itulah ujian sebenar bagi tahun 2026.
MENGENAI PENULIS

Halmie Azrie ialah Penyelidik Kanan (Politik) di Institute of Strategic Analysis & Policy Research (INSAP) di Kuala Lumpur. Beliau berpengalaman dalam sektor perhubungan antarabangsa, kajian dasar awam dan perundingan hal ehwal kerajaan.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.