NOTA DARI KL: Mengapa Malaysia dilanda 'Banjir Kuning' saban tahun?
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Banjir di timur laut Semenanjung Malaysia semakin menjadi 'bencana' tahunan.
Sekalipun pihak berkuasa Malaysia meramalkan bahawa banjir tahun ini boleh menjadi peristiwa terburuk sepanjang tempoh 10 tahun lalu, video yang tersebar baru-baru ini seolah-olah menyangkal ramalan tersebut apabila para penduduk Pantai Timur kelihatan 'bersuka ria memanfaatkan' keadaan banjir untuk berenang dan melakukan pelbagai kegiatan lain menggunakan bermacam-macam peralatan dan kenderaan.
Ini menjadi bukti daya tahan rakyat Malaysia mengharungi bencana yang melanda.
Di tengah-tengah keadaan yang sulit dan mencabar ini, mereka hanya boleh melakukan apa sahaja yang termampu sambil menunggu air surut dan memberi tumpuan kepada kerja-kerja pembersihan yang sangat membebankan.
Ada yang terpaksa meredah air bah sedalam paras pinggang untuk membeli susu anak, yang lain pula dengan pantas menghulurkan bantuan, bekalan makanan dan kenderaan atau bot penyelamat. Mereka tidak lagi ternanti-nanti mengharapkan bantuan kerajaan, sebaliknya membantu secara spontan sekalipun bantuan yang dihulurkan mungkin tidak teratur dan kurang penyelarasan.
Ini bukan bermakna pihak berkuasa Malaysia tidak 'turun padang' untuk menghulurkan bantuan. Cuti semua kakitangan pasukan kecemasan telah dibekukan; Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) juga sangat proaktif dalam mengarahkan penutupan jalan raya, memindahkan penduduk ke tempat selamat dan menggerakkan agensi penyelamat yang relevan. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Malaysia (AMP) turut berganding bahu untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim, malah turut mengumumkan pembekuan cuti Jemaah Menteri supaya mereka dapat turun padang pada masa yang sukar itu.
Jumlah mangsa banjir sangat tinggi tahun ini. Sebanyak 9 negeri terjejas banjir dengan 152,377 orang terpaksa dipindahkan. Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Kedah terpaksa ditutup kerana banjir, mengakibatkan pembatalan penerbangan dan keadaan huru-hara. Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran dan kemas kini cuaca hampir setiap 3 jam sedang ribut bertiup kencang.
Walaupun mula reda di bahagian timur laut, hujan lebat kini melanda Sabah dan Johor. Pada masa yang sama, selatan Thailand turut berdepan dengan banjir yang dahsyat.
Laporan pada 30 November 2024 menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya tiga orang meninggal dunia, tetapi tiada butiran mengenai puncanya. Tidak seperti 2014 dan 2021, terdapat juga maklumat dalam laporan media mengenai tanah runtuh dan banjir. MetMalaysia baru sahaja mengumumkan bahawa akan ada gelombang kedua ribut intensif antara 8 dan 14 Disember, tertumpu sebahagian besarnya di kawasan Pantai Timur.
Dengan beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Perak dan Pahang ditutup, Negeri Sembilan dan Johor kini menyaksikan lebih ramai penduduk masing-masing kehilangan tempat tinggal akibat banjir.
Tanda Aras 2014 dan 2021
Apabila pihak berkuasa mengisytiharkan bahawa banjir tahun ini akan menjadi yang terburuk dalam tempoh 10 tahun, penanda arasnya ialah bencana pada 2014, di mana hujan lebat dan air pasang besar apabila digabungkan, mengakibatkan 237,000 orang kehilangan tempat tinggal, 21 maut dan 1,295mm curahan hujan di Gua Musang, Kelantan dalam masa tiga hari sahaja. Ini ibarat curahan hujan biasa selama 64 hari!

Air sungai naik antara 10 hingga 38 meter dan airnya mengalir kuning dengan lumpur, balak, dan serpihan pokok. Inilah asal usul istilah 'Bah Kuning' yang bermaksud 'banjir kuning'.
Banjir melanda Terengganu dan Pahang dan hujan lebat turut melanda Negeri Sembilan, Johor dan Sabah. Lokasi-lokasi yang terjejas pada tahun ini hampir sama dengan lokasi-lokasi yang terjejas pada tempoh yang sama setahun lalu.
Rumah-rumah dan kampung-kampung yang terletak di tebing sungai ditenggelami air, dihanyutkan oleh air deras yang tidak pernah berlaku sebelum ini sehingga mendorong negara-negara seperti Singapura, Jepun, Taiwan dan China menyumbang bantuan dan dana kepada Malaysia.
Musim tengkujuh yang luar biasa pada 2021 mengakibatkan 400,000 penduduk dipindahkan dan 50 orang maut.
Perbezaan utama, bagaimanapun, adalah banjir kali ini berlaku di negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia, satu peristiwa yang sangat luar biasa. Dengan kepadatan bandar yang tinggi di kawasan-kawasan tersebut, dan banjir seteruk ini tidak pernah berlaku sebelum ini, kedua-dua penduduk dan pasukan kecemasan sama sekali tidak menjangkakan perkara sedemikian akan berlaku.
Dalam tempoh empat hari sahaja, curahan hujan di Selangor adalah jauh lebih tinggi berbanding hujan biasa dalam tempoh sebulan. Air melimpah dari tebing empat sungai di Kuala Lumpur sedang tanah runtuh di kawasan Titiwangsa menyebabkan 95 peratus Taman Sri Muda di Shah Alam ditenggelami air, dengan rumah dinaiki air sampai ke bumbung.
Pada masa yang sama, Bentong dan Pahang turut dilanda banjir besar, tetapi tidak mendapat perhatian atau bantuan seperti yang dihulurkan kepada Shah Alam. Bencana ini mengakibatkan kerugian kira-kira RM6.1 bilion (S$1.83 bilion).
Mengapa Banjir Selalu Berlaku?
Memandangkan banjir berlaku hampir setiap tahun, ia menimbulkan tanda tanya mengapa tiada apa yang dilakukan untuk mengurangkan kejadian banjir dan tanah runtuh.

Jawapannya bagaimanapun agak rumit.
Pelbagai faktor menyebabkan banjir. Sebahagiannya disebabkan oleh fenomena cuaca ekstrem yang disebabkan oleh perubahan iklim, selain penebangan hutan yang meluas di Kelantan. Terdapat faktor ekonomi di sebalik kegiatan ini; pembalakan, pertanian dan pelombongan. Dalam proses itu, pokok ditebang, tanah atas hilang dan tanah tidak lagi dapat menyerap air hujan seperti dahulu.
Kederasan air yang mengalir ke hilir diburukkan lagi dengan kayu balak yang ditebang dan serpihan pokok yang diheret bersama dengannya. Apabila serpihan ini menyebabkan laluan air tersumbat, maka paras air juga akan meningkat, yang akhirnya menyebabkan air mengalir dengan begitu deras dan dahsyat. Ada yang menyamakannya dengan tsunami apabila rumah-rumah dihanyutkan oleh arus yang deras.
Kita beralih pula kepada isu-isu sistemik yang lebih besar sehingga memburukkan lagi fenomena semula jadi ini. Rasuah dan kegagalan mematuhi piawai yang ditetapkan turut mengakibatkan kemusnahan yang luar biasa ini. Kelemahan penyenggaraan sistem kumbahan dan parit serta sikap kurang berhemah terhadap pembuangan sampah telah menyebabkan saluran air tersumbat.

Mengabaikan dasar alam sekitar dan keperluan untuk menyediakan tadahan air menjejas dan membebankan ekosistem gunung yang penting. Keperluan untuk meraih keuntungan ekonomi mengatasi pertimbangan ekologi dan sosial. Bidang kuasa negeri dan persekutuan yang bertindih apabila melibatkan perlindungan alam sekitar dan hak tanah atau hutan mengakibatkan kelemahan yang sebenarnya boleh dicegah dan menyelamatkan orang awam daripada bencana ini.
Tahun ini, nampaknya terdapat usaha yang lebih proaktif dari pihak agensi respons bencana untuk bersiap sedia dan bertindak pantas dalam membuat persiapan menghadapi musim tengkujuh dan banjir, tetapi lebih banyak tekad politik diperlukan untuk menyelesaikan masalah ini.
Selagi semua itu belum dilaksanakan, seluruh rakyat Malaysia tiada pilihan lain kecuali menjangkakan yang terburuk apabila tiba musim tengkujuh setiap hujung tahun.
MENGENAI PENULIS

Dr Serina Rahman ialah pensyarah di Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Zamil Bersekutu di ISEAS-Yusof Ishak Institute. Nelayan dan rumput laut di Mukim Tanjung Kupang, Johor telah dijadikan sebagai bahan utama kajiannya sejak 2008.
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.