NOTA DARI KL: Mampukah Gabungan Biru Campur Hijau Kukuhkan Agenda Malaysia Biru?
Anggaran Waktu Membaca:
Bendera Barisan Nasional (BN) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kelihatan di Bahang, Terengganu, pada 30 Julai 2023. (Gambar: Bernama)
- PAU 2026 di PWTC dan Muktamar PAS di Pengkalan Chepa mencetuskan spekulasi penjajaran baharu, dengan UMNO dan PAS saling mendekati menjelang PRU16.
- UMNO, melalui Ahmad Zahid Hamidi, dilihat menekan Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya membubarkan Parlimen atau menyingkirkan BN, sambil menguji kekuatan melalui PRN.
- PAS pula mahu mengekalkan kerusi sedia ada, menembusi Pantai Barat termasuk Selangor, dan memerlukan jaringan serta imej pentadbiran UMNO-BN.
- Kerajaan MADANI berdepan risiko apabila PH menghidupkan naratif antirasuah, tetapi tekanan kos sara hidup dan kelewatan reformasi menguatkan politik identiti Melayu-Islam.
KUALA LUMPUR: Malaysia menyaksikan tumpuan arena politik terarah kepada ucapan-ucapan barisan kepimpinan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di hadapan ribuan para perwakilannya baru-baru ini. Ia sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di markas keramat mereka iaitu Bangunan Putra World Trade Centre (PWTC).
Tirai PAU 2026 yang telah dilabuhkan pada 12 September, menyusul tepat seminggu selepas selesainya Muktamar Tahunan ke-72 Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang bertempat di Pengkalan Chepa, Kelantan. Ekoran dari kedua-dua acara tersebut, spekulasi bertiup kencang tentang penjajaran semula landskap politik negara yang semakin rancak diperkatakan.
Berdasarkan pemerhatian awal sejurus selesainya PAU UMNO dan Muktamar PAS, jelas wujud usaha 'memikat’ yang giat diusahakan sesama pimpinan UMNO dan PAS. Namun, bibit-bibit kerjasama ini masih dilatari kepentingan politik yang sarat dengan pergelutan personaliti, rundingan kerjasama dan niat kelangsungan kuasa.
Khususnya bagi UMNO, nadanya tidak lagi berkisar soal mempertahankan Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, tetapi mahu mengheret negara ke kancah persediaan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) memandangkan situasi tawar-menawar dan pancingan undi Melayu-Islam secara agresif menguntungkan UMNO.

Pelan Strategik UMNO
Retorik dari pentas PAU 2026 membuktikan UMNO cekap ‘bermain dua kolam’. Dengan memperkenalkan gagasan "Rumah Bangsa" dan "Kolaborasi Agung" pada PAU 2025 lalu, Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan mesej halus yang partinya mahu memperoleh kedudukan yang saling menguntungkan untuk parti tersebut.

UMNO tidak segan berkongsi kuasa dan menuntut keistimewaan daripada gabungan Pakatan Harapan (PH) di peringkat Persekutuan. Pada masa yang sama, ia tangkas mengambil peluang bergerak solo di peringkat negeri, sambil membuka luas pintu rundingan dengan blok pembangkang iaitu Perikatan Nasional (PN), khususnya PAS.
UMNO sedar bahawa ia belum cukup kuat untuk meninggalkan Kerajaan MADANI tanpa menanggung kos politik yang tinggi. Oleh itu, UMNO melalui gabungannya Barisan Nasional (BN) menggunakan siri-siri Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor, Negeri Sembilan dan kelak di Melaka sebagai ujian ‘bellwether state’.
Jika UMNO mencatat kemenangan besar di negeri-negeri selatan ini, ia mencipta ‘gelombang biru’ sebagai satu 'leverage' (kelebihan) untuk menekan PM Anwar untuk membubarkan Parlimen. Jika tidak dibubarkan, UMNO kekal selesa di ibu kota Putrajaya. Bagi UMNO, ini adalah permainan ‘zero-sum’ (mainan campur-tolak) yang risiko politik ditanggung sepenuhnya oleh kepimpinan PH.
Retak Menanti Belah
Bagi PM Anwar, ancaman terbesar bukan sahaja datang dari asakan dari dalam oleh UMNO atau serangan dari luar oleh PAS, tetapi turut timbul dari kelesuan politik ciptaan Kerajaan MADANI sendiri yang gagal menterjemah situasi kestabilan kepada dasar ekonomi bermanfaat untuk dinikmati oleh seluruh rakyat.
Menyedari momentum UMNO semakin mengukuh lantaran siri PRN, kem PH mula menghidupkan kembali naratif antirasuah serta dakwaan berlaku salah tadbir urus. PH menyasar dan mengarus-perdanakan kes-kes berprofil tinggi melibatkan beberapa tokoh UMNO dalam penyelewengan badan-badan berkanun Persekutuan (FSB) yang dijarah sewaktu parti Melayu itu memegang kuasa politik Malaysia.
Lantas, PH didapati cuba mematikan rentak UMNO dengan memaparkan imej parti itu sebagai korup dan sarat skandal sebagai peringatan sinis buat pengundi tentang risiko berlaku malapetaka jika rakyat memutuskan untuk kembalikan UMNO ke tampuk kuasa. Tetapi taktik PH ini akhirnya membawa kepada ‘open defiance’ sewaktu PAU 2026.
“Pilihan cuma ada dua! Satu, dapatkan semula mandat baharu dengan mengadakan Pilihan Raya Umum! Kedua, keluarkan kami secara rasmi daripada (Kerajaan Perpaduan) dan undi tidak percaya boleh dilakukan di Dewan Rakyat! Ada berani ke? Kalau berani buatlah cepat! Kalau berani bubarlah cepat!”.

Petikan ucapan penggulungan PAU 2026, TPM Zahid telah secara terbuka mencabar PM Anwar untuk menolak gabungan BN dari kerajaan atau membubarkan Parlimen dengan segera demi membolehkan PRU16 berlangsung. Mengikut lipatan sejarah, jikalau seorang Timbalan sudah berani gertak ‘bos’, ia lazimnya disusuli dengan adegan pemecatan.
Toleransi Atau Dominasi?
Terlebih dahulu, kritikan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man di Muktamar PAS pada 4 hingga 6 September lalu tentang ketegangan PH dan UMNO telah menjadi satu percubaan licik untuk melaga-lagakan komponen Kerajaan MADANI.

Ia sekali gus mengizinkan UMNO bertindak lantang sewaktu PAU 2026 minggu berikutnya dengan membentangkan “Agenda Malaysia Biru” tanpa sebarang jemputan kepada pimpinan PH dan simboliknya meraikan ‘warna biru’ bersama dengan PAS. Pun begitu, hubungan UMNO-PAS belum selancar yang diidamkan.
Peristiwa yang menjadi bual bicara sewaktu Muktamar PAS adalah keputusan Zahid dan barisan kepimpinan kanannya ‘memboikot’ Muktamar PAS. Ia satu isyarat politik bahawa UMNO tetap mahu menjadi 'abang besar' dalam sebarang bentuk kerjasama, terutamanya pembahagian kerusi PRU16 dan tidak sewenang-wenangnya dipujuk.
Menariknya, PAS memilih untuk meredakan isu ketidakhadiran Zahid di Muktamar mereka. Malah, PAS pula memberi komitmen penuh dengan kehadiran delegasi tertinggi mereka ke PAU pada 9 hingga 12 September tatkala wakil PH diendahkan oleh UMNO.
Persoalannya, mengapa PAS sanggup berbuat demikian, walaupun ia merupakan parti terbesar dengan jumlah wakil rakyat paling ramai di Parlimen? Ini kerana UMNO adalah kunci taktikal penting bagi hasrat besar PAS untuk memperluaskan pengaruh sedia ada melangkaui kawasan Pantai Timur dan utara Semenanjung Malaysia.
Misi Pantai Barat
Sepanjang Muktamar PAS, perbahasan perwakilan bergema dengan desakan agar parti itu mempertahankan kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenangi, tanpa kompromi. Ia menggambarkan keyakinan yang memuncak dalam kalangan akar umbi PAS, disokong oleh pencapaian cemerlang di kawasan kubu kuat.

Namun, apa yang lebih menimbulkan minat adalah slogan dan cita-cita PAS yang mula mengintai peluang untuk menakluk kerajaan negeri Selangor yang kosmopolitan dan majmuk, bahkan berani mengemukakan tuntutan mahu mengemudi portfolio Kementerian Wilayah Persekutuan sekiranya PAS berjaya kembali ke Putrajaya.
Cadangan sebegini membuktikan ‘selera’ kuasa yang luar biasa besarnya di pihak PAS untuk menembusi negeri-negeri Pantai Barat yang kaya dari segi ekonomi. Pun begitu, ada keraguan dan defisit kepercayaan mendalam dari kalangan penganalisis, kelas pertengahan dan pengundi bandar terhadap rekod keupayaan pentadbiran PAS.
Justeru, PAS amat peka bahawa ia memerlukan rangkaian politik, pengalaman pentadbiran serta wajah kesederhanaan yang hanya boleh dipinjam dari UMNO bersama gabungan politiknya BN. Jika PAS enggan bertoleransi, maka impian parti Islam itu di kawasan-kawasan Pantai Barat akan hanya tinggal angan-angan kosong.
Biru Campur Hijau
Kedudukan PAS dalam memimpin blok pembangkang kini adalah serba mutlak. Krisis Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) antara kem Muhyiddin Yassin dan mantan timbalannya Hamzah Zainudin hingga wujudnya Parti Wawasan Negara (WAWASAN) telah memaksa PAS untuk mengambil alih kepimpinan PN dari Muhyiddin.

Justeru, setiap cadangan dan tawaran yang dikemukakan dari PN sudah pasti akan bernuasa kepentingan Melayu-Islam mengikut acuan kefahaman PAS. Jikalau PAS gagal merampas kuasa di Putrajaya sekalipun, ia akan mencipta satu blok pembangkang berhaluan kanan yang sangat kuat di Dewan Rakyat.
Selain itu, PAS akan mengukuhkan lagi pengaruh kerajaan-kerajaan negeri kelolaan parti Islam itu yang digelar ‘SG4’. Ini lantas memaksa keadaan politik Malaysia di kawasan luar bandar dan separa bandar terus berkisar kepada kepentingan Melayu-Islam sebagai induk dan bercorak politik konservatif pada masa akan datang.
Berdasarkan andaian kerjasama semula antara jentera BN (melalui UMNO) dan jentera PN (diketuai PAS) atas tiket penyatuan ummah, ia mempunyai kelebihan strategik untuk menang besar di kerusi-kerusi Semenanjung pada PRU16 nanti, tanpa memerlukan sokongan daripada mana-mana gabungan politik yang lain.
Awasi Corak Dunia
Lonjakan sokongan pengundi kepada struktur hegemoni yang didominasi oleh UMNO dan PAS, seperti ukuran keputusan PRN Johor dan Negeri Sembilan, bukanlah satu fenomena unik. Ia sebenarnya satu cerminan trend ke arah kecenderungan politik identiti yang sedang melanda banyak negara di seluruh dunia.

‘Bayang-bayang’ kuasa UMNO-PAS ini sebenarnya mendedahkan satu realiti pahit buat Kerajaan MADANI. Kegagalan politik prestasi dan progresif di Malaysia bukanlah kewujudan ‘sayap kanan’ itu sendiri, tetapi tindak balas langsung kepada Kerajaan yang dianggap selesa berkompromi atas alasan pragmatis dan lambat tunai reformasi.
Ramai pengundi didapati geram dengan situasi sosioekonomi mereka lantas menyandarkan nasib kepada parti-parti beraliran ‘etno-nasionalis’ seperti UMNO dan PAS, kerana merasa ditinggalkan atau diabaikan oleh dasar-dasar ‘elit bandar’ para pendukung PH yang gah formula atas kertas tetapi tidak menangani realiti kos sara hidup.
Sekiranya PH tunduk kepada tekanan dan mengadakan PRU16 pada saat Kerajaan MADANI dilihat lemah tanpa naratif Melayu-Islam yang mantap, risiko terburuk mungkin meletakkan Malaysia di landasan hampir serupa dengan situasi peringkat global iaitu ‘democracy in retreat’ serta kembalinya amalan ‘patronage politics' (politik saling menyokong).

Ancaman Buat MADANI
Tumpuan kini beralih sepenuhnya kepada gerak-geri PM Anwar dan ura-ura membubarkan kerajaan negeri Melaka oleh UMNO pada bulan Oktober. Kejayaan kerjasama antara UMNO dan PAS semasa PRN Melaka nanti akan menguatkan lagi sentimen untuk mengesa PM Anwar membubarkan Parlimen awal bagi mengadakan PRU16.
Walaupun PM Anwar masih memegang budi bicara dan kata putus berhubung nasihat pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong, hakikatnya pentadbiran Kerajaan MADANI pimpinan beliau beroperasi seolah-olah di bawah mentaliti semakin tertekan.
Kata-kata Zahid di PAU 2026 yang merujuk kepada PM Anwar dengan “Guru, cukup-cukuplah guru. Dengarlah suara kami, guru. Dengarlah suara rakyat, guru. Cukup-cukuplah. Insya-Allah, kami boleh buat lebih daripada apa yang guru buat,” meletakkan PM Anwar berdepan dilema klasik.

Pilihan terhad PM Anwar sama ada tunduk kepada desakan UMNO untuk mengadakan PRU16 lebih awal demi mengawal kembali naratif politik namun berkemungkinan tewas di kotak undi, ataupun membiarkan sehingga mandat tamat pada penghujung 2027 sambil melihat pentadbirannya lumpuh akibat peras ugut UMNO.
MENGENAI PENULIS
MENGENAI PENULIS
Halmie Azrie ialah Penyelidik Kanan (Politik) di Institute of Strategic Analysis & Policy Research (INSAP) di Kuala Lumpur. Beliau berpengalaman dalam sektor perhubungan antarabangsa, kajian dasar awam dan perundingan hal ehwal kerajaan.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.