NOTA DARI KL: Malaysia dibelenggu Krisis Hari Tua, Keselamatan Murid Sekolah & Tengkarah Pemain Warisan
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Konsep ‘post normal times’ atau era pasca normal (PNT) mengetengahkan situasi ketidakpastian sebagai suatu aturan yang menjadi kelaziman.
Ia menganggap perlunya ada pendekatan baharu daripada para penggubal dasar untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam persekitaran dunia moden yang kian sukar dan tidak dapat diramalkan.
Bidang PNT turut mengandaikan bahawa norma-norma lama sudah mula terhakis, yang baharu belum lagi terbentuk dan pengurusan masa hadapan diwarnai oleh tiga perkara asas iaitu kerumitan (complexity), kacau-bilau (chaos) dan pertentangan (contradiction).
Dalam konteks PNT, keputusan dasar awam dahulunya disandarkan pada kepakaran teknikal, disiplin metodologi dan struktur politik. Tetapi kini, proses merangka dasar awam perlu mengambil kira sensitiviti masyarakat, nuansa setempat dan risiko luar jangka.
Gagasan PNT diperkenalkan oleh tokoh pemikir Islam, Ziauddin Sardar dan telahpun diangkat ke peringkat nasional apabila diterjemahkan dalam wacana Malaysia Madani oleh pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Antara pengajaran penting dari PNT ialah cara sesuatu dasar harus dikomunikasikan dan wajar diinstitusikan.
Apabila kerangka PNT disesuaikan pula dengan situasi rakyat hari ini, ia melangkaui soal kenaikan kos sara hidup yang menekan isi rumah semata-mata. Malah, ia menjawab isu defisit kepercayaan secara beransur-ansur oleh rakyat terhadap institusi negara.
Ini kerana aspek ‘perlindungan’ merupakan janji asas mana-mana kerajaan kepada warganya. Apabila janji-janji itu dianggap rapuh atau tidak terlaksana, maka keresahan awam mula tersemai dan bermulalah defisit kepercayaan yang menghakis peranan institusi.
Institusi-institusi teras yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan rakyat seperti sistem kebajikan, agenda pendidikan, kedaulatan ekonomi dan reputasi negara, terus dipersoalkan dan dipertikaikan di Malaysia. Keresahan, jika tidak ditangani dengan baik berpotensi melemahkan legitimasi dan membuka ruang kepada naratif populis.
Krisis Hari Tua
Kajian Bank Dunia yang diterbitkan pada 30 Oktober lalu mengusulkan agar had masa pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dinaikkan lagi dari 55 tahun kepada 65 hingga 70 tahun, agar selaras dengan pertimbangan kerajaan untuk menaikkan umur persaraan.

Bank Dunia turut menggesa kerajaan Malaysia agar segera memperluaskan skim bantuan persaraan atau elaun sosial bagi warga emasnya memandangkan Malaysia sedang menuju status negara menua. Selain itu, hanya sekitar 38% daripada sejumlah 7.4 juta pencarum aktif KWSP telah mencapai tahap simpanan asas sebanyak RM240,000.
Bermula tahun 2027, tahap tersebut disemak semula kepada RM390,000 dan bakal merendahkan lagi jumlah peratusan yang mencapai simpanan asas. Analisis Bank Dunia tersebut mengesahkan satu realiti ngeri iaitu sistem keselamatan sosial negara tidak memuaskan dan risiko kemiskinan pada usia lanjut terus meningkat.
Tambahan pula, perbincangan di Parlimen mengenai penggunaan simpanan KWSP bagi menampung jurang pembiayaan kos kesihatan juga telah menimbulkan ketidakselesaan rakyat. Di laman media sosial, rata-rata pandangan daripada para pencarum menolak kedua-dua cadangan bersifat ‘top-down’ tersebut.
Pada zaman PNT, rakyat peka menilai sama ada institusi yang sepatutnya menjamin simpanan hidup mereka telah terjejas. Tanpa pakej sasaran, fasa peralihan, alternatif insurans kesihatan dan proses libat urus ‘bottom-up’, idea teknokrat sedemikian hanya menambah keresahan awam berbanding membina keyakinan.
Saranan meminta pekerja tunggu lebih lama untuk memperoleh simpanan sendiri setelah puluhan tahun mencarum atau menggunakan dana persaraan mereka bagi menampan kesan inflasi perubatan telah mencipta persepsi. Ia seolah-olah kerajaan berdepan cabaran fiskal lalu memindahkan beban ke bahu rakyat.
Jika KWSP sering kali dijadikan alat untuk penyelesaian segera oleh para penggubal dasar, maka ia berisiko mengurangkan minat pencarum sedia ada untuk kekal. Bahkan, ia turut membantutkan usaha menggalakkan penyertaan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mempunyai simpanan persaraan.
Sekolah Mesti Selamat
Sepanjang bulan Oktober lalu, Malaysia dikejutkan dengan beberapa pendedahan insiden keganasan dan jenayah melibatkan pelajar sekolah awam. Peningkatan kes seperti gejala buli, mencabul kehormatan, rogol berkumpulan, bunuh diri, pukul guru dan tragedi pembunuhan di dalam kawasan sekolah amat luar biasa.

Isu-isu salah laku disiplin ini telah membuka persoalan utama iaitu adakah institusi-institusi pendidikan negara yang diamanahkan memantau anak-anak sewaktu belajar masih berupaya untuk memelihara sekolah sebagai ruang yang selamat?
Menurut PNT, terdapat empat pemacu utama perubahan iaitu kepantasan (speed), rangkuman (scope), skala (scale) dan serentak (simultaneity). Kemudahan akses dan penyebaran cepat oleh alat teknologi serta para pempengaruh (influencers) telah merancakkan empat kriteria ini hingga memberi kesan sampingan kepada generasi hari ini.
Platform berbahaya seperti permainan dalam talian, Roblox, memerlukan penguatkuasaan tegas bagi mengatasi punca keganasan di sekolah dan mengambil kira keselamatan kanak-kanak. Interaksi anak muda di media sosial juga mendorong kepada ‘silent rage’ dan ‘toxic masculinity’ hingga membawa kepada perbuatan buli siber.
Reaksi panik dari Menteri Pendidikan yang kerap bersikap defensif dengan jawapan beremosi di Parlimen apabila menerima tekanan turut menunjukkan kelemahan berkomunikasi. Sejak kebelakangan ini, beliau digantikan oleh timbalan menterinya bagi menjawab soalan-soalan daripada wakil rakyat.
Huraian pantas dari kerajaan seperti memperketatkan kawalan undang-undang, larangan penggunaan telefon bimbit, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan tindakan tatatertib terbukti tidak cukup untuk menawarkan penyelesaian. Sekadar menyekat gejala dan bukannya punca.
Sekolah memerlukan rangka pencegahan bersepadu yang mampan seperti menyediakan kaunselor sekolah yang mencukupi, kehadiran semula rondaan berkala anggota polis, pembiayaan berterusan bagi kesihatan mental, latihan khas buat para guru untuk mengenal pasti risiko awal serta modul pendidikan emosi.
Antara idea-idea lain termasuklah memperkenalkan protokol pemulihan trauma secara sistematik, program perintis intervensi sosioekonomi bagi kawasan berisiko tinggi, pasukan petugas (taskforce) rentas kementerian, di samping sistem pemantauan keselamatan sekolah secara digital.
Kesakitan yang dialami ibu bapa melebihi laporan statistik. Jika ibu bapa mula hilang kepercayaan terhadap soal keselamatan di sekolah, implikasinya cukup besar kerana kegusaran mereka kepada tanggungjawab asas sesebuah kerajaan dalam membentuk modal insan pasti mencetuskan tekanan politik.
Persekutuan Perisai Negeri
Kontroversi Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) antara kerajaan Malaysia dengan Amerika Syarikat sekalipun tampak meyakinkan daripada perspektif geopolitik dan manfaat akses pasaran, terus disambut dengan kecurigaan oleh pelbagai pihak yang berada di luar lingkungan gelanggang kuasa.
ART menonjolkan dilema nasional dengan membawa dua khabar berbeza, pertama strategi ‘hedging’ dan kedua ‘sovereignty’ negara. Penglibatan hanya segelintir cabang eksekutif iaitu Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam urusan rundingan sebesar ART menjadi punca keresahan baharu bagi rakyat.
Kenyataan media dari Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) bagi Perhubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa, YB Wong Chen (Subang) bersama sokongan mantan Menteri Rafizi Ramli (Pandan) dan YB Nik Nazmi (Setiawangsa), mendapati ART serba berat sebelah.
Kritikan daripada blok pembangkang pula tertumpu kepada peruntukan klausa yang dilihat mengikat ruang autonomi dasar domestik bermula dari aspek pemerolehan hingga kepatuhan kepada peraturan luaran yang hanya menguntungkan pihak Amerika Syarikat.
ART telah membangkitkan mengapa Putrajaya dipaksa tunduk kepada Washington D.C dan melepaskan kedudukan strategik walhal ia sepatutnya mempertahankan kepentingan negara dan industri tempatan. Kompromi ‘jalan pintas’ diambil MITI atas desakan dan ego Presiden Donald Trump merombak kestabilan dunia.
Hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri diterajui pembangkang (SG4) yang mempunyai majoriti penduduk Melayu luar bandar kerap merasa seperti dipinggirkan. Isu agihan dana pembangunan kawasan (CDF), royalti minyak dan sumber nadir bumi (REE) terus menyulitkan sentimen penerimaan ART.
Tatkala suasana PNT dan iklim kepercayaan yang semakin tipis, sebarang perundingan tergesa-gesa tanpa penerangan telus mahupun melalui proses perbahasan di Parlimen seperti untuk perjanjian-perjanjian antarabangsa lain (CPTPP, RCEP) sebelum ini, pasti akan dianggap memudaratkan kedaulatan negara.
Jaringan Gol Sendiri
Kesalahan pemalsuan dokumen kewarganegaraan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi mendapatkan khidmat beberapa orang pemain telah dikenakan hukuman oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Pemberian kerakyatan ‘serta-merta’ kepada tujuh orang yang kononnya mempunyai darah kacukan untuk dikategorikan sebagai pemain warisan hingga terbukti sebagai dasar penipuan adalah peristiwa malang bagi perjalanan sukan negara.

Tindakan luar batas ‘scam’ tersebut memperlihatkan satu kepincangan meruncing bahawa badan yang sepatutnya menjaga nama baik dan prestasi pengurusan sukan kegemaran rakyat sudahpun korup dan muflis kredibiliti.
FIFA tidak sekadar mengenakan denda kewangan terhadap FAM dan larangan bermain ke atas pemain tersebut sebagai balasan, malah ia juga menandakan jatuhnya reputasi negara dan mendapat malu besar di arena sukan antarabangsa.
Skandal FAM dalam ‘bending the rules’ mendedahkan apa yang telah lama dirisaukan rakyat iaitu apabila keputusan berlaku di belakang tabir untuk memperoleh kemenangan segera, maka institusi itu telah gagal menegakkan nilai integriti dan maruah kebangsaan.
Perkara ini juga membuka ruang kepada campur tangan elit melalui ‘aksi penyelamatan’ oleh individu luar berprofil tinggi. Penglibatan beliau dalam 'merevolusikan' bola sepak negara telah mengheret organisasi sukan seperti FAM untuk duduk di bawah naungan, lantas mengkaburkan batas profesionalisme.
Tindak balas terburu-buru seperti menunda siasatan dan mengatur sidang media pada 17 Oktober sebagai percubaan untuk menafikan tuduhan terhadap FAM pula telah ‘backfire’ dan mengeruhkan lagi persepsi awam bahawa ia lebih berminat untuk menutup kelemahannya dan menolak peluang bagi memperbetulkan struktur sistem.
Ini bukan lagi isu dalaman FAM dan tidak cukup hanya menuding jari terhadap beberapa orang pegawai atasan atau kakitangan teknikal. Isu ini sudah melangkaui bidang kuasa FAM dan perlu ada siasatan terperinci merentasi agensi terutamanya imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Yang mustahak sekarang ialah berlakunya proses mengenal pasti siapakah dalang dalam kerajaan yang terlibat meluluskan permohonan dan rangkaian ejen sukan yang mendapat habuan. Tindakan tegas mesti diambil apabila didapati berlaku penyelewengan bagi memastikan perkara aib sebegini tidak lagi berulang.
Turut berisiko adalah jatuhnya sokongan para peminat yang rasa dikhianati oleh sebuah institusi yang enggan menegakkan kebenaran. Pemulihan negara dan hak atlet harus bermula dengan tadbir urus jelas dan telus seperti audit forensik bebas dan sebuah jawatankuasa khas Parlimen bagi memanggil saksi dan menyemak dokumen rasmi.
Kerajaan MADANI wajib tampil sikap mengambil akauntabiliti (kebertanggungjawaban) bagi setiap isu besar, terbuka kepada konsultasi demokratik dan memberi maklumat yang difahami agar dapat mengurus fenomena 'post normal' dan keresahan awam. Ia adalah strategi untuk mengelak risiko berlaku protes rakyat atau anasir populis yang menjanjikan ‘perlindungan’.
MENGENAI PENULIS

Halmie Azrie ialah Penyelidik Kanan (Politik) di Institute of Strategic Analysis & Policy Research (INSAP) di Kuala Lumpur. Beliau berpengalaman dalam sektor perhubungan antarabangsa, kajian dasar awam dan perundingan hal ehwal kerajaan.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.