NOTA DARI KL: Jurang antara golongan terkaya dengan paling miskin di Malaysia bukan setakat perbandingan antara kumpulan etnik
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan: iStock
KUALA LUMPUR: Sekali lagi senarai 50 rakyat Malaysia terkaya Forbes mengesahkan ramalan para ahli politik Dasar Ekonomi Negara bahawa orang Cina masih menguasai dan mengawal kekayaan di Malaysia.
Kedudukan sosial ini sentiasa dijadikan sebagai 'senjata' oleh mereka yang mahu membangkitkan agenda etnik untuk 'membuktikan' bahawa orang Melayu ditindas oleh kaum lain dan orang bukan Melayu pula mencuri kekayaan yang sepatutnya menjadi hak kaum majoriti iaitu orang Melayu. Naratif ini kemudian membuka pintu kepada dasar-dasar yang lebih mengutamakan Bumiputera yang secara langsung ataupun tidak akan mendiskriminasikan sesetengah kaum atau penduduk.
Carian rambang senarai online lain bagi golongan muda dan kaya Malaysia seperti senarai Forbes 30 individu bawah usia 30 tahun dan '6 Real Life Crazy Rich Asians (Malaysia) bawah umur 30 tahun (Loanstreet.com.my) mendedahkan dapatan yang lebih bercampur-campur, dengan orang Melayu mewakili separuh daripada individu yang ditampilkan.

Sekalipun sesetengah senarai seperti ini bersifat rambang dan tidak berasas, namun penting untuk kita menarik perhatian bahawa senarai Forbes diputuskan melalui proses pencalonan. Terdapat laporan mengenai sesetengah individu mewah yang sanggup menyaman semata-mata untuk mengelakkan diri daripada dimasukkan ke dalam senarai sedemikian.
Ini bermakna terdapat ramai hartawan 'tersembunyi' yang tidak mahu kemewahan mereka digembar-gemburkan. Ahli politik dan kerabat diraja juga tidak pernah diketengahkan atas pelbagai sebab dan senarai tersebut sebaliknya lebih menumpukan perhatian kepada ahli perniagaan dan usahawan.
APAKAH GAMBARAN SEBENAR AGIHAN PENDAPATAN DAN KEKAYAAN DI MALAYSIA?
Beberapa penyelidik telah meneliti dan mengkaji evolusi kekayaan di Malaysia sejak pelancaran Dasar Ekonomi Negara, yang diwujudkan pada tahun 1971, dengan matlamat untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum (yang turut bermatlamat untuk menaikkan kedudukan Bumiputera), mewujudkan peluang pekerjaan dan merangsang pertumbuhan ekonomi secara keseluruhannya.

Para penyelidik lain pula menyifatkannya sebagai satu projek penyusunan semula sosial yang matlamat sebenarnya adalah untuk memupuk dan mencapai perpaduan nasional menyusuli rusuhan kaum pada 1969 yang menjejas teruk kewibawaan kerajaan yang memerintah ketika itu.
Seperti penganalisis lain, mereka menarik perhatian bahawa antara yang terkaya di Malaysia, golongan Bumiputera yang paling banyak meraih manfaat daripada pertumbuhan ekonomi, manakala pendapatan orang Cina pula merosot. Pilihan Raya Umum 2018 mengakibatkan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional, dengan ramai pengundi Melayu bertanggapan bahawa faedah ekonomi telah dikhaskan untuk segelintir golongan elit sahaja, sedang rasuah terus berleluasa, dan kekayaan dan pertumbuhan ekonomi negara pula tidak mengalir kepada mereka.
Tinjauan Merdeka Centre ke atas 3,141 responden pada 2010 mendapati bahawa walaupun 48% orang Melayu yang ditinjau percaya bahawa tindakan afirmatif telah membantu rakyat biasa, 45% merasakan ia hanya membantu golongan elit sahaja.
Tinjauan Indeks Negara Rahmah yang dijalankan oleh Ikram Malaysia pada 2023, iaitu persepsi awam berdasarkan tinjauan yang dijalankan ke atas 3,192 responden di seluruh negara mendapati, ‘agihan kekayaan yang saksama’ mendapat markah terendah iaitu 6.14. Tinjauan ini turut menunjukkan bahawa terdapat kepercayaan yang agak meluas tentang ketidaksamaan ekonomi di Malaysia.
ANALISIS DEMOGRAFI MALAYSIA
Dalam Tinjauan Pendapatan Isi Rumah yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2022, kemiskinan tegar merosot kepada 6.2% pada 2022 berbanding 8.2% pada 2021.

Ini bermakna bagi setiap 100 orang, 6 orang tidak mampu membeli keperluan paling asas seperti makanan. Sekalipun golongan 40% paling bawah merangkumi 16.1% daripada jumlah penduduk di Malaysia, purata pendapatan isi rumah daripada kumpulan ini adalah RM3,440 sebulan, manakala pendapatan purata isi rumah adalah RM3,401.
Tidak banyak perbezaan antara kedua-dua angka itu, tetapi statistik boleh menyembunyikan betapa teruknya keadaan sebenar. Purata pendapatan menghapuskan angka tertinggi dan terendah dan ini meratakan pendapatan secara menyeluruh.
Angka pendapatan median sebaliknya, membahagikan kumpulan itu kepada dua, dengan separuh daripadanya mempunyai pendapatan di atas angka yang disebutkan dan separuh lagi di bawah angka tersebut. Pengiraan ini tidak menunjukkan purata pendapatan garis kemiskinan ialah RM2,589 bagi setiap isi rumah sebulan. Bagi golongan miskin tegar pula, angka ini adalah RM1,198 bagi setiap isi rumah sebulan.
Laporan Kemiskinan Malaysia oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2022 menunjukkan bahawa insiden kemiskinan meningkat bagi semua kumpulan etnik; Bumiputera meningkat kepada 7.9% (7.2% pada 2019), Cina naik kepada 1.9% (1.4% pada 2019), dan India naik kepada 5.4% berbanding 4.8% pada 2019.
Kemiskinan di seluruh negara juga berbeza, dengan Sabah mencatatkan tahap tertinggi iaitu 19.7%, diikuti oleh Kelantan dengan 13.2%. Putrajaya dan Labuan mencatatkan insiden kemiskinan terendah masing-masing pada 0.1% dan 3.1%.
Bagaimanapun, paras kemiskinan di kawasan bandar meningkat daripada 3.9% kepada 4.5%. Oleh itu, pendapatan garis kemiskinan juga berbeza mengikut negeri dan wilayah.
Walaupun sudah tentu terdapat insiden kemiskinan yang lebih tinggi dalam kalangan Bumiputera, perlu diingatkan di sini bahawa kumpulan etnik ini adalah yang terbesar di Malaysia.
Statistik kemiskinan dan kekayaan perlu diteliti dengan mengambil kira pecahan demografi ini. Peratusan yang lebih besar daripada jumlah penduduk di Malaysia pasti akan mempunyai angka yang lebih besar apabila ia berkaitan dengan kiraan statistik dan angka mutlak.
MENELITI KETIDAKSAMAAN PENDAPATAN
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melaporkan bahawa golongan 20 peratus teratas mendominasi simpanan KWSP di Malaysia, manakala mereka yang berada dalam situasi yang lebih sukar mengeluarkan wang tunai mereka apabila mereka dibenarkan untuk berbuat demikian semasa pandemik, menjadikan diri mereka kurang simpanan selepas bersara kelak.
Anggaran jumlah minimum yang diperlukan dalam KWSP apabila bersara (untuk menampung keperluan asas RM2,450 sebulan) ialah RM600,000.
Cindy Yeap dari The Edge menerangkannya dengan sangat jelas dalam analisisnya tentang mengapa kumpulan etnik tertentu mempunyai simpanan yang rendah dalam KWSP berbanding kumpulan etnik yang lain.
Laporan tersebut menunjukkan terdapat ramai graduan Bumiputera dan ini tidak menghairankan memandangkan kumpulan etnik itu membentuk kaum majoriti di Malaysia. Daripada kumpulan majoriti itu, hanya 10.6% adalah pemegang ijazah. Walaupun mereka hanya membentuk 22.6% daripada jumlah penduduk secara keseluruhahannya, 22.4% daripada orang Cina adalah pemegang ijazah, manakala 18.6% daripada orang India (6.6% daripada jumlah penduduk) adalah pemegang ijazah.

Daripada jumlah Bumiputera yang bekerja, 64% tidak menamatkan Tingkatan 5. Walaupun kemahiran yang lebih tinggi sepatutnya diterjemahkan kepada gaji yang lebih tinggi, Cik Yeap menarik perhatian kepada 15.2% daripada Bumiputera yang bekerja di kawasan luar bandar menjalankan 'pekerjaan asas', manakala 19.8% dalam bidang pertanian, perhutanan, penternakan dan perikanan. 21.4% Bumiputera luar bandar bekerja dalam bidang perkhidmatan dan penjualan.
Bentuk pekerjaan ini tidak semestinya menjana pendapatan tertinggi. Terdapat juga jurang gaji antara gaji bekerja di luar bandar dan dalam bandar, dengan separuh daripada pekerja luar bandar berpendapatan kurang daripada RM1,520 sebulan (pada 2021) berbanding RM2,438 untuk pekerja bandar.
Kesemua faktor ini jika digabungkan menjelaskan mengapa Bumiputera mempunyai simpanan yang rendah dalam KWSP dan mereka kelihatan seperti berada dalam kedudukan yang kurang bernasib baik jika dibandingkan dengan kumpulan etnik minoriti.
Sekali lagi, semua ini adalah maklumat yang berguna bagi mereka yang ingin menjadikan maklumat sedemikian sebagai 'senjata' untuk membangkitkan agenda bersifat etnik.
Cik Yeap juga menarik perhatian bahawa pada 2019, Bumiputera membentuk 53.5% daripada 1.72 juta isi rumah yang memperoleh pendapatan kasar lebih RM10,000 sebulan. Daripada mereka yang berpendapatan lebih RM15,000 sebulan, 47.5% adalah Bumiputera berbanding 43.5% orang Cina dan 9% orang India.
Sebaliknya, daripada 1.3 juta isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan, 71.6% adalah Bumiputera, 18.8% adalah orang Cina dan 7.4% adalah orang India.
Apa yang ditunjukkan oleh perangkaan ini ialah Bumiputera, sebahagiannya disebabkan oleh status mereka sebagai kaum majoriti di Malaysia, membentuk kumpulan majoriti di kedua-dua spektrum ekonomi. Lantaran itu, tidak wajar untuk kita membuat andaian bahawa kekayaan ekonomi Malaysia hanya terletak di tangan orang bukan Melayu.
Ia juga penting untuk kita menarik perhatian kepada perbelanjaan yang diperlukan untuk hidup dengan selesa di Malaysia. Walaupun laporan NASDAQ mendakwa bahawa Malaysia adalah tempat yang sesuai untuk bersara kerana RM9,000 sebulan sudah cukup untuk hidup dengan selesa, laporan-laporan media lain menunjukkan bahawa realitinya lebih RM10,000-12,000 diperlukan setiap bulan oleh keluarga (dengan sedikit wang diketepikan untuk simpanan) untuk hidup selesa di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Laporan Bank Dunia pada 2023 menyatakan bahawa walaupun kadar pengangguran di Malaysia merosot sebanyak 3.5% secara keseluruhannya dan penyertaan tenaga buruh meningkat, pengangguran yang berkaitan dengan kemahiran kekal tinggi, terutamanya bagi graduan pengajian tinggi dan wanita.
Menurut laporan awal tahun ini oleh Jabatan Perangkaan Malaysia yang menukil perangkaan dari Disember 2023, jumlah belia yang bekerja (berumur 15 hingga 24 tahun) berada pada paras 10.6%, manakala kumpulan usia 15 hingga 30 tahun yang lebih luas, merekodkan pengangguran sebanyak 6.4%. Belia juga menghadapi cabaran dan kesukaran lain seperti gaji permulaan yang rendah, dengan banyak laporan media menyerlahkan kes-kes graduan yang tidak berupaya mencari pekerjaan dengan gaji lebih daripada RM2,000 sebulan.
Laporan Bank Dunia itu juga menyatakan bahawa penurunan dalam Indeks Gini (ukuran ketidaksamaan pengagihan pendapatan) sebanyak 6.4 mata pada 2022 sebahagian besarnya disebabkan oleh perbelanjaan barangan (subsidi) untuk kesihatan dan pendidikan.
Ini bermakna peningkatan dalam statistik ini tidak semestinya datang daripada peningkatan keseluruhan dari segi pendapatan.
Laporan itu juga menyatakan bahawa 78% daripada penduduk di Malaysia menerima bantuan sosial, walaupun ia menarik perhatian bahawa sebahagian daripada penerima tersebut adalah daripada kategori bukan miskin, dan tidak semua demografi mendapat manfaat daripada pemulihan ekonomi pascapandemik dan bantuan yang disasarkan.
Hakikatnya, perjalanan Malaysia masih jauh untuk memastikan terdapat kesaksamaan ekonomi antara kumpulan-kumpulan etnik dan bagi setiap rakyat Malaysia.
Jurang antara golongan yang sangat kaya dengan golongan yang sangat miskin juga semakin ketara dan melebar.
Walaupun kerajaan akan membuat analisis yang lebih menyeluruh berdasarkan 'disposable income' (iaitu baki pendapatan untuk kegunaan dan simpanan peribadi setelah ditolak cukai dan perbelanjaan lain) dan beralih daripada kumpulan T20/M40/B40 untuk pengagihan bantuan yang lebih bersasar dan berkesan, ramai masih kurang yakin terhadap sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang telah dibangunkan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Kerajaan Malaysia bukan sahaja perlu merapatkan jurang dari segi ekonomi, ia juga perlu berusaha lebih gigih untuk mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan selepas lebih sedekad negara itu dibelenggu ketidakstabilan politik.
MENGENAI PENULIS

Dr Serina Rahman adalah Pensyarah di Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Zamil Bersekutu di Institut ISEAS-Yusof Ishak.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.