NOTA DARI KL: Dari Urusan Bazar Ke Politik Identiti
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Kerajaan MADANI semakin kerap dipuji kerana memulihkan kestabilan politik dan membawa fokus kembali kepada soal tadbir urus negara. Walaupun prestasi Ringgit dilihat baik, bulan Ramadan kali ini, menurut Halmie Azrie, menjadi medan di mana dasar kerajaan diuji bukan hanya dari sudut ekonomi tetapi juga politik.
Ramadan di Kuala Lumpur pada tahun 2026 bukan lagi sekadar tentang juadah berbuka dan keinsafan beramal ibadah seperti solat tarawih. Kini, ia telah berkembang menjadi kompleks dengan mempertemukan tiga lapisan isu politik secara serentak iaitu - politik kebajikan rakyat, politik peringkat bandar dan politik identiti nasional.
Dalam tempoh beberapa minggu sahaja, pelbagai perkara telahpun berlaku dan bertindih antara satu sama lain. Ia menimbulkan persoalan tentang setakat mana Kerajaan MADANI benar-benar mampu mengurus realiti kos sara hidup dan sejauh mana ia masih terperangkap dalam pertarungan persepsi serta sentimen identiti?
Kepentingan Bantuan Perayaan
Pentadbiran PM Anwar sudah mula mengagihkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 dan meneruskan dasar Sumbangan Asas Rahmah (SARA), mengambil kira persiapan menyambut Ramadan dan Tahun Baharu Cina. Ia melibatkan hampir 22 juta rakyat dan dirangka untuk mengatasi tekanan sebelum tibanya bulan Syawal.
Jangkaan pengumuman dividen bagi instrumen pelaburan dan simpanan seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Tabung Haji (TH) turut dinanti-nantikan oleh rakyat. Suntikan tunai sebegini memberi kelegaan segera kepada isi rumah, khususnya kelas pertengahan dan golongan rentan.

Ketika tumpuan perlu diimbangi antara beban kegiatan ekonomi harian dan menjalankan amalan kerohanian masing-masing, kepekaan Kerajaan MADANI terhadap aliran tunai warga kota membawa mesej jelas. Insentif kewangan mampu menjadi kaedah untuk meraih sokongan dan mempengaruhi sentimen bakal pengundi.
Dalam suasana perselisihan sesama ahli politik dan permulaan ketidaktentuan landskap kuasa, langkah politik kebajikan ini juga berfungsi sebagai alat untuk meredakan keresahan awam.
Persoalannya bukan sama ada bantuan itu wajar. Ia sememangnya diperlukan, tetapi sama ada ia bersifat dasar yang berstruktur atau populariti bermusim.
Menghitung Nasib Penjaja
Tidak jauh dari perbincangan politik kebajikan, satu lagi perkara dasar mula mencuri tumpuan, iaitu kemungkinan kembalinya pilihan raya untuk jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan reformasi pihak berkuasa tempatan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Proses ini penting kerana melibatkan lesen operasi Bazar Ramadan.

Bazar Ramadan adalah nadi ekonomi tidak formal di ibu kota. Ia satu platform mobiliti sosial dan ruang rezeki buat peniaga kecil dan sederhana untuk menyara keluarga yang bergantung kepada pendapatan musiman. Namun tahun ini, ekosistem bazar berubah wajah. Masalah harga mahal berbanding kualiti makanan terus jadi kritikan awam.
Sebagai langkah awal, Kerajaan MADANI telah memperluaskan inisiatif Jualan Rahmah MADANI ke hampir 1,900 lokasi, kira-kira 116 daripadanya adalah berkonsepkan Bazar Ramadan Rahmah dan menggerakkan lebih 2,400 pegawai penguat kuasa untuk memantau keadaan bazar dan pematuhan tanda harga.
Walaupun pelanggan masih berbelanja, persepsi bahawa harga meningkat tanpa peningkatan mutu turut membina naratif negatif terhadap kerajaan. Masalah lain seperti kebergantungan sektor tidak formal kepada tenaga kerja asing juga menyebabkan pihak imigresen menahan warga asing tanpa permit di beberapa bazar.

Selain itu, trend kemunculan beberapa syarikat makanan berjenama di bazar-bazar terpilih turut mencetuskan perdebatan. Ada yang menyambut baik tetapi ramai melihat kehadiran pemain-pemain kapitalis besar bererti persaingan tidak lagi seimbang dari segi modal, pemasaran dan skala harga. Akhirnya, peniaga kecil berasa ‘marginalized’ (terpinggir).
Realitinya, bazar sering dipenuhi naratif yang berbeza-beza. Sedang sebahagian peniaga meraikan keuntungan semasa Ramadan, yang lain merungut tentang margin pendapatan yang tipis dan kos bahan mentah mahal.
Ada juga suara-suara yang mahukan perkembangan bazar disertai kuota atau dasar lebih inklusif untuk menyokong peniaga berpendapatan rendah.
Amalan Demokrasi Tempatan
Pelbagai cabaran dihadapi oleh Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu, Hannah Yeoh, menyusuli rombakan kabinet tahun lalu. DBKL sebagai sebuah agensi di bawah bidang kuasa portfolionya, membuat keputusan mengehadkan sewa tapak bazar di ibu kota kepada RM400 dan mengambil tindakan terhadap ejen perantara.

DBKL turut berjanji untuk memperkukuh SOP tadbir urusnya dalam masa terdekat. Ini antara usaha baik membendung ‘rent-seeking’ dalam sistem pemberian tapak. Janji-janji ini diumumkan pada saat kredibiliti pentadbiran bandar menjadi tumpuan.
Di sebalik semua itu, sidang media oleh Hannah bersama DBKL pada 2 Februari lalu menjadi kontroversi berikutan pengumuman mengenai kajian yang sedang dilakukan oleh sebuah universiti tempatan tentang cadangan memperkenalkan semula Pilihan Raya Kuala Lumpur setelah digantung sejak tahun 1965.
Sebelum ini, laporan dari Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen telah mengesyorkan reformasi menyeluruh ke atas pihak berkuasa tempatan khususnya DBKL. Ia berpunca daripada kebimbangan terhadap pengurusan kewangan, pelupusan tanah awam dan ketelusan dalam kelulusan projek.
Belanjawan tahunan DBKL mencecah berbilion ringgit, selain memiliki kuasa luas dalam kelulusan lesen perniagaan, perancangan bandar, pengurusan kebersihan, penggunaan tanah dan pembangunan hartanah. Tetapi, pentadbiran tertinggi DBKL seperti Datuk Bandar dan ahli-ahli majlis tidak dipilih rakyat malah dilantik pihak eksekutif sejak 60 tahun lalu.
Menyusuli laporan PAC, sekumpulan Ahli Parlimen Kuala Lumpur mengemukakan Rang Undang-Undang Persendirian (Private Member’s Bill) pada November 2025.
Mereka mencadangkan pembaharuan struktur tadbir urus DBKL, termasuklah idea melibatkan wakil rakyat dalam soal pelantikan atau pemantauan ahli-ahli majlis DBKL.
Dalam erti kata lain, perbahasan mengenai menghidupkan semula sistem pilihan raya bagi kerajaan tempatan bukanlah wacana baharu dalam politik arus perdana Malaysia. Ia lahir daripada kegagalan tadbir urus sedia ada.
Agenda demokrasi tempatan ini menjadi ‘litmus test’ kepada Kerajaan MADANI untuk memperluaskan ruang rakyat ibu kota dalam menyempurnakan hak demokratik dan terlibat sama dalam membuat keputusan terhadap kehidupan harian mereka. Ini sekali gus menyentuh isu representasi, akauntabiliti dan penyampaian perkhidmatan.
Risiko Sensitiviti Perkauman
Kajian pilihan raya di Kuala Lumpur menerima tentangan daripada beberapa pihak yang melihatnya sebagai isu sensitif. Ada yang berhujah bahawa Pilihan Raya Datuk Bandar boleh menimbulkan penguasaan kelompok kongsi gelap, tersisihnya kaum Melayu warga kota dan komplikasi pentadbiran bandar dengan Kerajaan Persekutuan.
Tidak mengejutkan apabila pemimpin parti-parti Melayu tampil paling lantang menyuarakan kebimbangan. Naratif utama mereka berpaksikan sejarah dan demografi iaitu bandar-bandar besar di Semenanjung secara tradisinya ialah kubu bukan Melayu. Maka pilihan raya tempatan dikhuatiri akan “menghakis kepentingan Melayu” dan hanya menjalankan agenda kepentingan parti-parti Cina.
Walaupun hujah ini boleh dipertikaikan, lebih-lebih lagi apabila data menunjukkan komposisi Bumiputera di Kuala Lumpur hampir seimbang, ia tetap berfungsi sebagai alat penyatuan dan mobilisasi politik yang berkesan.

Ironinya, sikap ini mengabaikan hakikat bahawa pilihan raya di Kuala Lumpur mampu memperkukuh penglibatan akar umbi, termasuk komuniti Melayu bandar yang semakin terpinggir oleh kos sara hidup dan perancangan bandar elitis.
Perasaan tidak senang berasaskan ketakutan ini mencerminkan realiti di Malaysia di mana sebarang perubahan struktur kuasa dan usaha reformasi institusi sering tergendala oleh politik identiti. Contohnya, kontroversi tentang keabsahan tapak-tapak kuil sekitar Lembah Klang jadi polemik di media sosial sebelum bulan Ramadan.
Kemudian, rampasan peralatan ‘street dakwah’ oleh pihak DBKL kerana kesalahan undang-undang melibatkan entiti tertentu yang bernaung dengan penceramah agama terkenal, menambahkan ketegangan dan cuba dijadikan isu perkauman oleh beberapa Ahli Parlimen dari blok pembangkang.
Lebih malang, baru-baru ini berlakunya dua insiden menghina Islam. Pertama adalah video yang dimuat naik memaparkan seorang gadis mempersendkan agama dengan makan dan minum secara terbuka. Kedua adalah video seorang mahasiswa tempatan yang bertindak biadap dengan memijak al-Quran.

Semua ini bertindih dengan isu pemberian bantuan kerajaan, harga tidak berpatutan di bazar-bazar dan cadangan kembalinya pilihan raya tempatan di bawah teraju seorang Menteri berbangsa Cina. Ramadan, yang sepatutnya menjadi ruang untuk menenangkan jiwa telah mengalami pelbagai ledakan emosi dan perbualan panas.
Kerajaan MADANI berdepan kesukaran untuk mempertimbangkan - adakah menunaikan hasrat reformasi institusi yang selari dengan manifesto mereka atau berpotensi mencetuskan ketidakstabilan polarisasi kaum?
Sudah pasti, isu-isu sebegini bakal menjadi bahan ‘permainan’ menuju Pilihan Raya Negeri (PRN) terdekat seperti Melaka, Sarawak dan Johor, serta Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kelak.
MENGENAI PENULIS

Halmie Azrie ialah Penyelidik Kanan (Politik) di Institute of Strategic Analysis & Policy Research (INSAP) di Kuala Lumpur. Beliau berpengalaman dalam sektor perhubungan antarabangsa, kajian dasar awam dan perundingan hal ehwal kerajaan.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.