NOTA DARI KL: Bukan ayam atau telur tapi makanan ayam! Kesan kekurangan ayam pada rakyat M’sia
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Vincent Thian/AP)
BERITAmediacorp: Pada hujung 2021, rakyat Malaysia mula merungut tentang harga ayam yang semakin mahal sehingga mencecah RM10 sekilogram. Pada Januari 2022, restoran, kafe dan penjaja di jalanan berebut-rebut untuk mencari bekalan ayam yang mencukupi pada harga yang berpatutan.
Ini meskipun harga maksimum RM9.10 sekilo dikuatkuasakan pada 7 Disember 2021. Harga siling itu lebih tinggi berbanding harga maksimum sebelum ini, iaitu RM8.90 dan menjejas teruk keuntungan para penjaja kecil-kecilan.
Ayam adalah antara bahan asas dalam pemakanan harian kebanyakan penduduk Malaysia. Pada 2020, secara purata, seseorang rakyat Malaysia dilaporkan memakan 47.4 kilogram ayam dan 20.7 kilogram telur ayam atau itik. Menjelang April 2022, bekalan ayam di seluruh negara menguncup 15 peratus.

Di kawasan-kawasan luar bandar, terutamanya di kawasan-kawasan pantai, ayam dan daging lembu merupakan hidangan mewah yang hanya mampu diperoleh sekiranya sesebuah keluarga mendapat durian runtuh atau dihidangkan hanya pada musim perayaan ketika haiwan dan ayam ternakan di halaman rumah disembelih sempena perayaan berkenaan.
Lantaran itu, kekurangan bekalan ayam tidak menjejas teruk warung-warung di kampung yang jarang menyajikan hidangan ayam. Kebanyakan daripada mereka terus menyajikan ikan tangkapan yang murah seperti ikan kembung, ikan cencaru dan ikan selar.

Di kawasan-kawasan bandar pula, ayam adalah bahan asas dalam pemakanan kerana ikan lebih sukar diperolehi. Dan bagi golongan paling miskin, telur merupakan satu-satunya sumber protein.
Pada kemuncak gangguan bekalan ayam, apabila harga pasaran sering kali melepasi harga siling, telur juga tidak boleh didapatkan di pasar raya. Golongan miskin yang menetap di kawasan bandar adalah yang paling teruk terjejas kerana mereka tidak mempunyai kemudahan seperti reban ayam di halaman rumah atau peluang untuk mendapatkan sumber protein lain di hutan-hutan berhampiran.
Ini mendatangkan kesusahan bagi mereka yang sudah biasa dengan hidangan nasi, telur goreng dan kicap manis. Para pegerai kecil-kecilan yang menjimatkan kos dengan membeli dulang-dulang telur, berdepan dengan rak-rak kosong di pasar-pasar raya besar. Tidak mudah untuk mendapatkan bekalan daripada para pemborong telur di kawasan bandar.
Sesetengah cawangan pasar raya besar menghadkan pembelian kepada satu atau dua ekor ayam pada satu-satu masa, manakala cawangan-cawangan lain hanya membenarkan penjualan jika seseorang pelanggan membeli lebih daripada tujuh ekor pada satu-satu masa (misalnya untuk jamuan keluarga atau berniaga).

Jumlah itu terlalu banyak bagi para pegerai kecil-kecilan, lebih-lebih lagi jika mereka tidak mempunyai peti penyejuk beku yang cukup besar dan tidak berpatutan bagi mereka untuk membeli bahagian-bahagian ayam.
Menurut laporan-laporan di media sosial, sebilangan restoran makanan segera yang menawarkan ayam sebagai hidangan utama terpaksa ditutup akibat kekurangan bekalan ayam dan beberapa kafe juga tidak lagi menjual hidangan ayam.
Sebahagian besar daripada kedai-kedai makan terpaksa menaikkan harga untuk menampung kenaikan kos. Catatan-catatan yang mengadu tentang bahagian ayam yang semakin kecil mendakwa sesetengah peniaga cuba mengekalkan harga dengan mengecilkan saiz hidangan.
TEORI DI SEBALIK PUNCA KEKURANGAN
Menurut spekulasi awal, kenaikan harga itu dihubungkaitkan dengan masalah bekalan makanan global yang bersangkut paut dengan perang di Ukraine.
Sekatan ke atas import ayam juga dianggap sebagai salah satu punca.
Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin, berkata langkah memberikan permit kelulusan kepada para peruncit besar atau memansuhkannya sama sekali boleh membantu menurunkan harga ayam memandangkan para peruncit besar berupaya untuk mengimport ayam secara borong dan mempunyai kemudahan penyimpanan sedia ada. Beliau menggesa agar pengeluaran permit kelulusan dijalankan dengan lebih telus.

Namun ada perbezaan yang sering dipandang enteng antara bekalan ayam beku dengan ayam hidup.
Para ahli ekonomi yang ditukil dalam laporan-laporan media menyebut tentang kehadiran kartel-kartel yang menguasai para pengusaha kecil dan sederhana yang menternak ayam dan sekali gus menetapkan harga bagi para pembekal dan peruncit. Mereka juga didakwa sengaja menghadkan bekalan untuk memaksa kenaikan harga runcit.
Sesetengah pengamat lain pula berpendapat aturan kartel sedemikian tidak wujud, tetapi Malaysia mempunyai oligopoli pengeluar ayam yang memonopoli dan menguasai pasaran dan lantaran itu, lebih berpengaruh dalam menentukan bekalan dan harga.
RESPONS TERHADAP KRISIS
Para ahli politik dan penggubal dasar di negara ini memberikan respons terhadap krisis itu melalui pelbagai cara. Meskipun dikatakan sebagai ‘dipetik di luar konteks', Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka Noreena Jaafar mencadangkan para pengguna agar mengurangkan pemakanan telur.

Ini tidak membantu golongan fakir miskin yang tidak mempunyai sumber protein lain.
Seorang lagi ahli politik mengesyorkan agar orang ramai menternak ayam (dan haiwan-haiwan ternakan lain) di rumah untuk menyelesaikan masalah kekurangan makanan - idea yang tidak mungkin dilaksanakan bagi para penduduk yang menetap di pangsapuri mampu milik di kawasan bandar.
Pada Jun 2022, eksport ayam ke Singapura dilarang untuk menambah bekalan tempatan dan memperkukuh jaminan bekalan makanan. Sudah banyak ulasan diterbitkan berhubung kesan keputusan itu ke atas rakyat Singapura tetapi pada hakikatnya, manfaatnya tidak begitu kelihatan di peringkat akar umbi di Malaysia.
Sebaliknya, ia hanya menambah ketidaktentuan dari segi penakatan jangka panjang para pembekal ayam dan telur yang berpangkalan di Johor, sedang Singapura dan Indonesia memeterai perjanjian dengan pantas untuk membekalkan ayam beku ke Singapura. Ia disusuli dengan pengumuman mengenai pembinaan ladang-ladang ayam di Batam untuk membekalkan ayam segar kepada Singapura.

Sedang ekonomi Johor dan Malaysia secara amnya beransur pulih selepas sekian lama terganggu dek COVID-19, ia merupakan khabar buruk kepada para penternak ayam di Johor dan sekali gus menambah kebimbangan tentang ketidaktentuan ekonomi negara.
Berita penumbangan sistem kewangan Sri Lanka juga mencetuskan kebimbangan yang tidak berasas namun berleluasa sekiranya Malaysia mungkin mengikut haluan serupa. Krisis ayam dan telur dipandang sesetengah pihak sebagai kelemahan yang bakal melenyapkan khayalan seolah-olah ekonomi Malaysia sedang menjalani pemulihan pasca COVID.
MENYASAR PUNCA SEBENAR
Kelihatan tiada langkah ketara diambil untuk menangani masalah tersebut pada puncanya. Sedang ahli politik dari kedua-dua belah pihak (kerajaan dan pembangkang) bertegang urat berhubung subsidi, harga siling dan lesen mengimport ayam beku, tumpuannya sepatutnya dialihkan kepada sebab-sebab mengapa para penternak ayam hidup tidak mempunyai sebarang pilihan kecuali untuk menaikkan harga.
Memandangkan bahan makanan ayam membentuk 70% kos penghasilan para penternak ayam, mereka terjejas teruk oleh nilai mata wang melemah yang memacu harga bahan makanan yang diperdagangkan dalam mata wang Dolar Amerika.
Penguncupan bekalan bahan makanan sejagat disebabkan oleh perang Rusia-Ukraine diburukkan lagi oleh larangan eksport oleh India akibat gelombang haba kebelakangan ini. Ia mendorong lagi lonjakan harga.
Gelombang-gelombang haba di Malaysia juga menjejas para penternak ayam kerana haiwan ternakan mereka mempunyai tahap kesihatan yang lemah dan kadar pertumbuhan rendah. Lebih banyak belanja dikeluarkan untuk menyamankan udara agar menjadi lebih sejuk atau panas, bergantung kepada keadaan cuaca yang berubah-ubah.
Para penternak ayam juga berdepan dengan lebih banyak jenis penyakit yang menyebabkan kematian.
Kebanyakan ladang ternakan ayam bergantung kepada tenaga kerja hijrahan. Kebanyakan daripada mereka pulang ke tanah air sepanjang tempoh sekatan-sekatan COVID-19. Namun sejajar dengan pembukaan semula sempadan, para penternak lebih kecil tidak dapat mengambil semula pekerja kerana tidak mampu menampung kenaikan gaji sebanyak 25 peratus.
Kesemua faktor itu memaksa sebilangan penternak kecil dan sederhana menggulung tikar dan memburukkan lagi kekurangan bekalan ayam hidup.
Huraian-huraian di peringkat negara serta azam politik diperlukan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi industri penternakan ayam. Ia akan mengambil masa dan memerlukan dana untuk menyokong pendakapan teknologi-teknologi baru untuk menangani masalah yang tercetus dek perubahan iklim atau menokok bekalan bahan makanan ayam tempatan.
Perlu diakui bahawa sektor itu mendatangkan kesan mendalam kepada penyaraan hidup dan penakatan ramai penduduk – lebih-lebih lagi memandangkan telur merupakan bahan makanan asas bagi golongan fakir miskin.

Krisis ayam dan telur bukan saja merupakan isu besar yang menjejas jaminan bekalan makanan tempatan. Ia juga membangkitkan keprihatinan tentang daya maju ekonomi jangka panjang Malaysia, lebih-lebih lagi bagi para pengeluar dan pengeksport di Johor.

MENGENAI PENULIS:
Dr Serina Rahman adalah Zamil Pelawat di Institut ISEAS-Yusof Ishak, Singapura. Beliau menulis tentang kehidupan di kawasan-kawasan luar bandar dan golongan miskin yang menetap di kawasan-kawasan bandar di Malaysia. Bidang penyelidikannya termasuk pembangunan tidak mampan, masyarakat-masyarakat yang menetap di habitat marin dan ekologi politik.

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.