NOTA DARI KL: Apakah langkah UMNO seterusnya lewati Najib Razak?
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Bernama)
BERITAmediacorp: Awan gelap yang menyelimuti langit Kuala Lumpur pada pagi Isnin (22 Ogos) mencerminkan kegusaran parti terbesar di Malaysia, UMNO, sedang perbicaraan mantan presiden parti itu dan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak tiba pada kemuncaknya.
Di ibu pejabat parti yang terletak di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, 54 ketua bahagian, yang kemudian disertai oleh 20 ketua bahagian yang lain, berhimpun dalam satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan hala tuju parti, barisan pemimpinnya, dan persiapan untuk pilihan raya umum.
Menurut laporan-laporan menyusuli mesyuarat itu, sebilangan pemimpin berkenaan kemudian menuju ke Putrajaya untuk bertemu dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam hari-hari yang akan datang, perkara-perkara yang dibincangkan dan dihuraikan itu akan menjadi lebih jelas tetapi buat masa ini, laporan-laporan atau desas-desus yang tersebar berkisar dengan tekanan ke atas PM Ismail Sabri untuk campur tangan dalam kes mahkamah Datuk Seri Najib, iaitu dengan meminta penangguhan beberapa bulan lagi untuk memenuhi permintaan seterusnya - agar PM Ismail Sabri membubarkan Parlimen secepat mungkin supaya pilihan raya dapat diadakan sebelum hujung tahun ini.
Spekulasi sedemikian ditolak oleh Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan serta PM Ismail Sabri, meskipun ada anggota-anggota lain yang mengatakan sebaliknya.
ULANG TAHUN PERTAMA PENTADBIRAN ISMAIL SABRI
Hari tersebut juga menandakan ulang tahun pertama pentadbiran PM Ismail Sabri, yang sekali gus merupakan perdana menteri UMNO pertama mengambil alih jawatan tertinggi itu daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin dari parti rakan sekutu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, dalam gabungan Perikatan Nasional.
Perkembangan baru-baru ini merupakan sesuatu yang ganjil bagi UMNO kerana ia kelihatan bertambah kukuh menyusuli kemenangan besar dalam pilihan raya negeri Melaka dan Johor. UMNO kembali berkuasa di kedua-dua negeri dengan majoriti besar.

Namun desakan pucuk pimpinan parti agar pilihan raya umum diadakan lebih awal membayangkan bahawa UMNO seolah-olah berada di penghujung hayatnya, baik dari segi prestasi parti yang boleh dijangkakan dalam pilihan raya umum akan datang, mahupun kedudukan pemimpin-pemimpin sekarang seperti Ahmad Zahid Hamidi dan lain-lain yang sedang dibicarakan di mahkamah.
Ramai anggota parti mungkin menganggap satu-satunya cara untuk menyelesaikan segala masalah yang membelenggu parti itu adalah dengan kembali menguasai kerajaan sepenuhnya tanpa berkongsi kuasa dengan parti lain. Lantaran itu, sesetengah anggota mendesak agar pilihan raya umum diadakan sebelum pembangkang mampu berpadu tenaga.
Keputusan kes mahkamah Datuk Seri Najib merupakan peristiwa penting dalam politik Malaysia. Kuasa yang tertumpu dalam tangan penjawat eksekutif itu buat bertahun-tahun lamanya mewujudkan tanggapan seolah-olah pemimpin-pemimpin tertinggi negara itu tidak dapat dipertanggungjawabkan. Namun kes Datuk Seri Najib menunjukkan kuasa eksekutif itu memang ada batasnya.

Meskipun terdapat rakyat Malaysia yang masih menyanjungi Datuk Seri Najib, para pengundi muda akan bertindak dalam persekitaran politik di mana, tidak mengira betapa tinggi dan hebat pendirian seseorang ahli politik, mereka dapat mempertanggungjawabkan tokoh-tokoh berkenaan dan perilaku mereka sewaktu memegang tampuk kepimpinan.
MASA DEPAN UMNO BERKAIT RAPAT DENGAN NAJIB & AHMAD ZAHID?
Namun perkembangan terkini dalam parti menimbulkan beberapa soalan - adakah nasib dan masa depan UMNO semestinya berkait rapat dengan Datuk Seri Najib, dan seterusnya, Datuk Seri Ahmad Zahid? Para penyokong kedua-dua pemimpin itu mendakwa UMNO sepatutnya melindungi pemimpin-pemimpinnya. Soalannya, dalam keadaan bagaimana dan apakah padah yang perlu ditanggung?
Sejak 2004, peratusan undi popular yang diraih oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) di peringkat nasional kian menyusut dari 63.9% pada 2004 kepada 47.4% pada 2013 dan kemudian 33.8% pada 2018.
Kemenangan UMNO di Melaka dan Johor berlatarbelakangkan kemerosotan itu.
Dengan penambahan hampir enam juta pengundi, undi popular UMNO dan BN mungkin menyusut lagi kerana para pengundi belia Melayu kurang cenderung menyokong parti itu - hampir separuh daripada mereka lebih cenderung mengundi Perikatan Nasional.
Sekiranya PM Ismail Sabri memutuskan untuk mengadakan pilihan raya lebih awal, parti itu mungkin dapat mencatat kemenangan, sungguhpun dengan bantuan rakan-rakan gabungan dari Borneo. Tetapi ia kekal sebagai parti yang sama - dipimpin oleh barisan pemimpin yang menerajui BN semasa kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum 2018 dengan didorong oleh perbalahan dalam kalangan parti-parti pembangkang serta peratusan undi Melayu yang merosot.
STIGMA & SKANDAL MENYUKARKAN USAHA MEMBINA KEYAKINAN PENGUNDI
Yang lebih penting lagi, ia akan melanjutkan stigma pemimpin yang terpalit dengan skandal dan ini akan menyukarkan usaha mendampingi dan membina keyakinan para pengundi serta pihak-pihak berkepentingan lain di peringkat negara.
Sekiranya kemungkinan itu menjadi nyata, peluang untuk mendatangkan perubahan seperti mengukuhkan pengasingan bidang kuasa, dan meraih keyakinan rakyat akan bertambah sempit. Keadaan mungkin kembali seperti dahulu kala.
Kemungkinan serupa juga akan menjadi nyata sekiranya parti itu memutuskan untuk mempertikaikan keputusan mahkamah dan menggembleng sokongan awam untuk menegakkan dakwaan-dakwaan ketidakadilan terhadap Datuk Seri Najib.

Langkah itu mungkin memikat sesetengah penyokong tegar tetapi ia akan menjauhkan parti itu daripada arus perdana rakyat Malaysia dan UMNO akan menanggung padahnya dalam pilihan raya akan datang.
Ini tidak semestinya berlaku. UMNO terbukti mempunyai daya bingkas dalam mengharungi perbalahan dalaman serta cabaran dari luar. Parti itu masih meraih sokongan kukuh dalam kalangan pengundi luar bandar. Namun untuk kekal relevan, ia juga perlu memperluaskan golongan-golongan penyokongnya agar ia turut meliputi belia Malaysia yang bakal mengundi buat julung-julung kalinya.
Parti itu terpaksa menangani skandal membabitkan pemimpin-pemimpin terdahulu sedang ia mengatur langkah melewati kes Datuk Seri Najib.
PELUANG MEMBUKA LEMBARAN BARU
Kesimpulan perbicaraan SRC International terhadap Datuk Seri Najib mewujudkan peluang kepada parti itu untuk membuka lembaran baru.
Daya usaha pembangkang untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib ternyata membuahkan hasil namun mereka tidak seharusnya setakat berpeluk tubuh. Dengan penyingkiran Datuk Seri Najib dari persada politik, parti-parti pembangkang kehilangan musuh ketat dan topik perbualan ketika berkempen.
Gaya kepimpinan PM Ismail Sabri yang ibarat diam-diam ubi berisi dan bersahaja, yang mampu mengurus tuntutan parti dan gabungannya tidak sepatutnya dipandang enteng. Perhatian akan tertumpu kepada tindak-tanduk PM Ismail Sabri serta usahanya untuk membina semula imej parti dalam bulan-bulan akan datang.
Keutamaan UMNO adalah untuk mengemukakan calon yang mampu menambat hati pengundi, dan yang lebih penting lagi, untuk mengorak langkah ke depan melewati personaliti-personaliti yang mencemarkan kewibawaan parti dan melumpuhkan parti itu dalam memperluaskan sokongan.
UMNO tewas dalam pilihan raya umum 2018 kerana ia tidak mampu mengundurkan pemimpin-pemimpin bermasalah; ia tidak boleh mengulangi kesilapan yang sama.

MENGENAI PENULIS:
Ibrahim Suffian adalah Pengarah Program firma penyelidikan pendapat Merdeka Center.

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.