NOTA DARI JAKARTA: Whoosh Indonesia: Jimat Waktu, Berat Di Ongkos
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Pada pagi 2 Oktober 2023, rakyat Indonesia menyaksikan satu detik yang seakan membawa mereka ke masa hadapan: sebuah kereta api laju berwarna merah putih berkilau meluncur dari Stesen Halim di Jakarta Timur menuju Bandung dengan kelajuan mencecah 350 kilometer sejam.
Di sebalik kaca tingkapnya, penumpang pertama, Presiden Indonesia ke-7 Joko Widodo, kelihatan tersenyum bahagia.
“Kereta api laju ini dinamakan Whoosh. Nama ini diinspirasikan daripada bunyi desiran ketika ia meluncur pada kelajuan tinggi, dan juga merupakan singkatan bagi Waktu Hemat Operasi Optimal, Sistem Handal (yang bermaksud penjimatan masa, operasi optimum dan sistem yang boleh dipercayai),” kata Jokowi kepada media semasa pelancaran kereta api laju Whoosh itu.

Bagi ramai orang, pelancaran Whoosh menjadi lambang kebanggaan nasional. Indonesia kini muncul sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang memiliki kereta api laju. Ia melambangkan cita-cita besar untuk meninggalkan imej negara membangun dan melangkah ke era mobiliti moden.
Namun di sebalik kilauan kelajuan itu, projek ini menyimpan kisah panjang tentang politik, hasrat besar dan harga mahal yang terpaksa dibayar demi sebuah impian untuk menjadi negara moden.
Asal Usul Whoosh: Dari Rencana SBY ke Pelaksanaan Jokowi
Kisah Whoosh sebenarnya tidak bermula pada era Jokowi, tetapi sewaktu kepimpinan Presiden ke-6, Susilo Bambang Yudhoyono atau SBY.
Sekitar tahun 2008, Badan Perancangan Pembangunan Nasional (Bappenas) bersama Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) menjalankan kajian kebolehlaksanaan projek kereta api separa laju Jakarta–Surabaya.
Hasilnya menunjukkan kos pembinaan dianggarkan mencecah sekitar Rp100 trilion, angka yang terlalu besar untuk ditanggung pada ketika itu. Oleh itu, skop projek dikecilkan kepada laluan Jakarta–Bandung sepanjang 150 kilometer.
Sebagai perbandingan, jarak antara Jakarta dan Surabaya ialah sekitar 748 kilometer, iaitu lebih kurang sama dengan perjalanan dari Singapura ke Kuala Lumpur dan kembali semula ke Singapura. Sementara itu, jarak Jakarta–Bandung hanya sekitar separuh daripada perjalanan Singapura ke Kuala Lumpur.
Apabila Jokowi terpilih sebagai presiden pada 2014, pembangunan infrastruktur menjadi salah satu tunggak utama pentadbirannya.
Jokowi ingin menampilkan imej Indonesia sebagai negara yang bergerak pantas, cekap dan moden. Beliau kemudian menjemput dua pihak untuk mengemukakan cadangan pembinaan kereta api laju, iaitu dari Jepun dan China. Jepun menawarkan pinjaman dengan kadar faedah 0.1 peratus selama 40 tahun, tetapi menetapkan syarat bahawa projek tersebut mesti mendapat jaminan daripada pemerintah Indonesia.
Dalam pada itu, China tampil dengan pendekatan berbeza, menawarkan pinjaman berkadar faedah dua peratus dengan tempoh matang sekitar 40 tahun (beberapa laporan menyebut 50 tahun) tanpa jaminan daripada pemerintah Indonesia. Projek ini dirancang siap pada 2019, yang kebetulan juga tahun pilihan raya apabila Jokowi bertanding untuk penggal keduanya.
Jokowi menolak untuk menambah beban pada belanjawan negara dan memilih skim perniagaan-ke-perniagaan (B2B) yang ditawarkan oleh pihak China. Dari sudut politik, keputusan ini turut dianggap sebagai isyarat bahawa Indonesia sedang mengalihkan orientasi strategiknya daripada Tokyo ke Beijing.
Pada 21 Januari 2016, upacara peletakan batu asas diadakan di bawah sebuah konsortium baharu yang dinamakan Kereta Api Cepat Indonesia–China (KCIC), dengan pegangan 60 peratus oleh syarikat milik negara Indonesia dan 40 peratus oleh China Railway International. Di sinilah bermulanya satu bentuk “perkahwinan” antara cita-cita politik dan pragmatisme ekonomi.
Whoosh: Dari Projek Cepat ke Kos Berat
Sejak awal, projek ini berdepan pelbagai cabaran. Proses pengambilan tanah yang berlarutan serta keadaan geologi di Jawa Barat menambah rumit kerja pembinaan. Sasaran penyelesaian akhirnya tertunda dari 2019 ke 2023. Pandemik yang melanda di pertengahan jalan turut menyebabkan kos meningkat daripada sekitar AS$5.9 bilion kepada hampir AS$8 bilion.
Ironinya, projek yang pada mulanya dikatakan tidak akan membebankan negara akhirnya tetap menggunakan dana awam. Pemerintah Indonesia terpaksa menyuntik modal negara sebanyak Rp4.3 trilion untuk menampung kos yang melebihi anggaran asal.
Namun Jokowi tetap yakin, meskipun beliau mengakui risiko peningkatan kos tersebut.
“Pengalaman itu mahal, tetapi amat berharga. Kita tidak perlu takut, kerana jika kita konsisten, kesilapan akan semakin berkurangan. Kos kesilapan juga akan menurun. Akhirnya, kos pengeluaran dan kos projek lama-kelamaan akan menjadi lebih rendah,” katanya, seolah-olah menyedari besarnya kritikan terhadap projek mega tersebut.
Apabila Whoosh akhirnya mula beroperasi, euforia dalam kalangan rakyat Indonesia seakan menenggelamkan segala kritikan mengenai kosnya. Presiden Jokowi mengundang para selebriti dan pempengaruh untuk menaiki Whoosh. Promosi pelancongan ke Bandung digiatkan, sementara pemerintah menekankan kesan ekonomi positif di kawasan yang dilalui laluan kereta api laju itu.
Namun apabila euforia itu reda, data penumpang dan operasi memberikan gambaran yang lebih rumit. Jumlah penumpang tidak mencapai sasaran yang diunjurkan, dan defisit operasi tidak dapat dielakkan.
Para ahli ekonomi menjangkakan projek ini hanya akan mencapai pulangan modal jauh selepas tempoh yang dirancang.
Bagi Jokowi, projek ini telah menjadi sebahagian daripada warisannya. Namun bagi pemerintah selepasnya, Whoosh merupakan tanggungjawab besar yang perlu diurus dengan berhati-hati, dan tugas itu kini berada di tangan Presiden ke-8, Prabowo Subianto.

Whoosh Semasa Era Prabowo: Melanjutkan atau Membetulkan?
Apabila Prabowo Subianto dilantik sebagai presiden pada 2024, beliau mewarisi pelbagai projek yang sarat dengan hutang, termasuk projek kereta api laju Whoosh.
Dalam mesyuarat terhad pada 29 Oktober 2025, Prabowo mengarahkan pasukan ekonominya mencari jalan penyelesaian. Pemerintah menegaskan bahawa mereka tidak akan menambah beban pada belanjawan negara. Penyelesaiannya ialah melalui rundingan semula, iaitu dengan melanjutkan tempoh pinjaman daripada 40 kepada 60 tahun, menurunkan kadar faedah, dan menstruktur semula projek melalui pegangan baharu di bawah syarikat induk badan usaha milik negara, Danantara.

Arahan Prabowo itu turut tercermin dalam kenyataan Menteri Kewangan Indonesia yang baharu, Purbaya Yudhi Sadewa yang menegaskan tidak akan menggunakan belanjawan negara untuk membayar hutang dan menampung kos tambahan projek kereta api laju Whoosh. Encik Purbaya bertekad memastikan beban hutang projek besar itu tidak menjejaskan kedudukan fiskal negara.
Di sisi lain, timbul pula krisis kepercayaan. Orang ramai mula mempersoalkan tahap ketelusan projek tersebut serta dakwaan berlaku rasuah semasa era terdahulu. Malah, Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) Indonesia mengesahkan bahawa siasatan terhadap dakwaan penyalahgunaan dana dan penyelewengan dalam projek Whoosh telah dimulakan sejak awal tahun ini.

KPK dilaporkan sedang meneliti kemungkinan wujudnya pelanggaran dalam proses pengambilan tanah, kontrak pembinaan, serta peningkatan kos projek. Mantan Menteri Koordinator Bidang Politik, Undang-Undang dan Keselamatan, Mahfud MD, disebut sebagai antara tokoh terawal yang mendedahkan tanda-tanda penyelewengan dalam projek ini.
Namun dalam perkembangan terbaharu, Presiden Prabowo Subianto menegaskan bahawa projek kereta api laju Whoosh adalah tanggungjawab pemerintah dan meminta agar isu kos serta hutangnya tidak dipolitisasi (dipolitikkan). Beliau menekankan bahawa Whoosh harus dinilai sebagai layanan pengangkutan awam yang mengutamakan manfaat rakyat, bukan semata-mata hitungan untung rugi.

Prabowo juga menyatakan keyakinannya bahawa Indonesia mampu mengurus dan membayar kewajiban yang ada, sambil meminta masyarakat tetap tenang kerana pemerintah sedang mencari penyelesaian terbaik berdasarkan kajian yang telah beliau lakukan sendiri.
Masa Depan Whoosh: Antara Impian dan Realiti
Kini Whoosh berada di persimpangan. Di satu sisi, ia telah membawa perubahan nyata, memendekkan masa perjalanan antara Jakarta dan Bandung kepada sekitar 30 minit berbanding tiga hingga empat jam sebelumnya, mewujudkan ribuan peluang pekerjaan, serta menjadi simbol kemajuan teknologi di rantau ASEAN.
Namun di sisi lain, ia turut memperlihatkan kelemahan dalam pengurusan projek berskala besar yang cepat dimulakan tetapi sering kurang dikira dengan teliti.
Bagi memastikan kelestariannya, Whoosh memerlukan lebih daripada sekadar penumpang yang teruja ketika musim cuti sahaja. Ia memerlukan integrasi pengangkutan antara pelbagai mod, termasuk sambungan dengan kereta api biasa, LRT, MRT, serta sistem pengangkutan tambahan yang cekap menuju ke pusat bandar.

Perlu diingat bahawa laluan Whoosh tidak sampai sepenuhnya ke pusat kota Bandung kerana masih memerlukan sambungan pengangkutan sejauh kira-kira 15 kilometer lagi. Tanpa integrasi ini, Whoosh akan kekal sebagai kereta api laju moden yang mahal, lebih sering kosong pada hari bekerja, dan hanya dipenuhi penumpang pada hujung minggu atau musim perayaan.
Prabowo agaknya kini berada dalam kedudukan yang mencabar, antara menjaga simbol pencapaian nasional dan menahan risiko agar negara tidak terjerumus ke dalam beban hutang serta masalah ekonomi lain.
Faktor geopolitik juga tidak boleh diabaikan kerana keputusan Jokowi untuk bekerjasama dengan China, bukannya Jepun yang sekian lama menjadi rakan rapat Indonesia, dilihat sebagai perubahan arah dasar luar negara. Negara-negara di rantau ini pastinya akan memerhati perkembangan tersebut dengan penuh perhatian.
Jika diurus dengan bijak, Whoosh berpotensi menjadi mercu tanda sejarah pembangunan moden Indonesia bahkan kawasan serantau ASEAN. Namun jika dibiarkan tanpa penilaian dan akauntabiliti yang jelas, ia mungkin menjadi monumen kepada sebuah generasi yang terlalu terpesona dengan kelajuan tetapi lupa menyiapkan breknya.
MENGENAI PENULIS

Rane Hafied ialah penulis dan podcaster dari Jakarta.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.