NOTA DARI JAKARTA: Viral dari Kampung - Budaya Pinggir Indonesia Jadi Trend Global
Anggaran Waktu Membaca:
Rayyan Arkan Dhika, menari di haluan perahu dalam tradisi tahunan Pacu Jalur di Sungai Kuantan, Riau. (Gambar: YouTube)
JAKARTA: Rayyan Arkan Dhika tidak pernah menyangka hidupnya bakal berubah dan dikenali di seluruh dunia.
Dia hanya seorang budak lelaki berusia 11 tahun yang suka bermain bersama rakan-rakannya di tepi Sungai Kuantan yang melintasi kampungnya di Kabupaten Kuantan Singingi, Riau.
Sungai Kuantan telah lama dikenali sebagai lokasi tradisi tahunan Pacu Jalur, perlumbaan perahu panjang yang dikayuh oleh puluhan lelaki.
Di haluan perahu, seorang budak akan menari sambil berdiri untuk menghiburkan penonton dan menyuntik semangat kepada para pengayuh.
Seperti ramai kanak-kanak lelaki di kampungnya, Rayyan sejak kecil sudah biasa berdiri di haluan perahu, menari mengikut irama muzik dan sorakan penonton, sambil menjaga keseimbangan supaya tidak terjatuh ke dalam sungai.
Gerakan tariannya spontan tanpa koreografi yang dirancang, semata-mata mengekspresikan rasa gembira.
Suatu hari, seseorang merakam pergerakan khas Rayyan dan memuatnaikkannya ke TikTok, kemudian tersebar ke Instagram dan YouTube.
Gaya santainya dengan pakaian tradisional khas Riau dan cermin mata hitam menarik perhatian ramai.

Dalam masa beberapa hari sahaja, tariannya ditiru oleh ribuan orang dan menjadi tular dengan tanda pagar #AuraFarming.
Ini adalah istilah Gen Z untuk menggambarkan orang yang memancarkan karisma tanpa usaha yang dibuat-buat. Aura Rayyan yang memikat itu menyebabkan dirinya terkenal di serata dunia.
Fenomena itu bertambah meriah apabila tokoh terkenal seperti bintang bola sepak Brazil Neymar Jr, Marc Márquez yang merupakan juara dunia MotoGP dari Sepanyol, Whizz Khalifa yang juga rapper Amerika serta DJ antarabangsa Steve Aoki meniru pergerakannya.

Anak Kapal Angkatan Tentera Laut Singapura (RSN), MSRV Protector, juga turut serta. Video dalam akaun Instagram @SingaporeNavy menunjukkan beberapa anggotanya berdiri di tepi kapal sambil membuat pergerakan mendayung, dengan seorang pegawai menari di haluan kapal seperti Rayyan.
Dalam kapsyen Instagramnya, mereka menulis bahawa perlu kerja berpasukan yang hebat untuk memastikan kapal sentiasa bergerak dan berada dalam kesiapsiagaan tinggi. Video itu hingga kini disukai hampir 500,000 orang.
Kehadiran mereka menunjukkan bahawa video tular ini berjaya menembusi pelbagai bidang bukan hanya kerana popular tapi kerana maknanya yang universal.
Rayyan bukan sahaja menjadikan dirinya tular tetapi juga memperkenalkan tradisi Pacu Jalur kepada dunia.
Pacu Jalur bukan sekadar perlumbaan perahu, tetapi ungkapan kesyukuran terhadap Sungai Kuantan yang menjadi nadi pengangkutan hasil tuaian. Tradisi itu juga melambangkan semangat berpasukan dan perpaduan yang boleh membawa perahu meluncur bersama sampai tujuan.
Di era algoritma media sosial, seseorang tidak perlu bergelar selebriti untuk mendapat perhatian global. Rakyat biasa dari pelosok kampung juga boleh menjadi bintang. Fenomena seperti ini bukan kali pertama berlaku di Indonesia dan menunjukkan bahawa platform digital mampu mengangkat suara dari kampung ke peringkat antarabangsa.
“Om, Telolet Om!” dari Jepara ke Dunia
Pada hujung 2016, sekumpulan kanak-kanak kecil di Jepara, Jawa Tengah, mendapat perhatian kerana kebiasaan mereka yang lucu. Mereka gemar berkumpul di tepi jalan menanti bas-bas besar yang membawa penumpang antara daerah, lalu beramai-ramai menjerit “Om, telolet Om!” kepada pemandu.

“Om” ialah panggilan untuk lelaki dewasa, manakala “telolet” merujuk kepada bunyi hon bas antara kota di Jawa yang berirama panjang. Jeritan itu adalah permintaan supaya pemandu membunyikan hon, yang disambut sorakan gembira anak-anak tersebut.
Ekspresi kegembiraan mereka dan bunyi hon yang khas itu menjadi tular di media sosial. Dalam sekejap, frasa “Om, Telolet Om!” merentasi benua.
Beberapa pemuzik antarabangsa turut menulis tentangnya dan ada produser yang memasukkan bunyi hon dan kata-kata “Om, Telolet Om!” ke dalam muzik mereka. Kata-kata yang asalnya hanya dari mulut anak-anak jalanan Jepara, tersebar ke seluruh dunia sebagai fenomena budaya pop.
Citayam Fashion Week: Laluan Zebra Menjadi Catwalk
Pada pertengahan 2022, kawasan stesen kereta api Dukuh Atas di Jakarta berubah menjadi pentas fesyen spontan. Puncanya ialah beberapa remaja dari bandar pinggir Jakarta seperti Citayam, Bojonggede dan Depok yang setiap minggu datang ke sana. Mereka mengenakan pakaian khas hasil gabungan barangan terpakai yang dibeli murah atau digubah sendiri. Di hadapan kamera telefon, mereka melintasi 'zebra crossing' (lintasan zebra) di luar stesen sambil berlenggak-lenggok bak model (peragawati), lalu memuat naik aksi itu ke media sosial.

Pada mulanya, aksi mereka diejek atau dipandang sinis. Istilah “Citayam Fashion Week” muncul sebagai sindiran terhadap remaja luar bandar yang cuba meniru acara fesyen antarabangsa.
Namun istilah itu sendiri akhirnya menjadi tular. Orang ramai, termasuk warga kota Jakarta, turut mencuba aksi catwalk di zebra crossing tersebut. Beberapa selebriti menjadikan kawasan itu tempat untuk mempamerkan fesyen mereka.
Gabenor Jakarta ketika itu, Anies Baswedan, bahkan pernah mengajak para duta asing untuk turut melintasi jalan tersebut.
Aktiviti yang bermula sebagai sindiran akhirnya menjadi acara fesyen sebenar yang menarik liputan media antarabangsa.
Di internet, label Citayam Fashion Week disebut sebagai “fesyen organik” di jalanan. Media luar negara melaporkan bagaimana remaja pinggiran menggunakan ruang awam untuk mengekspresikan diri, setanding dengan acara fesyen kelas dunia.
Fenomena ini juga memperluaskan istilah “thrifting” atau pakaian terpakai yang digayakan dengan kreatif dalam kalangan remaja Indonesia.
Alip Ba Ta: Gitaris Misteri dari Ponorogo
Nama Alif Gustakhiyat atau Alip Ba Ta sudah tidak asing bagi penggemar gitar di YouTube.
Gaya petikan 'finger style' gitarnya memukau jutaan penonton sejak 2018. Para pemuzik profesional dari pelbagai negara memberi pujian, dan salah satu videonya yang memetik lagu “Yank” dari kumpulan Wali ditonton lebih 24 juta kali.

Namun, di sebalik ketenaran (kemasyhuran) itu, kehidupan peribadi Alip hampir tidak diketahui orang ramai. Dia hanya dikatakan bekerja sebagai pemandu forklift di sebuah syarikat di Ponorogo, Jawa Timur.
Diperkirakan pendapatan tahunan daripada saluran YouTube Alip Ba Ta yang mempunyai hampir tujuh juta pengikut boleh mencecah sekitar 8 bilion rupiah (sekitar S$700,000), walaupun tiada siapa pasti sama ada dia mengaktifkan ciri penjanaan wang di YouTubenya atau tidak.
Dalam setiap video, dia tetap duduk bersila di lantai dengan segelas kopi dan rokok kretek sambil bermain gitar dengan penuh ketenangan.
Sesekali dia berbicara dalam loghat Jawa Timur yang pekat.
Walaupun sudah sangat dikenali, Alip menolak pelbagai ajakan kerjasama dari pemuzik lain dan permintaan wawancara dari pihak media. Dia menjaga privasinya dengan tegas.
Kepada seorang pemuzik Indonesia yang mengajaknya berkolaborasi, Alip berkata dia tidak suka diatur-atur.
Mungkin dia sudah cukup bahagia dengan kehidupan sederhana yang dinikmati bersama keluarga, sambil membahagiakan berjuta-juta penonton melalui permainan gitarnya.
Keputusan itu membuatkan dirinya semakin misteri, namun peminat menghormati pilihannya kerana ia menggambarkan bahawa seni boleh wujud tanpa perlu mengejar kemasyhuran.
Ketika Algoritma Media Sosial Tidak Pilih Kasih
Algoritma media sosial bekerja dengan meneliti minat ramai. Apa yang dianggap menarik akan ditonjolkan berulang kali lalu dipaparkan di lebih banyak skrin di seluruh dunia.
Ini bermakna masyarakat dan tradisi tempatan di kawasan terpencil sekalipun boleh muncul di pentas global yang sebelum ini hanya dikuasai media besar atau orang-orang kaya.
Apa yang membuat fenomena seperti Aura Farming, Citayam Fashion Week, Om Telolet atau Alip Ba Ta begitu memikat?
Jawapannya mungkin pada unsur keaslian. Video kanak-kanak riang menunggu hon bas, remaja kampung berlenggak di zebra crossing, atau kanak-kanak menari di haluan perahu.
Semuanya jujur, spontan dan tidak dipaksa. Antara berjuta-juta konten (kandungan) di internet yang muncul setiap hari, masyarakat dunia justeru banyak tertarik kepada yang paling tulus dan membumi.
Ini seolah-olah menyampaikan mesej bahawa dalam dunia moden yang semakin rumit, kita merindukan nilai-nilai ikhlas dan akar budaya.
Mungkin inilah sebabnya Indonesia dikenali bukan sahaja melalui Bali atau kopi, tetapi juga melalui sorak-sorai di tepi sungai, lenggok di laluan pejalan kaki, dan petikan gitar dari sudut rumah sederhana.
Semua ini membuka ruang bagi budaya dan kehidupan masyarakat kebanyakan di Indonesia untuk menembusi pentas global.
Ia turut menunjukkan bahawa dengan sedikit kreativiti, perhubungan internet dan keaslian, tradisi desa dapat menawan hati dunia.
Kisah-kisah ini juga mengingatkan kita bahawa di tengah-tengah industri hiburan yang canggih, kadangkala satu tarian, satu hon bas atau satu petikan gitar yang jujur sudah memadai untuk mencipta sejarah.
MENGENAI PENULIS
Rane Hafied ialah penulis dan podcaster dari Jakarta.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.