NOTA DARI JAKARTA: Ujian Kepimpinan Baharu Indonesia Sempena Ramadan 2026
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: “Untuk pemerintah, mohon Program Makan Bergizi Gratis (MBG) waktu puasa diganti dengan wang Rp15,000 supaya kami boleh beli takjil, dan selebihnya kami simpan untuk menabung. Kan senang rasanya boleh dapat baju Lebaran baharu daripada pemerintah.”
Kata-kata comel dan polos ini keluar daripada mulut seorang pelajar perempuan darjah dua di sebuah daerah di Indonesia. Dia tidak berbicara tentang bajet negara atau kestabilan ekonomi. Dia cuma bercakap tentang takjil untuk berbuka puasa dan baju baharu untuk Hari Raya daripada negara.
Namun kata-kata itu kemudiannya menjadi tular dan mengundang ratusan komen di media sosial, dengan kebanyakannya bersetuju dan memuji pandangannya.
Boleh jadi inilah gambaran sebenar suasana dalam masyarakat Indonesia ketika ini. Ramadan tahun 2026 ini merupakan yang pertama di bawah kepimpinan Presiden Prabowo Subianto, apabila Program Makan Bergizi Gratis atau MBG, mula dilaksanakan secara nasional dengan peruntukan sekitar Rp335 trilion dalam anggaran Belanjawan Negara 2026. Sekitar Rp80 trilion dijangka mula disalurkan pada suku pertama tahun ini, termasuk sepanjang bulan Ramadan.

Dalam tempoh yang sama, pemerintah turut melancarkan pakej rangsangan Ramadan–Lebaran bernilai sekitar Rp11 trilion bagi memastikan daya beli dan mobiliti masyarakat terus terpelihara. Skala peruntukan yang terlibat menjadikan bulan ini bukan sekadar musim ibadah tahunan, tetapi juga saat apabila kebijakan sosial pemerintahan baharu benar-benar diuji dalam kehidupan seharian.
MBG Dalam Bulan Puasa: Cita-Cita Besar, Cabaran Sebenar
Program Makan Bergizi Gratis (makan berkhasiat percuma) atau MBG menjadi simbol paling jelas bagi arah kebijakan sosial baharu Presiden Prabowo. Program ini dirangka untuk menjangkau jutaan pelajar sekolah serta golongan rentan seperti kanak-kanak kecil dan ibu hamil. Dalam anggaran Belanjawan 2026, program ini diperuntukkan ratusan trilion rupiah. Ia menjadi antara komponen perbelanjaan sosial terbesar negara dan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh Indonesia.
Ramadan mengubah rentak pelaksanaannya. Sebahagian besar pelajar Muslim berpuasa, maka waktu makan mereka turut berubah. Mekanisme pengagihan perlu disesuaikan, misalnya dengan menyediakan pakej makanan kering yang boleh dibawa pulang untuk berbuka, atau menyusun semula jadual pengagihan di sekolah berasrama dan pesantren. Pada masa yang sama, penerima bukan Muslim tetap dilayani mengikut jadual biasa.
Di atas kertas, penyesuaian ini kelihatan sederhana. Di lapangan pula, ia menjadi cabaran penyelarasan logistik yang jauh lebih rumit kerana perlu menjangkau ribuan sekolah di pelbagai daerah dengan latar belakang dan keperluan yang berbeza.
Ucapan pelajar darjah dua di awal tadi, walaupun kedengaran sederhana, boleh jadi memperlihatkan bagaimana langkah bernilai ratusan trilion rupiah akhirnya dinilai berdasarkan keperluan yang sangat nyata. Bagi banyak keluarga, fleksibiliti untuk membeli takjil atau menyimpan wang bagi membeli baju Raya mungkin dirasakan lebih relevan berbanding kandungan gizi dalam menu MBG.
Sejak awal pelaksanaannya lagi MBG telah pun berdepan kritikan. Beberapa laporan media tempatan dan antarabangsa menyorot kebimbangan mengenai tahap keselamatan makanan serta risiko keracunan dalam pengagihan berskala besar. Data yang dipetik dalam pelbagai laporan menyebut ribuan pelajar dilaporkan mengalami gangguan kesihatan dalam insiden yang dikaitkan dengan pengagihan makanan program tersebut sejak peringkat awal pelaksanaannya.

Dalam konteks Ramadan, kritikan tersebut menjadi lebih sensitif. Penyesuaian kepada menu kering untuk berbuka puasa dimaksudkan sebagai langkah praktikal, namun sebahagian pemerhati pendidikan dan pemakanan mempersoalkan sama ada pendekatan itu benar-benar mengambil kira kualiti serta keselamatan makanan. Di beberapa daerah, laporan media turut menyorot penggunaan makanan diproses dalam pakej pengagihan, sekali gus mencetuskan perbahasan mengenai kandungan gizi dan tahap pengawasan.
Yang dipertaruhkan bukan sekadar matlamat dasar, tetapi kemampuan pelaksanaannya. Apabila program unggulan presiden bersentuhan langsung dengan bulan yang sarat emosi dan jangkaan masyarakat, ruang untuk melakukan kesilapan menjadi semakin sempit. Gangguan sekecil mana pun boleh cepat menjadi bahan perbincangan, dan bukan mustahil menjadi ukuran terhadap tahap kepercayaan awam kepada Presiden Prabowo.
Pakej Rangsangan, Harga Makanan dan Pergerakan Besar-Besaran
Selain MBG, pemerintah turut melancarkan pakej rangsangan “Ramadan–Lebaran” bernilai sekitar Rp11 trilion. Pakej ini merangkumi bantuan makanan kepada rumah tangga berpendapatan rendah, subsidi atau diskaun pengangkutan bagi musim mudik, serta garis panduan “Work From Anywhere” untuk penjawat awam dan sebahagian sektor tertentu.

Bagi ramai keluarga di Indonesia, ukuran kejayaan pemerintah sepanjang Ramadan sering kali cukup sederhana, iaitu sama ada harga beras, minyak masak, gula, daging lembu, ayam, telur dan keperluan asas lain kekal stabil. Kestabilan harga menjadi penunjuk paling nyata sama ada campur tangan pemerintah benar-benar dirasakan atau tidak.
Pihak berkuasa telah menegaskan komitmen untuk memastikan bekalan mencukupi dan harga kekal stabil melalui penyelarasan di peringkat nasional serta operasi pasaran.
Langkah ini bertujuan mengelakkan lonjakan harga ketika permintaan meningkat secara mendadak.
Namun harga makanan bukan sekadar angka inflasi. Ia menyentuh soal rasa aman. Apabila harga kekal stabil, masyarakat merasakan kepastian. Apabila harga melonjak, ketidakpastian pula cepat merebak melalui perbualan seharian dan media sosial.
Selain harga dan daya beli, cabaran lain muncul menjelang Hari Raya apabila jutaan orang bergerak serentak untuk pulang ke kampung halaman, satu fenomena yang lebih dikenali sebagai mudik. Tahun ini pemerintah Indonesia memperuntukkan hampir Rp1 trilion bagi subsidi dan diskaun pengangkutan laut, darat dan udara. Sementara itu dasar kerja fleksibel diharap dapat membantu mengurangkan kesesakan tanpa menjejaskan aktiviti ekonomi.

Semua langkah ini berlangsung dalam tempoh yang sama. Sepanjang tiga puluh hari Ramadan, perbelanjaan rumah tangga, perjalanan merentas wilayah serta pengagihan bantuan tertumpu dalam satu fasa yang padat dan intensif. Bagi pemerintahan baharu, inilah ujian awal terhadap keupayaan penyelarasan dan konsistensi pelaksanaan.
Ujian Arah Kepemimpinan Negara
Di Indonesia, bulan Ramadan sering menjadi ujian kestabilan ekonomi. Tahun ini pula, ia boleh dilihat sebagai ujian terhadap arah kepimpinan baharu Presiden Prabowo.
Program makan berkhasiat percuma, rangsangan bernilai belasan trilion rupiah, subsidi untuk jutaan orang yang pulang ke kampung halaman, serta usaha mengekalkan kestabilan harga makanan hadir serentak dalam tempoh dengan tekanan sosial dan ekonomi paling tinggi sepanjang tahun.
Mampukah dasar sosial berskala besar ini dilaksanakan tanpa membebankan kewangan negara secara berlebihan?
Mampukah birokrasi menguruskan pengagihan yang menjangkau jutaan penerima secara konsisten di pelbagai daerah?
Dan mampukah campur tangan harga mengekalkan keseimbangan tanpa menimbulkan kesan jangka panjang yang tidak diingini?

Semua dinamika ini berlaku dalam tempoh tiga puluh hari Ramadan, tetapi kesannya melangkaui bulan tersebut. Persepsi masyarakat terhadap keberkesanan pemerintahan baharu akan banyak dibentuk oleh pengalaman sepanjang tempoh ini.
Jika gabungan MBG, pakej rangsangan rumah tangga, subsidi pengangkutan dan langkah menstabilkan harga makanan berjalan dengan relatif lancar, pemerintahan baharu akan memperoleh legitimasi awal bahawa arah dasar sosialnya mampu diterjemahkan dalam pelaksanaannya.
Jika sebaliknya berlaku, sikap skeptis terhadap Presiden Prabowo berkemungkinan menguat, memandangkan beliau semasa berkempen berkali-kali menjanjikan peningkatan kesejahteraan rakyat kecil.
Indonesia merupakan ekonomi terbesar di Asia Tenggara. Kestabilan sosial dan kredibiliti dalam menguruskan anggaran negara memberi kesan terhadap tahap keyakinan di peringkat serantau.
Ramadan 2026, dengan itu, bukan sekadar bulan renungan spiritual. Ia menjadi saat apabila ambisi (cita-cita) dasar sosial Indonesia dinilai daripada perkara paling sederhana, iaitu sama ada manfaatnya benar-benar dirasai di meja makan, di pasar dan dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.
MENGENAI PENULIS

Rane Hafied ialah penulis dan podcaster dari Jakarta.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.